Sudah sebulan berlalu, Amarra masih terlantar di hospital keadaannya biasa sahaja tiada sebarang peningkatan dan penurunan namun wajahnya tetap kelihatan pucat. Mengenai peperiksaan SPM yang diambil Amarra yang berbaki satu hari itu sempat dia menghabiskannya walaupun dia sedang melawan kesakitan yang dialaminya. Papa dan mama kelihatan sedikit kecewa dan putus asa terhadap perkembangan kesihatan Amarra namun apakan daya semua ini kuasa Ilahi, Dialah yang berkuasa di muka bumi ini jadi kita seharusnya berusaha dan memohon doa terhadapNya.
" Arri? "
" Adik "
" Adik? "
Lamunanku tersentak oleh kerana Amarra memanggilku berulang kali. Dia memintaku untuk menghulurkannya segelas air, sudah tiba waktu untuk dia makan ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Bau ubat dan sebagainya sudah sebati dengan diriku malah aku tidak lagi berasa ganjil mahupun geli seperti dahulunya. Semenjak aku ketahui perkara yang dirahsiakan oleh semua orang, aku berubah dengan agak drastik. Kadang kala aku merasakan apa yang sedang aku lakukan ini hanyalah palsu semata kerana ketagih akan kemaafan dan simpati dari semua orang terutama Amarra atas apa yang telah aku lakukan dahulu. Kehidupan aku berubah. Aku sering menghabiskan masaku di hospital untuk menjaga Amarra setiap hari. Rakan-rakan yang dahulunya sering mengekori dan menurut sahaja perintahku telah menghilangkan diri semenjak tamatnya peperiksaan tiada sebarang khabar berita dari mereka namun aku tidak menghiraukannya kerana aku mempunyai rakan-rakan yang baharu iaitu rakan-rakan Amarra. Kehidupanku lebih bermakna dan bererti sekarang berbanding dahulu. Syukur~ kerana masih ada lagi insan yang berharga disekelilingku.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sakit. Sakit. Sakit.
Tiada apa yang boleh dilakukan terhadap sakitku ini, tiada penawar jikalau ada hanyalah sementara dan melengahkan waktu sebelum tibanya saat itu. Aku redha ini semua dugaan, ujian darinya dan sakit itu penghapus dosa juga kifarah yang mengingatkan kepadaku bahawa Dia sedang melihat dan menguji hambanya yang kerdil ini. Dugaan dan ujian itu berbeza sama ada kita kuat atau tidak untuk menempuhnya. Sakit ini mengajarku lebih erti kehidupan yang dikurniakan oleh Yang Esa. Alhamdulillah~ aku masih lagi berkesempatan untuk beribadah demiNya sekurang-kurangnya ada juga amalan yang dibawa nanti walaupun solatku tidaklah sempurna dan amalanku tidak cukup seperti orang lain. Sakit ini telah menyedarkan aku mengenai banyak perkara, aku tidaklah sebaik seperti yang disangka ada juga dosa yang telah aku lakukan.
Aku juga bersyukur dan gembira kerana adik kesayanganku Arrisya telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dari dahulunya. Impianku tercapai dan doaku termakbul! Arri kerap menghabiskan masanya bersamaku di hospital seharusnya dia bekerja untuk menimbal pengalaman baharu di luar. Tercalit ju rasa bersalah terhadapnya tetapi itu kemahuan dan kehendaknya. Inilah masanya untuk kami menjadi rapat.
Sesudah ubat dimakan, mama dan papa tiba. Mama membawa mangkuk tingkat seperti biasa untuk kami. Inilah aktiviti keluargaku apabila mama dan papa tidak sibuk mereka akan datang dan meluangkan masa seharian bersama kami. Saat yang paling berharga!
" Assalamualaikum~ "
~TQ~
-Mochi74-
YOU ARE READING
Benci
Teen Fiction" Mempunyai seorang kakak,abang atau adik sudah cukup bermakna kerana mereka boleh jadi peneman,pendengar setia dan penasihat. Segala suka dan duka boleh dikongsi bersama tapi................ tidak bagiku. Hari-hari rasa bersalah menyelubungi diriku...