[14]

134 4 0
                                    


Suara Nek Sal yang merdu bak buluh perindu telah mengejutku dari lenaku. Usai membersih dan menyegarkan tubuh, aku menuju ke dapur turut serta Nek Sal dan Amyra. Enak sungguh masakan Nek Sal! Terasa seperti masakan mama! Mama~ Ya Allah! Aku lansung tidak sedar yang aku telah menghilangkan diri selama dua hari berturut-turut tanpa berita. Sudah tentu mama dan papa risau serta bimbang akanku. Apa agaknya reaksi mama dan papa apabila aku pulang nanti ya? Amarra pasti gembira sekali kerana selama dua hari ini dia bersama mama dan papa tanpa aku. Ah! Dia selalu sahaja mendapat perhatian lebih aku pula selalu diabaikan. Semua hendak dibolotnya seorang. Menyampah!

Usai bersarapan, aku mengelilingi rumah Nek Sal. Cantik sungguh! Walaupun dekorasinya simple tetapi masih nampak elegant. Susun atur perabutnya juga kemas. Ternyata Nek Sal ini seorang yang pembersih dan sangat menitik beratkan akan kekemasan rumah dan juga pakaiannya. Jikalau Nek Sal masih muda pasti Kaum Adam akan berebut-rebut untuk menjadikannya isteri. Pasti cucu tunggalnya ini akan mengikut jejak langkahnya. Asyik sungguh aku memuji mereka sehingga aku tidak sedar akan aku berada di perkarangan luar rumah.

" Eh? Ada buaianlah! " desis hati Arrisya.

Pantas sahaja kaki aku mengatur langkah ke arah buaian itu. Semakin lama semakin tinggi. Aduhai~ Seronoknya~!!!! Sudah lama rasanya aku tidak bermain buaian, kali terakhir aku bermain buaian sewaktu 6 tahun. Aku masih ingat lagi sewaktu kecil mama dan papa selalu membawaku dan Amarra ke taman untuk bermain buaian. Aku dan Amarra sering berebut buaian serta  tolak-menolak antara satu sama lain dan akhirnya dia yang menolak buaianku. Sebak pula hati ini apabila mengenangkan kenangan masa lampau ketika aku dan Amarra masih damai.

" Am~ Amarra~ " dalam tangis aku menyebut nama cipan itu mungkin aku merinduinya.

" Siapa Amarra, kakak? "

" Nur Amarra Batrisya Zulhael, dia kakak kak Arri. Muka dia macam akak. Sebiji! Dia baik, pandai, rajin, penyayang dan dia seorang yang lemah lembut.  "

" Oh~ Akak tak rindu dekat dia ke? Mesti akak Amarra tu sayang sangat dekat akak  kan?  Kalau ada rezeki boleh tak akak bawa dia jumpa Amyra dengan nenek? " 

" Tipulah kalau kata tak rindu walaupun....................benci. Ya, dia sayang sangat dekat akak sampai sanggup buat apa sahaja.. In Shaa Allah kalau ada rezeki dan peluang akak bawa dia jumpa kamu dan nenek ya? "

" Janji~? "

"Janji~ "




Tq~ 

-Mochi74-  

BenciWhere stories live. Discover now