Hari demi hari berlalu, sudah dua bulan Am berada di hospital. Keadaannya hari demi hari semakin teruk, setiap saat ada saja jururawat yang akan kunjung ke wadnya untuk memeriksa. Setiap hari juga Iril datang melawatnya dengan sejambak bunga ros berwarna putih, iaitu bunga kegemaran Amarra." Dia masih lagi tak sedar ke ma? " tanya Arri.
" Macam yang Arri nampak Am masih lagi tak sedarkan diri, hari demi hari makin teruk keadaan dia. Arri tau tak, Amarra tu jangka hayat dia tak lama? Kenapa Arri sanggup buat kakak kandung Arri sampai macam ni sekali? Apa salah Am? Arri memang tak sayang dia ke? " bertubi-tubi soalan ditanya oleh Puan Amelina @ Puan Haidar.
" Mama tak akan faham perasaan Arri. Dahlah ma, Arri malas nak gaduh dengan mama tujuan Arri datang just nak melawat cipan tu bukannya nak berdebat dengan mama. Arri balik dulu,assalamualaikum. " pinta Arri.
" Arri~ Ya Allah~ Berat sungguh dugaan yang Kau berikan kepadaku.. Semoga suatu hari nanti terbuka pintu hati Arri untuk berbaik dengan kakak kembarnya yang sangat menyayanginya.. " monolog Puan Haidar yang sayu melihat tingkah laku puteri bongsunya yang keras kepala itu.
-----------------------------------------------------------------
Aku membuka mataku, tubuh badanku terasa sakit serta kejang dan wayar yang berselirat ditubuhku menyukarkanku untuk bergerak. Dengan perlahan-lahan aku menggerakkan tubuh bandaku untuk bersandar sambil memerhati keadaan sekeliling.
" Eh ~ Ada bunga? Sejambak bunga ros putih? Siapa yang bagi agaknya ya? Harum sungguh baunya dan segar. " bisik hati Amarra sambil mengambil setangkai bunga ros yang berwarna putih itu.
" Am dah bangun? Mama panggilkan doktor ya? "
Aku hanya mengiyakan sahaja, tidak lama kemudian seorang doktor bersama M.A @ Medical Assistant nya memasuki ke perkarangan wadku. Seperti biasa, mereka memeriksa kadar denyutan jantung, bertanyakan tentang keadaanku dan sebagainya. Usai diperiksa, mama mula menghampiriku dan melabuhkan punggungnya di sebelahku.
" So how anak mama? Feeling better? Kamu lapar tak? Nak makan apa? Kamu nak mama bawa kamu pergi jalan-jalan tak? " bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh mama.
" Hahaha..Mama ni~ Satu per satu Am jawab ok? First, I'm feeling better but whole my body cramp. Second, ofcourse I'm hungry I mean suppa duppa hungry! Third, Am rasa Am nak makan.................makan angin lah~ Hehehe Dah jom ma kita pergi kafeteria dekat bawah kita makan! " jawabku dengan riang seperti kanak-kanak.
Setiba sahaja di kafeteria, mama melayanku seperti permaisuri. Segala benda dibuat oleh mama sehinggakan aku disuruh duduk diam-diam dan perhatikan sahaja. Mama benar-benar sayang akan diriku jikalau Arri nampak pasti dia akan marah dan iri hati. Dua dulang yang padat berisikan makanan mendarat di meja, tergamam dibuatnya. " Makanlah~ Jangan risau kita berdua boleh habiskan semua ni In Sha Allah~ " pinta mama.
--------------------------------------------------------------------
Sedang seronok ibu dan anak itu menjamu selera, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan gerak geri mereka. Jelas sekali wajah cemburu dan marah terpampang di wajah gadis itu, siapa lagi kalau bukan Arrisya. Baharu sahaja persaan simpati dan sayangnya terhadap Amarra mulai timbul kini sudah berubah kembali kepada asal. Mangkuk tingkat yang dibawa olehnya untuk Amarra dibuang ke dalam tong sampah serta sekuntum bunga ros berwarna merah juga telah dibuang.
Tq~
-Mochi74-
YOU ARE READING
Benci
Teen Fiction" Mempunyai seorang kakak,abang atau adik sudah cukup bermakna kerana mereka boleh jadi peneman,pendengar setia dan penasihat. Segala suka dan duka boleh dikongsi bersama tapi................ tidak bagiku. Hari-hari rasa bersalah menyelubungi diriku...