[17]

118 5 0
                                    


Matahari mula terbenam, Arri masih lagi berada di dalam bilik mama bersama papa. Rasanya mama sudah pulih sedikit dari sakitnya itu. Aku masih berada di dalam bilikku sedang mengulang kaji pelajaran. Risau juga dibuatnya SPM makin hampir sakitku pula makin teruk. Apa yang aku mampu hanyalah berdoa dan tabah menghadapinya. Usai mengulangkaji dan menunaikan solat, aku mengatur langkah menuju ke dapur untuk makan malam.

" Nek Jah~ Masak apa tu? "

" Amboi~ Senang hati nampak~ Nek Jah tengah masak ayam masak lemak cili api, kegemaran Am. Suka ke idak? "

" Wah~!! Sedap tu Nek Jah! "

" Belum rasa dah cakap sedap, kalau macam tu Am tolong Nek Jah hidangkan semua lauk-pauk ni lepas tu panggil papa,mama dan Arri makan ya? "

Tanpa membuang masa aku menuruti segala arahan Nek Jah. Usai makan malam, seperti biasa kami menuju ke ruang tamu dan menonton televisyen. Sedang asyik kami menonton televisyen, papa mula bersuara mengenai SPM yang bakal kami hadapi.

" What!?! So~ Arri dah tak boleh keluar lepas balik sekolah macam selalu? Are you kidding me? No~! And Never! Arri tetap nak keluar juga macam selalu. " 

" No Arri! Lagi beberapa bulan Arri and Amarra nak SPM, papa bukan nak bezakan kamu berdua but don't you see how's your result now? It worst than before, did you know that Arri? "

" Arri betul cakap papa tu. Tolonglah dengar cakap papa tu, ya sayang? Lagi pun SPM ni penting untuk masa depan kamu. Mama tahu kamu ni pandai cuma kamu ni leka and terlalu enjoy sangat. Betul tak Am? "

" No comment.  Am tak berani nak cakap apa-apa tapi kalau mama and papa suruh Am guide Arri plus study together with her.. I am okay with it. "

" Alright~! Fine! Selama 2 bulan ni, Arri tak akan keluar macam biasa and Arri akan study dengan Am but not every hour plus jangan rampas fon Arri, ok? Full stop! Good Nite everyone~ "

--------------------------------------------------------------------------

Dan waktu malam berlalu dengan begitu sahaja. Hari demi hari berlalu dan bermulalah sesi pembelajaran Arri bersama kakak kembarnya iaitu Amrra. Pada hari pertama permulaan, Arri lansung tidak menumpukan perhatiannya malahan dia kerap bermain telefonnya serta lansung tidak menghiraukan apa yang sedang dibincangkan oleh Amrra. Amrra mengambil keputusan untuk menetapkan syarat ketika mengulang kaji bersama iaitu dia akan merampas fon milik Arri. Seperti yang dijangkakan pada mulanya Arri menegah syarat tersebut namun dia terpaksa akur jua. 

Dan itulah rutin seharian Arri bersama Amarra selama beberapa bulan. Sekarang Arri sudah semakin akrab dengan kakaknya itu tetapi masih ada jua pertelingkahan yang timbul disebabkan Arri. 




Tq~

-Mochi74-

BenciWhere stories live. Discover now