[09]

184 10 1
                                    


" Am!? Am! " serentak mereka semua menjerit.

" Korang! Tolong aku! Tolong bukak pintu ni cepat! " jerit Am dari dalam.

Iril dan Syahril menggunakan sehabis daya tenaga mereka untuk memecahkan pintu tersebut namun pintu itu masih dimangga elok.

" Please lah~ Jangan tunjuk power sangat boleh tak? Guna pemadam api dekat sana tu pecahkan mangga tu.. " kata Farhana.

Tanpa sepatah kata dengan pantas Iril mencapai pemadam api tersebut dan memecahkan mangga tersebut,akhirnya pintu bilik stor yang usang itu terbuka dengan luasnya. Dengan lemah longlai Amarra menuju ke arah mereka. Kelihatan luka di sekitar dahi,pipi,bibir dan kaki tidak ketinggalan juga seragam sekolah yang dipakainya telah koyak serta kotor. Muka Amarra sangat pucat.

" Tak payah cakap banyak bawak bestie aku ni pergi hospital sekarang~ I mean now! " kata Tania dengan cemas.

Siren ambulan kedengaran di perkarangan sekolah, kecoh satu sekolah dibuatnya apabila berita mengenai Amarra terkurung di bilik stor usang hampir setengah hari mula tersebar sehingga ke bilik pengetua. Kelihatan para guru dan pelajar juga terkejut mendengar khabar mengenai hal ini tetapi tidak Arrisya and the geng.

" Sh*t~ Macam mana pula dia boleh terlepas? Such a lucky girl.. Tak apa~ Kali ni kau terlepas.. " bisik hati kecil Arrisya.

" Arri~ Nak buat macam mana ni? Aku tak nak kene buang sekolah just because of this stupid little thing! Ishh..Menyesal! " kata Erika dengan cemas dan gelisah

" Chill ah~ Rilex and cool~ Kalau kau tunjuk sangat penakut kau tu,orang syak lah nanti. Bodoh~ " balas Qaleesa.

" Kalau kau tu takut sangat, you may leave us now! But don't you ever comeback to us even begging to join us back! Don't forget, all your secret in my mind now~ Hope you won't regret my darling~ " sampuk Arri dengan nada yang lembut lalu mencengkam wajah Erika yang jelas ketakutan.

" Auch! Ok~ Fine! Aku akan stick dengan korang.. Please jangan bocorkan rahsia tu~ I'm begging you please.. " rayu Erika.

" Ok~ Good girl.. Sekarang korang just act like nothing happen. Just do your own business.. Ok? " kata Arrisya.

Di hospital, Amarra masih lagi tidak menyedarkan diri dan keadaannya agak lemah. Iril dan yang lain-lain masih setia menanti dengan sabar di luar wad ICU. 1001 persoalan yang bermain di minda mereka.

" Iril, macam mana dengan keadaan Am? Macam mana boleh jadi macam ni? " tanya Tuan dan Puan Haidar yang muncul entah dari mana.

" Macam ni uncle aunty... " Syima mencelah dan menceritakan semuanya kepada mama dan papa Amarra.

Hari semakin suntuk, doktor yang merawat Amarra keluar dan menjelaskan mengenai keadaan Amarra. Wad ICU Amarra mula dikerumuni oleh sahabat karib serta ibu bapanya, sayu dan pilu apabila mereka melihat keadaan Amarra yang tidak menyedarkan diri. Wayar berselirat ditubuhnya, wajahnya bertambah pucat.

------------------------------------------------------

" Mama and papa still tak boleh rumah sejak pagi tadi lagi ke, nek Jah? " tanyaku.

" Belum lagi cik Arri, katanya mereka akan bermalam di hospital kerana menjaga cik Amarra yang sedang sakit. Cik Arri tak nak melawat cik Amarra ke? " jelas nek Jah.

" Tak perlu rasanya Arri nak melawat dia, buang masa je. Lantak dia lah nek Jah, kalau dia mati lagi bagus~ Makan malam nek Jah masak apa ni? " tanyaku.

"  Nek Jah masak masakan kegemaran kamu, lauk kampung. " jawab nek Jah.

Dengan malasnya aku menapak menuju ke bilik tetapi niatku untuk berehat dan bersantai di bilik terbantut apabila melihat pintu bilik Amarra yang terbuka luas. Bermacam-macam idea jahat muncul diminda.

" Empuk juga katil dia ni. "

" Oh! Lawanya rantai tu~ "

" Geez! Banyak gila baju ootd and trendy! "

Pintu bilik Amarra sudah berkunci. Arrisya mula menggunting cadar serta katil milik Amarra. Segala pakaian milik Amarra juga digunting olehnya. Rantai kesayangan Amarra telah dipatahkan, teddy bear kesanyangannya juga dikoyakkan. Pendek kata, semua barang milik Amarra dirosakkan. Habis almari baju Amarra dibongkarnya sehinggalah dia terjumpa sebuah album lama yang masih elok tersimpan rapi di situ. Tanpa berfikir panjang, Arri segera mencapai album tersebut.

" Album apa ni? Don't tell me that, cipan tu simpan gambar crush dia kat sini~ Euww..Berhabuk!  "  bebelku.

Setiap gambar yang terkandung dalam album ini adalah gambar aku dan cipan itu semasa kecil. Aku menyelak helaian demi helaian muka surat, hampir semua gambar di dalam album ini gambar kami berdua. Ya aku akui saat aku masih kecil, kami berdua sangat rapat bagaikan belangkas. Hampir setiap masa kami bersama. Tidak pernah kenal erti gaduh istilah benci dalam hidupku. Ketika itu, mama dan papa masih melayan aku sama rata seperti mereka melayan Amarra. Tidak pernah terdetik dalam hati kecilku ini perasaan iri hati dan cemburu terhadapnya malah aku tidak pernah terfikir untuk menyakitkan hati serta perasaannya.

Tapi segalanya berubah ketika kami menjangkau usia 7 tahun, Amarra sering mendapat no 1 dalam apa jua perkara termasuklah memenangi hati mama dan papa. Aku sering dimarahi dan dibandingkan tetapi Amarra tetap memujukku dan sentiasa bersikap baik terhadapku. Setiap apa jua yang aku lakukan pasti ada salahnya akan tetapi apa jua yang Amarra lakukan semuanya betul. Lama-kelamaan sikapku mula berubah, pelajaranku semakin merosot, rekod disiplinku amatlah teruk dan aku juga mula bergaul dengan budak-budak liar. Hari demi hari sikap aku terhadap Amarra semakin dingin, ego dan perasaan iri hati mula menguasai diriku sehinggalah sekarang.

" Ergh! Kenapa pula aku nak menangis ni?! Ergh! Please lah Arri! "

Belum sempat aku menyelak helaian terakhir, kedengaran bunyi tapak kaki menuju ke bilik ini..Aku mengambil album tersebut dan bersembunyi di dalam bilik mandi.

" Ya allah! Abang! Abang! Abang! Datang sini cepat! " jeritan Mama kedengaran.

Tidak lama kemudian suara Papa mula kedengaran.

" Ya allah~ Ni mesti kerja Arri, tak serik lagi budak ni.. Entah apa lagi lah yang dia nak buat. Tak cukup lagi ke dengan Amarra yang entah berapa lama lagi hidup dengan keadaan sekarang dia tenat dekat hospital.. Astaghafirullahalazim~ Saya tak tau nak buat apa lagi dah..Sekarang awak pack baju and barang-barang Am yang masih elok, lepastu kita balik semula ke hospital. Pasal bilik ni kita minta tolong nek Jah dengan pak Atan je.. "

" Apa maksud papa yang Am entah berapa lama lagi hidup? Am dah nak mati ke? Dia ada sakit?  " bisik hati kecil Arri.

Setelah mama dan papa berlalu pergi, aku terus menapak keluar dari bilik Amarra dengan pantas dan menuju ke bilikku. Tanpa aku sedar air mata mula membasahi pipiku, pelbagai bayangan Amarra pergi meninggalkanku bermain diminda. Entah mengapa tiba-tiba aku rasa sayu dan sedih. Adakah disebabkan album itu?



Tq~

-Mochi74-

BenciWhere stories live. Discover now