[02]

290 16 1
                                    


Dan.......................................................... adikku memandang sinis terhadapku. Seperti yang aku jangka, dia berdiri di luar kelas kerana tidak menyiapkan kerja rumahnya. Itu adalah sikapnya yang tidak dapatku ubah,sudah berkali-kali aku dan mama serta papa menasihatinya tetapi tiada sebarang perubahan. Aku hanya memandangnya dengan wajah simpati dan menyambung semula sesi pembelajaranku sehingga loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aku bergegas mengemas peralatan alat tulis dan menyimpan buku lalu menuju ke kantin bersama rakan-rakan karibku.

Aku melabuhkan punggungku di kerusi sebelah Farhana sementara Syahril,Farah,Tania,Syima dan Firdaus membeli makanan untuk kami berdua. Sedang aku dan Farhana rancak berbual mataku terpaku ke arah Arrisya dan gengnya sedang membuli seorang junior yang baharu sahaja berpindah kelmarin. Suasana di kantin yang sebentar tadinya riuh-rendah bertukar suram dan sunyi,hanya kedengaran tangisan anak gadis itu sahaja. Perasaan marah bercampur geram membuak-buak di dalam diriku. Mukaku membahang menahan kemarahan lantas aku bangkit dari tempat dudukku dan menuju ke arah Arrisya dan gadis itu.

Baru sahaja tangannya hendak mendarat di muka anak gadis itu,tanganku dengan pantas menahan tangannya. Mujur aku sempat menghalang.

" Arrisya! Kenapa kurang ajar sangat ni? Mama dan papa tak pernah ajar kita buat macam ni dekat orang lain! Jangan sampai tangan akak melayang dekat muka Arrisya! " tengking Amarra yang tidak dapat mengawal kemarahannya.

" Adik~ Adik jangan takut akak tu tak berani nak buat apa-apa dekat adik,dah jangan menangis lagi. Jom rehat dengan akak. " tambahnya lagi.

" Woi~ Aku belum habis lagi lah dengan budak tu! Woi si*l! Woi Amarra! " jerit Arrisya.

Pang!

" Cukup Arrisya! Jangan ingat kau benci aku kau boleh panggil aku dengan macam tu!? Tolong hormat aku sebagai kakak kau! Baik kau keluar dari kantin ni, kalau tak nak dimalukan! " herdik Amarra yang sudah hilang sabar melayan karenah adiknya itu.

" Fine! Aku bagitahu mama and papa kau tampar aku! F*ck You! B*tch! " maki Arrisya lalu beredar bersama gengnya.

" Ma-ma-maafkan saya akak sebab saya akak dan adik akak bergaduh. " dengan gagap anak gadis itu berkata.

" Chill~ Diaorang ni dah biasa bertekak,boleh dikatakan setiap hari diaorang akan bertekak dekat kantin ni so kitaorang dah biasa dah..Ni mesti budak barukan? " tanya Syahril yang bermulut murai itu.

" Ishh kau ni~ By the way,what is your name little girl? " Tanya Tania pula.

" Nama sa-sa-saya Hana Dahlia..i-iya saya budak baru.." jawab Hana dan tertunduk malu bercampur takut.

Amarra masih lagi membatukan dirinya. Rasa bersalah dan marah menyelubungi dirinya. Berbagai-bagai andaian yang bermain difikirannya. Agak lama Amarra berdiam diri akhirnya dia mengatur langkah menuju ke rooftop sekolah di mana rooftop merupakan tempat kegemarannya.

" Kenapa? Kenapa? Kenapa adikku sungguh membenciku? Kenapa dia tidak pernah melayanku dengan baik? " kata Amarra sendirian sambil menangis tanpa dia sedari ada seseorang di belakangnya. Dan seseorang itu adalah Zahiril Mustaqim atau lebih dikenali sebagai Iril. Iril merupakan salah seorang kawan baik Amarra dan dalam dia dia menyukai Amarra. [Back to the story]

Iril menghampiri Amarra dan perlahan-lahan dia mengusap belakang Amarra secara tidak sengaja Amarra memeluk Iril dengan erat.

" Ya~ Teruskan~ Keluarkan semuanya~ Jangan simpan perasaan tu~ " kata Iril sambil mengusap rambut Amarra dengan lembut.

" T-t-terima kasih s-s-se-sebab selalu a-a-ada time aku susah and perlukan someone.." kata Amarra dengan sedu-sedan.

" No problem~ Well that's my job as your friends a.k.a bestie.. I'm always right here for you.." balas Iril.

Mereka berdua berbual dan bergurau senda sehingga waktu rehat tamat.


Skip~ Skip~ Skip~

Setiba sahaja Amarra di rumah baru sahaja dia mengatur langkah ke pintu masuk, dia diekjutkan dengan teriakan seorang wanita yang berumur 40-an sedang memarahi anaknya. Seperti yang dijangka oleh Amarra, tanpa berfikir panjang Amarra bergegas masuk menuju ke ruang tamu lalu berkata " Ma, jangan pukul adik! Adik tak salah! Am yang salah,Am yang tak pandai jaga adik! Am tampar adik, jadi mama janganlah pukul adik~ " rayu anak gadis itu sambil melindungi adiknya dari dirotan oleh ibunya.

" Kamu ke tepi Am! Sampai bila kamu nak biarkan Arrisya pijak kepala kamu? Kamu lupa atau buat-buat lupa? Amarra hampir-hampir diperkosa dan dibunuh oleh kerana perangai Arrisya yang suka pergi ke kelab malam! Mama minta tolong kamu ke tepi dan biar mama sendiri ajar dia kalau Amrra tak boleh! " tegas wanita itu lalu mengheret Arrisya ke dalam biliknya.

Amarra jatuh terduduk di ruang tamu itu, kedengaran teriakan mama dan Arrisya mengerang kesakitan amat jelas ditelinga Amarra. Amarra tidak dapat menahan sebak dan dia menangis sekali lagi. Semakin lama semakin kuat rasa bersalah menyelubungi dirinya dan semakin lama Arrisya membencinya. Dan begitulah kehidupan kembar seiras yang berbeza sikap setiap hari. Arrisya sering dipukul oleh kerana perangai dan sikapnya yang biadap. Baginya, semua ini salah kakaknya dan dia juga menganggap kakaknya telah merampas kebahagiaanya kerana semua orang sayang akan kakaknya dan tidak padanya.




Tq~ 

-Mochi74-


BenciWhere stories live. Discover now