Sepanjang hari ini kelibat Amarra tidak kelihatan di dalam kelas, perputakaan mahupun di rooftop. Agak pelik bagi rakan-rakan rapat Amarra kerana kebiasaanya jika dia tidak dapat hadir ke sekolah dia akan menelefon atau menghantar pesanan ringkas kepada mereka.
Bunyi loceng sekolah yang nyaring kedengaran di setiap sudut di sekolah itu, ia menandakan tibanya waktu rehat. Tania,Syima,Farah dan Farhana seperti biasa menuju ke kantin bersama-sama manakala Iril dan Syahril masih lagi berada di dalam kelas sedang mengemas barang-barang mereka.
" Jom~ Aku lapar ni~ " ajak Syahril dengan
" No, tak nak. Aku tak ada selera and aku nak cari Am. Impossible hari ni dia tak datang, aku yakin Arri mesti tahu Am dekat mana sekarang ni.. Kau pergilah makan sana. " kata Iril.
" Eh~ Kalau macam tu aku ikut kau cari Am jelah, pasal makan balik sekolah nanti boleh makan.. Jom! Jom! " jelas Syahril segera menarik tangan Iril menuju keluar.
------------------------------------------------------------------------
Ahh-Ahh-Ahh-Ahhchu!
Ahhchu!
Ggrgmnmnnrb~
" Nak bangun kaki menggigil,sakit,lemah..Ya allah~ Dugaan yang kau berikan ini sungguh berat bagiku.. No~ No! Aku kena kuat dan tak boleh lembik macam ni! Aku kena cari jalan keluar dari sini juga! " monolog Amarra sendirian sambil menangis.
Tanpa berfikir panjang Amarra bangun dan cuba sedaya upayanya untuk membuka pintu bilik stor itu. Sudah berkali dia menghempas badannya ke pintu tetapi pintu itu masih bermangga dengan eloknya.
" Jangan give up! Mana tahu ada orang lalu dekat sini dia boleh tolong aku~ " bisik hati Amarra yang berharap agar ada sesiapa atau seseorang lalu di sekitar itu.
----------------------------------------------------------------------
" Eh korang nak pergi mana!? " tanya Tania dan lain-lain apabila melihat Syahril dan Iril yang kelihatan terburu-buru.
" Nak ikut ke tak? Kalau nak jom " tanya Iril kemudian berlalu pergi. Tanpa sepatah kata Tania dan yang lain-lain mengekori Iril dari belakang.
" Amarra! " "Am! " "Amarra Batrisya! "
Sudah puas mereka memanggil dan menjerit tetapi masih tiada sahutan dari Am. Hampir satu sekolah sudah mereka geledah tetapi masih tiada sebarang petunjuk mengenai Am. Tania,Syahril dan yang lain-lain sudah mati akal dan berputus asa lalu mereka berehat di sekitar kawasan koridor yang sunyi dan juga berdekatan dengan bilik stor lama.
Sedang mereka berehat dan berborak, suatu bunyi aneh dan hentakan kuat kedengaran. Tania,Syima,Farah dan Farhana sudah menggigil ketakutan. Syahril dan Iril memberanikan diri menuju ke bilik stor tersebut.
" Siaaaa-aaa-aapa tu? Or-orang ke? " tanya Syahril dengan gagap.
" Syahril? Syah! Bukak pintu ni cepat! Ni Am! " kedengaran suara Am yang kurang jelas.
" Am!? Am! " serentak mereka semua menjerit.
[ Sorry again, update sikit lagi.. dh nak akhir thun ni bnyak keje nk kene buat. Study lh itu lh ini lh.. I'm so sorry ok~ Please forgive me~ ^^ Well enjoy.. Do comment ok? luv ya! <3 ]
-Mochi74-
YOU ARE READING
Benci
Teen Fiction" Mempunyai seorang kakak,abang atau adik sudah cukup bermakna kerana mereka boleh jadi peneman,pendengar setia dan penasihat. Segala suka dan duka boleh dikongsi bersama tapi................ tidak bagiku. Hari-hari rasa bersalah menyelubungi diriku...