Setelah beberapa mingggu menghadap akhirnya berakhir jua penyiksaanku selama ini~! Syukur~ Mujur mata pelajaran yang aku ambil tidak sebanyak Amarra, kasihan. Dia masih berbaki satu hari lagi untuk menghabiskan SPM iaitu hari ini. Jam dinding dipandang sekilas, sudah pukul 7.30 pagi rupanya.
Usai membersihkan diri serta berpakaian lengkap, aku menuju ke ruang makan untuk bersarapan tetapi langkahku termati di hadapan kamar Amarra yang masih lagi terang bercahayakan lampu. Aneh, kenapa Amarra masih lagi berada di dalam biliknya?
Tombol pintu dipulas,
" Ya Allah~! Am~! Ma! Pa! Call ambulan sekarang! "
Sekujur tubuh yang sedang terkulai lemah di atas katil. Ya, tubuh itu adalah Amarra. Perasaan sungguh cemas dan risau menyelubungiku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Lidahku kelu dan tubuhku kaku. Sejurus ambulan sampai, Amarra terus dibawa ke hospital.
Di hospital,
" Mama, Am sebenarnya sakit apa? Ada apa-apa ke yang mama dengan papa cuba sembunyikan dari Arri? "
" No~ Nothing.. Macam yang Arri nampak, kakak cuma sakit biasa je. "
" Ha ah, betul kata papa tu. She's fine. "
" NO! Tipu! Arri tau Am bukan sakit biasa sakit dia kronik! Arri tau pasal ubat-ubatan dia, ubat dia semua bukan dos biasa! Semuanya dos tinggi! And dia tak pernah sepucat ni walaupun dia tahan sakit tu! Could you please tell me!? "
" Baiklah, kalau itu yang Arri nak. Amarra sakit kanser, tahap ketiga. "
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Am masih lagi tidak sedar dan sedang dirawat. Mama dan papa pula pulang ke rumah kerana Nek Jah jatuh sakit secara tiba-tiba, hanya aku seorang sahaja di hospital menanti khabar dari doktor. Aku melabuhkan punggungku di bangku kosong yang berada di sepanjang koridor.
Baiklah, kalau itu yang Arri nak. Amarra sakit kanser, tahap ketiga.
Kanser? Tahap ketiga? Kenapalah selama ni aku lansung tak tahu even perasan lansung? Ya allah~ Rupanya selama Am beberapa minggu di hospital adalah dia dirawat dan ubat-ubatan pula hanya sampingan? Betapa kejamnya aku terhadapnya selama ini sehinggakan nyawanya hampir terkorban. Adik jenis apakah aku ini?
Hampa dan kesal sungguh terasa dihati setelah mengetahui perkara yang sebenar. Walaupun aku bersikap kejam dan kasar terhadapnya tetap juga dia melayanku dengan baik. Benci yang aku bina dengan penuh dendam dan kukuhnya akan runtuh jua. Banyak sungguh dosa yang telah aku lakukan terhadapnya.
Akhirnya, mengalir juga air mataku. Hati yang keras sekeras batu telah menjadi lembut. Perasaan marah dan benci bertukar sayang. Aku yang kuat dahulunya telah menjadi lemah kerana tiadanya dia di sisi.
" Kakak, maafkan Arri~ Arri banyak dosa dengan akak, Arri sa-yang akak. "
Tq~
-Mochi74-
YOU ARE READING
Benci
Teen Fiction" Mempunyai seorang kakak,abang atau adik sudah cukup bermakna kerana mereka boleh jadi peneman,pendengar setia dan penasihat. Segala suka dan duka boleh dikongsi bersama tapi................ tidak bagiku. Hari-hari rasa bersalah menyelubungi diriku...