Sudah tiga hari berlalu Arrisya masih berada di dalam biliknya, tidak mahu makan apa entah lagi keluar dari biliknya untuk ke sekolah. Merajuk agaknya, lebih baik aku pujuk mana tahu dia berubah hati. Aku bangkit dari katil lalu mandi an bersiap-siap kemudian mengatur langkah ke bilik Arrisya. Aku memulas tombol pintu biliknya yang tidak berkunci itu,dengan perlahan menuju ke katilnya.
" Arri~ Arri~ " bisikku dengan perlahan tetapi tiada sebarang respon. Aku mengejutnya lagi kali ini matanya dibuka perlahan-lahan dan memandang ke arahku.
" Kau nak apa!? Kau buat apa dekat bilik aku!? Kau blah sekarang!? Aku menyampah nak hadap muka kau!? " tengking Arrisya dan menolak badanku sehinggakan aku terjatuh bagaikan nangka busuk. Aku hanya tersenyum melihat telatahnya kerana sudah lali diherdik,dimaki serta ditengking olehnya. Aku tahu sebenci mana dia terhadapku pasti akan timbulnya rasa sayang cuma cepat atau lambat sahaja.
" Ok~ Jangan lupa mandi,makan and pergilah keluar dengan kawan-kawan tu tenangkan fikiran. Tapi ingat, jangan balik lewat nanti mama dan papa marah pula.. " kataku sambil mengusap kepalanya lalu menapak keluar dari bilik Arrisya. Aku turun ke bawah membantu mama dan nek Jah menyediakan sarapan. Agak riuh dan kecoh di dapur kerana mama tidak henti mengusik nek Jah yang kaki latah itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Pagi-pagi lagi dah buat mood aku ke laut~ Haihh..Nasib kaulah Arri..Eh? " desis hati Arrisya.
Setelah dikejutkan oleh cipan itu, aku mula menapak ke kamar mandi. Selesai, aku menuju ke meja solekku dan menyikat rambutku yang ikal mayang. Sejujurnya aku cemburu dengan cipan itu kerana dia lebih cantik dariku tetapi bila difikirkan balik sebenarnya kami berdua sama sahaja cuma yang membezakan kami adalah tahi lalat yang berada di sebelah kiri wajahku. Kata-kata cipan itu masih lagi bermain dimindaku, terasa sedikit kasihan terhadapnya tapi bila mengenangkan kejadian tempoh hari perasaan kasihan itu bertukar kepada dendam dan benci. Entah mengapa susah sekali untuk aku berdamai dengannya, setiap kali melihat wajahnya aku pasti akan panas.
" Morning everyone~ " ujarku dingin sekali.Ketawa riang dan riuh rendah di dapur sebentar tadi, tiba-tiba menjadi senyap dan sunyi seperti yang aku jangkakan.
" Eh Arri? Meh join akak,mama dengan nek Jah masak. Nah *menghulurkan pisau dan semangkuk ikan* siang ikan tu. " kata Amarra dengan senyuman manis. Kalau diikutkan hati, aku hendak menepis sahaja tangannya oleh kerana mama dan nek Jah sedang memerhatikan aku dan cipan ni jadi aku terpaksa akur sahaja.
Suasana di dapur kembali riuh, bahagia rasanya...Ini yang aku inginkan selama ini mama,nek Jah dan aku bersama bergurau senda,saling tolong-menolong dan tertawa riang. Seandainya Amarra tidak wujud pasti hidupku tidak seperti sekarang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah~ Arrisya sudah kembali ceria! Tetapi jauh di sudut dalam hatinya masih terasa benci akan aku dan tidak menyukaiku. Tanpa berlengah, aku mengundurkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan Arrisya bersama mama dan nek Jah di dapur. Sedang aku menuju ke bilik papa menegurku.
" Aik~? Nak pergi mana tu? Kenapa nak larikan diri? " tanya papa yang seakan-akan sudah tahu niatku.
" Am tak nak kacau,biarlah~ Bukan selalu kita dapat tengok Arri tersenyum dan tertawa riang macam ni lagipun Am nak keluar dengan Iril dan yang lain-lain. Boleh kan,papa? Am janji,tak akan balik lambat~ " jelasku dan papa mengangguk paham. Sejurus itu, aku bersiap-siap lalu menghidupkan enjin kereta kesayanganku.
Setiba sahaja di cafe, kelihatan Syahril,Tania,Syima,Farah,Farhana,Iril dan........................................................ Rayyan!!!? sedang berbual riang menantikan kehadiranku. Agak berat kakiku hendak melangkah ke pintu masuk tapi apakan daya, aku baru sahaja tiba tak akan aku hendak berpatah balik? Dengan hati yang berat aku melabuhkan punggungku di kerusi antara Syima dan Farah. Agak rancak perbualan kami walaupun hanya berbual-bual kosong tiba-tiba aku berkata " Kan bagus kalau ada Arri~ ". Kini, semua memandangku dengan -kau dah kenapa? demam ke-. Aku hanya tertunduk malu dan mengundurkan diri ke tandas, tanpa aku sedar Rayyan mengikutiku dari belangkang.
Tq~
-Mochi74-
YOU ARE READING
Benci
Teen Fiction" Mempunyai seorang kakak,abang atau adik sudah cukup bermakna kerana mereka boleh jadi peneman,pendengar setia dan penasihat. Segala suka dan duka boleh dikongsi bersama tapi................ tidak bagiku. Hari-hari rasa bersalah menyelubungi diriku...