[04]

263 11 12
                                    

" Nak apa ikut saya? " tanyaku tanpa menoleh. Rayyan hanya diam dan tidak menjawab pertanyaanku. Dengan laju tangannya menarik tanganku membuatkan aku menoleh ke arahnya.

" Sakitlah Rayyan! Kenapa dengan awak ni? Awak nak apa dari saya? " aku mula meninggikan suara.

" Saya nak awaklah! Takkan tu pun awak tak faham lagi? " jawab Rayyan.

Kenapa dia ni tak pernah nak berputus asa dan tak faham masalah aku? Kenapa susah sangat dia nak terima Arrisya? Ya,pada luaran Arrisya kelihatan agak bengis dan kurang sopan tetapi aku tahu dirinya yang sebenarnya. Dia sebenarnya seorang yang manja dan periang.

" Perlu ke saya ulang sekali lagi? Saya tak boleh nak terima awak sebab adik saya suka awak dan saya pula tak suka awak saya..saya..saya dah ada Iril dalam hati saya! Please Rayyan move on..Terimalah adik saya seadanya..Apa yang awak nampak pada diri dia sekarang ni hanyalah luaran semata kalau awak kenal dia lebih mendalam,saya yakin jodoh korang tak ke mana bak kata ustaz kazim kalau dah jodoh tak ke mana~ " jelasku dan berlari ke tandas wanita.

Sejujurnya aku berasa sedih kerana aku menolak cinta orang yang aku suka. Tadi berkorban untuk orang yang kita sayang bukankah lebih baik? Lagipun Arri sudah lama menaruh cintanya terhadap Rayyan. Aku tidak mahu adikku terluka. Aku sayang dia walaupun pada realitinya dia benci aku. Tanpa aku sedar air mataku mengalir tanpa hentinya.Setelah beberapa minit aku berada di tandas, aku keluar dan menuju ke meja yang sama. Rayyan masih lagi berada di situ, kini dia tidak mahu memandangku oleh kerana kejadian tadi. Marah mungkin (?).

Skip Skip

Setiba sahaja aku di rumah, aku terus menuju ke bilik kerana letih. Tanpa membersihkan diri aku terus merebahkan badan di atas katil lalu melelapkan mata. Baru sahaja aku terlelap bunyi ketukan pintu telah mengejutkanku. Aku bingkas dari katil dan menapak dengan malas ke arah pintu. Tombol pintu dipulas, kelihatan susuk tubuh yang putih mulus berdiri di hadapanku dengan muka bengisnya siapa lagi jikalau bukan Arrisya.

" Nak apa? " tanyaku pendek.

" Apa yang kau cakap dekat Rayyan? " tanya Arrisya lalu menolakku ke dalam lalu menutup pintu bilikku.

" Ish~ Sakitlah~ Akak suruh dia terima adik and akak reject dia. Ok? Suka? Arri keluar lah, akak letih sangat ni akak nak tidur ni.. " jelasku dan menuju ke katil.

" Cipan! Asal kau bodoh sangat? Ya,memang aku suka dia tapi aku tahu kau pun suka dia plus dia pun suka kau jugak tapi kenapa kau reject dia semata-mata sebab aku? Kalau sebab kasihan baik tak payah tapi thanks lah! Tak de lah aku nak maki and gaduh dengan kau tiap-tiap hari sebab Rayyan lagi kan? By the way jangan nangis air mata darah and menyesal pulak tau." bebel Arri dan meluru keluar.

" Sama-sama~ " balasku lalu Arrisya pun keluar dengan gembira.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Senangnya dalam hati~ Bila dah dapat Rayyan~ Hahahaha~ " sambil menyanyi Arrisya merebahkan badannya di atas katil.

Gembira sungguh hatiku apabila cipan tu reject Rayyan tapi dalam pada masa yang sama kenapa aku rasa sedih pula? Jangan cakap yang aku simpati dekat cipan tu~ Arghhh~ Lupakan! Buat apa kau nak kasihan dekat dia? Memang patut pun dia rasa sedih! Padan muka dia! Aku akan pastikan tak ada seorang pun yang boleh rampas Rayyan dari aku even cipan tu. Kalau aku tak dapat dia pun tak dapat!

Matahari mula terbenam, mama dan papa keluar entah ke mana tinggal aku dan cipan itu di rumah. Nek Jah (?) Dia sudah pulang,dia hanya datang berkerja pada waktu pagi hingga ke petang sahaja. Kebetulan, perutku mula meragam lapar mungkin. Aku mula mengatur langkah ke dapur, pintu bilik cipan itu bertutup rapat serta biliknya gelap. Pelik? Biasanya biliknya terang-benderang. Oh! Ya~ Dia sedang tidur mungkin dia belum bangun lagi.. Lantaklah~ Dia nak mati ke apa~ Aku kesah kenapa?

Di dapur, aku mula membuka satu per satu kabinet dapur untuk mencari mi segera tetapi tiada yang aku jumpa hanyalah peti kecemasan dan satu tuppeware yang berisikan ubat yang dosnya tinggi. Aku mula membelet-belet setiap ubat tersebut,semuanya tertulis nama cipan itu. Ubat apa ni? Kenapa nama sahaja? Sedang aku asyik membelet, ada suatu suara menerjahku. Sudah tentulah suara itu kepunyaan cipan tu.

" Adik buat apa tu? " tanya Amarra dengan nada yang lemah.

Dengan pantas tanganku menyembunyikan ubat-ubatan tersebut di belakangku.

" Huh? Apa? Tak ada apa-apa. Yang kau muka pucat asal? Dah macam pontianak aku tengok. Ke........................kau memang........pon-pontianak? " tanyaku dengan gagap.

" Haha~ Adik merepek apa ni? Mana ada hantu~ Kalau ada adiklah hantunya~ Haha.. Akak sa................. eh tak ada apa-apalah..hehe " katanya dengan tertawa lemah.

" Whateverlah~ Aku lapar sekarang ni~ Aku cari maggi tak ada,mama or Nek Jah or kau tak beli barang dapur ke? Kosong aku tengok kabinet dengan peti sejuk kau tau tak? " bebelku.

" Lahh~ Bulan ni mama belum beli barang dapur dan akak pun lupa. Sorry..ni adik nak makan apa? Akak orderkan. " tanya Amarra lalu mengeluarkan iphone6s+ nya.

" Aku nak makan......................makan apa eh? Ha! Orderkan aku pizza! Maku sure dominos pizza bukan pizza hut! Aku tak suka pizza hut kau tahu kan? Ok kau boleh blah sekarang! Shuh~ Shuh~ " jawabku dengan kasar.

Setelah bayangannya hilang, aku memandang semula tupperware tersebut dan terlintas sesuatu permainan jahat di kepalaku.

" Penting sangat ke ubat-ubat ni? Hehe.. apa agaknya akan jadi kalau dia tak jumpa ubat-ubat ni? " desis hati Arrisya.

Aku segera menuju ke bilikkku bersama tupperware tersebut lalu aku mencampak tupperware tersebut ke dalam tong sampah. Aku keluar semula dari bilikku dan menuju ke raung tamu, kelihatan cipan itu tertidur sekali lagi. Wajahnya semakin pucat dan berpeluh. Hatiku mula berdegup kencang, aku menggoncang badannya dan dia sedar. Fuh~ Nasib baik, kalau dia mampus aku pun mampus juga kerana akan disebat oleh mama dan papa.

10 minit telah berlalu akhirnya pizza yang dipesan oleh cipan itu sampai, aku bergegas menuju ke pintu untuk mengambil pizza manakala cipan itu sedang menonton televisyen. Aku meletakkan pizza di ata meja di ruang tamu itu lalu menuju ke dapur untuk mengambil gelas dan minuman. Sekembalinya aku di ruang tamu, kelihatan Amarra tertidur sekali lagi. Ish~ Kuat betul cipan ni tidur. Dah kenapa~

" Woi~ Bangun,makan~ " ujarku sambil menuangkan minuman.

Tiada sahutan. Good! Memang cipan betullah dia ni.

" Weyh,bangun makan pizza. Pizza yang kau order ni dah sampai. Woi cipan bangunlah! " tengkingku lalu memukul lengannya. Dengan lemahnya badan cipan itu rebah. Sekali lagi hatiku berdegup laju,tanganku mula bergerak pantas menampar wajahnya semakin pucat itu tetapi terhenti kerana ada darah sedang mengalir dari hidungnya. Tanpa berfikir panjang aku segera mendail no mama.

Tidak lama kemudian, ambulans sampai bersaingan mama dan papa. Mama bertanya kepadaku apa telah jadi, aku menjelaskan semuanya kecuali tentang ubat itu. Papa memandang tajam ke arahku dan memarahiku. Aku telah mati akal serta buntu,entah mengapa. Mama tidak lepas memelukku dengan sungguh erat, tangisannya membuatkan bajuku basah. Aku benar-benar tidak faham akan situasi sekarang. Sebenarnya apa yang telah berlaku? Kenapa dengan cipan itu? Ada sesuatukah yang aku tidak tahu tentang cipan itu? Apa yang mama dan papa cuba sembunyikan dariku?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tq~ ^^

-Mochi74-

6ooIH305

BenciWhere stories live. Discover now