BUKK
" Eh~ Hati-hati lah sikit! Jalan pakai mata lah woi! " tengking Arri.
" Wowowo~ Sorry ok? Eh kau nak pergi mana? Tak nak lawat Am ke? " tanya Iril sambil mengusap dahinya.
" Balik! Buat apa aku nak melawat dia!? Buang masa je! " jawab Arri sinis.
Iril menuju ke kafeteria di mana Amarra dan mamanya berada. Dengan sejambak bunga ros berwarna putih dan sekotak coklat diberikan kepada Amarra lalu melabuhkan punggungnya untuk turut serta berborak. Kafeteria yang suram menjadi ceria dihiasi dengan gelak ketawa riang Amarra. Gembira sungguh!
Setiba sahaja di rumah Arrisya tidak berhenti membebel sehingga di dalam biliknya. Arrisya merebahkan badannya di atas katil kesayangannya itu sambil berfikir akan sesuatu. Lamanya Arrisya termenung sendirian,dia bangkit semula dari pembaringan lalu mencapai kunci keretanya dan bergegas keluar.
" Erik~ Aku on the way ni, tunggu aku dekat depan. "
Iphone miliknya diletakkan di tepi. Keretanya dipecut laju bagaikan lari dari polis. Entah apa yang sedang difikirkan oleh Arrisya sehinggakan dia terburu-buru ke rumah rakannya itu.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Perkara yang terlintas di dalam fikiranku sekarang ini adalah Am. Bukan kerana aku mula berubah hati dan ingin berdamai dengannya tetapi sebaliknya. Ubat-ubatan milik Am yang hampir sahaja aku buang masih disimpan. Mujur Erika mempunyai kenalan yang berkerja sebagai doktor.
Bebelanku ini sungguh tidak membantu. Aku menggunakan jalan pintas supaya cepat sampai ke rumah Erika. Sunyi sungguh jalan ini, seram sejuk dibuatnya sudahlah gelap pula. Sesekali terasa diperhatikan dari seat belakang. Aku berharap semuanya hanya hayalan semata. Sedang fokus aku memandu tiba-tiba ada seekor binatang melintas di hadapan.
" Damn Fck Ya Btch ! Geez time ni lah kau nak melintas ! Aduhaii jalan ni pun satu, bila aku nak sampai dari tadi tak sampai-sampai. Aku nak cepat. Erghhh~! Macam cipan! "
-------------------------------------------------------------------------------------------
Dek kerana mulut Arrisya yang terlalu lantang telah mengundang padah pada dirinya. Kereta yang dipandunya hilang kawalan secara mendadak dan akhirnya jatuh ke dalam gaung. Cermin hadapannya telah pecah dan separuh daripadanya telah terkena pada dahi dan tangan. Arrisya tidak mampu untuk menggerakkan badannya. Semakin lama semakin banyak darah mengalir semakin sakit tubuh badan Arrisya.
Arrisya mencapai telefonnya untuk mendapatkan pertolongan. Satu per satu nombor dari kenalannya didail namun tiada seorang pun yang menjawab panggilan darinya. Hampa terasa dihatinya. Arrisya berputus asa dan menangis sendirian di dalam kereta. Ingin sahaja dia keluar dari keretanya itu dan berjalan meminta pertolongan orang ramai akan tetapi disebabkan tubuhnya yang tidak mampu bergerak dia hanya mampu berdiam diri dan memohon pertolongan Allah sahaja.
Sementara itu di hospital,
" Ma~ Am rasa tak sedap hati lah.. Arri mana? " tanya Amarra yang sedari tidak keruan.
" Mama pun sama. Satu hari ni mama tak nampak dia, semalam dia ada datang tapi sekejap je. Mama rasa dia ada dekat rumah, biar mama call Nek Jah untuk kepastian. " kata Puan Haidar.
Setelah 5 minit berlalu, Puan Haidar masih lagi tidak menemui sebarang jawapan atau petunjuk di mana Arrisya berada. Segala nombor kenalan rapat Arrisya didailnya namun tiada satu pun yang berkata Arrisya ada bersama mereka ataupun menelefon mereka manakala Amarra pula menelefon sahabat karib adiknya iaitu Qaleesa dan Erika namun mereka tidak menjawab panggilan tersebut.
Matahari mula terbenam dan hari semakin gelap, Puan Haidar dan Amarra masih lagi tidak menemui sebarang petunjuk dan jawapan mengenai Arrisya. Resah dan gelisah dihati semakin membuak-membuak. Hanya dengan solat dan berdoa memohon pertolongan Allah sahaja yang dapat membantu mereka.
Tq~
-Mochi74-
YOU ARE READING
Benci
Teen Fiction" Mempunyai seorang kakak,abang atau adik sudah cukup bermakna kerana mereka boleh jadi peneman,pendengar setia dan penasihat. Segala suka dan duka boleh dikongsi bersama tapi................ tidak bagiku. Hari-hari rasa bersalah menyelubungi diriku...