[21]

79 6 0
                                    


" Assalamualaikum~ "

" Waalaikumussalam~ Doktor. Doktor nak periksa Am or else? "

" Sorry interrupt you guys, no saya datang ni sebab nak bagi tahu something that might make you happy especially you Am! "

" Really!? What is it? Cepatlah bagitahu doktor! Excited ni! "

" Ok, there might be a cure for your disease but kami masih lagi mengkaji mengenai penawar tersebut. Jangan putus asa ok? There's a lot of posibility ok.. In shaa Allah awak akan sembuh, I'll do my best for you dengan syarat awak mesti makan ubat mengikut waktu, makan dengan secukupnya dan don't think too much itsn't good for you. Ok. "

Setelah mendengar khabar gembira dari doktor, Am dan seluruh ahli keluarga menangis keriangan terutama sekali Arri. Doanya untuk kakaknya itu termakbul jua walaupun jauh di sudut lubuk hatinya terasa sedikit gusar mengenainya.

Hari demi hari berlalu, Am mula kembali sihat berbanding kondisinya sebelum ini dan mukanya yang dahulu pucat kembali berseri seperti biasa.Setiap hari Am kelihatan ceria dan kini Am boleh berjalan dan melakukan segala aktiviti yang normal seperti sedia kala. Berkat doa dan semangat dari orang yang tersayang Am berjaya memulihkan semangatnya untuk kembali sihat. Setiap hari Am akan menjalani pelbagai terapi kecuali kimoterapi yang memang Am sendiri tidak mahu walaupun sudah puas dipujuk.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semenjak aku dikhabarkan bahawa aku masih mempunyai peluang untuk sembuh, semangatku kembali pulih dan teruja untuk kembali sihat seperti sedia kala. Ya, aku akui mungkin harapan kami semua agak tipis akan tetapi aku yakin Allah itu pasti bantu aku untuk sembuh. Alhamdulillah~ aku masih lagi diberi kesempatan untuk bersama orang yang aku tersayang. Walaubagaimanapun, aku harus kembali sihat demi mereka. 

Hari demi hari berlalu bulan berganti bulan, alhamdulillah aku kembali pulih dan sihat seperti sedia kala. Badanku mula berisi dan cergas tidak seperti dahulu kurus dan tidak bermaya. Doktor masih memantau akan kesihatanku tetapi katanya telah berlaku banyak peningkatan dan perubahan yang positif dan hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki untuk bersiar-siar melihat ciptaanNya.

" Akak dah ready? ". Pertanyaan Arri membuatkan lamunanku terhenti.

" Dah~ jom.. "



Tq~


( Hi n assalam semua~ Saya nak menjemput anda semua membaca karya saya yang baharu jikalau anda semua sudi membacanya yang bertajuk "Aku". Jemputlah baca dan seperti biasa tinggalkanlah pendapat anda di ruangan komen. Maaf sekiranya karya saya ini tidak menepati minat dan cita rasa anda untuk membacanya. tq.. )

-Mochi74-

BenciWhere stories live. Discover now