Setelah sekian lama aku terlantar di wad akhirnya aku dibenarkan keluar dan kembali pulih seperti biasa. Syukur aku telah kembali pulih~ Aku tidak dapat menahan sakit yang amat perit dan seksa ini. Setiba sahaja aku di rumah, atok dan wan menyambut kepulanganku bukan mama dan papa. Ya Allah~ Betapa girangnya hatiku melihat atok dan wan berada di rumah dalam keadaan sihat sejahtera. Sejujurnya aku amat merindui mereka setelah sekian lamanya kami tidak pulang ke kampung.
" Cu! "
" Cucu wan~! "
Atok dan wan berlari ke arahku dan memelukku dengan erat sehingga nafasku tersekat dek pelukkan yang terlalu erat itu. Atok perasan lalu dia terus menarik tangan wan lalu berkata
" Saya tahu awak rindu cucu kita seorang ni tapi janganlah over sangat~ Tengok sesak nafas budak tu sebab awak peluk dia ketat-ketat sangat~ Dengan dia awak peluk ketat-ketat,dengan saya tak nak pula eh? " kata atok diselitkan dengan sindiran.
" *mencubit lengan atok* Jangan gedik sangat boleh tak? Hari saya duduk berkepit dengan awak tu apa? Sampai pergi dapur pun nak berpeluk~ Lagipun saya rimas asyik peluk awak je,biarlah saya peluk cucu kesayangan saya seorang ni puas-puas. Bukan selalu,betul tak cu? " perli wan dengan pedas.
" Ya~ Hahaha~ Sweet lah wan dengan atok ni~ Walaupun dah umur dah 66 but still sweet you know? As sweet as sugar Hahah~ Dah jom masuk~ Kesian atok dengan wan berdiri lama. " kataku lalu mengatur langkah menuju ke ruang tamu.
Kami meyambung berborak di ruang tamu. Sedang aku berborak bersama atok dan wan sambil minum secawan teh yang dibuat oleh Nek Jah. Serentak Arrisya,mama dan papa pulang. Setiba Arrisya di pintu masuk dia terus meluru ke arah kami dan memeluk erat atok serta wan. Nampaknya bukan aku seorang sahaja yang merindui mereka. Mama dan papa menyusul masuk dan turut serta bersama kami. Suasana di rumah yang selalunya sunyi dan suram menjadi ceria kembali. Alhamdulillah meriah rumah ini dan Arrisya juga tidak muram seperti selalu.
Matahari sudah terbenam dan bulan pula telah terbit, cahaya bulan yang terang menembusi berandaku. Aku menapak ke arah beranda untuk melihat bulan yang terang. Ya Allah~ Cantik sungguh ciptaanMu. Aku terpesona dengan keindahan alam semesta kepunyaaNya sehingga mama berada di sebelahku pun aku tidak perasan.
" Eh ma~ Bila mama masuk? Am tak perasan pun "
" Macam mana kamu nak perasan, asyik berangan sambil tatap bulan tu je.. Mama dah lama masuk bilik kamu, tujuan mama masuk ni mama nak bagitahu kamu yang kamu kena buat kimo tu demi kebaikan diri kamu. "
" Am tak nak ma~ Kimo tu menyakitkan bukan memulihkan~ Biarlah sel-sel kanser tu merebak sekurang-kurangnya tubuh badan Am tak terseksa. "
Mama hanya membisu dan memeluk tubuhku dengan erat. Terasa basah di bahagian bahu kananku, ya mama menangis. Pada malam itu, mama dan aku tidak berbual seperti biasa. Mungkin dia terkilan dengan jawapan yang diberikan olehku. Usai makan malam, aku terus mengunci diri di dalam bilik kerana ingin memberi ruang Arrisya bergembira bersama mama,papa,wan dan atok. Kedengaran gelak ketawa dan bergurau senda hingga ke bilikku membuatkan hatiku memberontak untuk mengendap di sebalik tangga.Bahagianya mereka~ Gembiranya aku melihat Arrisya tersenyum kegirangan. Mama dan papa pula tidak lekang senyuman di wajah mereka.
" Ma~ Pa~ Arri~ Selalu-selalu lah senyum bila Am dah tak ada nanti~ Am minta maaf sebab selama Am hidup, mama,papa dan Arri tak happy. Hope senyuman yang terukir di wajah diorang kekal selamanya walaupun aku tiada ketika itu. " monolog Amarra yang sedang menangis tersesak-esak di sebalik tangga.
Tq~ ^^
-Mochi74-
YOU ARE READING
Benci
Teen Fiction" Mempunyai seorang kakak,abang atau adik sudah cukup bermakna kerana mereka boleh jadi peneman,pendengar setia dan penasihat. Segala suka dan duka boleh dikongsi bersama tapi................ tidak bagiku. Hari-hari rasa bersalah menyelubungi diriku...