[13]

134 5 0
                                    


" Nenek? Mana nenek jumpa akak ni? " tanya seorang budak perempuan yang masih kecil.

" Nenek jumpa dia dekat tepi jalan tu, nenek rasa akak ni kemalangan jalan raya. Tolong nenek bersihkan badan dan luka dia ya? " pinta nenek tua yang umurnya dalam linkungan 70-an.

" Baiklah nek. " jawab anak kecil itu.

Perlahan-lahan anak kecil itu membersihkan tubuh badan Arrisya, baju yang dipakainya yang telah dibasahi dengan darah telah ditukarkan dengan dress labuh warna putih yang bercorak bunga. Usai membersihkan Arrisya, anak kecil itu terus keluar meninggalkan Arrisya berehat di dalam bilik. 

---------------------------------------------------------------------------------------

Sudah sehari Arri menghilangkan dirinya, mama semakin tidak keruan dan gelisah. Papa sudah membuat laporan tentang kehilangan Arri. Aku pula masih berada di wad dalam keadaan yang tidak stabil, kalau diikutkan kehendak hati ingin sahaja aku meninggalkan hospital ini dan mencari Arri di mana-mana sahaja. Ke mana sahaja dia pergi? Semoga dia dalam keadaan selamat. 

" Ma, berapa lama lagi Am dekat sini? " 

" Tak lama, esok atau lusa kamu dah boleh discharge. Kenapa? "

" Tak ada apa-apa.. Ma, ada apa-apa berita tentang Arri tak? Dah sehari kita tak dapat khabar tentang Arri, Am risaulah mama. "

" Entahlah Am, mama masih tak dapat khabar tentang dia. Kita doakan yang terbaik untuk dia ya? "

Menyesal pula aku bertanya. Riak wajah mama sudah berubah. Ya Allah~ Engkau lindungilah adik kembarku walau di mana jua dia berada. Arrisya Batrisya tolonglah balik..Mama dan papa risau sangat tentang kau.

__________________________________________________________

Sengal-sengal dibadan dan bisanya amat terasa. Aku cuba untuk bangkit dari pembaringan akan tetapi sakit kepala menghalang pergerakanku. Perlahan-lahan aku membuka mataku. Aku agak kurang selesa dan tidak biasa di tempat ini. Aku berada di mana? Siapa yang menukar dan membersihkan luka-luka ini? 

" Kakak dah bangun? " suara kanak-kanak perempuan menghentikan lamunanku.

" Ya~ " jawabku dan cuba untuk bangun tetapi gagal dan aku terjatuh.

" Akak tak sembuh lagi ni~ Akak mesti laparkan? Sekejap ya, Amyra panggil nenek. " kata anak kecil itu lagi lalu beredar.

Manis sungguh apabila memandang wajah anak kecil itu, mungkin dia berumur 9 tahun. Comel! Matanya bundar, rambutnya hitam serta lurus dan kulitnya pula putih. Mendengar suaranya cukup membuatkan aku tertarik untuk menjadi rakan sepermainannya. Sedang aku tersenyum sendirian, seorang nenek yang kelihatan uzur datang menghampiriku. Dia bertanya akan keadaanku dan sebagainya. Peramah sungguh nenek ini dan dia bersama cucunya juga melayanku dengan baik. 

Sambil berborak, nenek membawaku kemeja makan untuk mengisi perutku yang kosong semalaman. Nenek itu memperkenalkan dirinya sebagai Nek Sal dan cucunya pula Amyra. Nek Sal menceritakan kisah hidupnya bersama cucunya itu. Ada pahit getir suka dan duka dalam kehidupannya. Kasihan~ 



Tq~

-Mochi74-

BenciWhere stories live. Discover now