Sudah tiga hari berlalu, masih tiada khabar berita dari Arri. Mama pula sudah jatuh sakit. Dia tidak mahu makan apabila waktu malam sukar untuk dia melelapkan mata kerana terlalu rindu akan Arri. Sudah berbagai cara aku dan papa lakukan untuk mencari Arri demi memujuk hati mama tetapi semuanya gagal. Tidak ada satu pun yang berjaya. Ke mana sahaja Arri pergi?
" Mama~ Makanlah bubur ni sikit.. "
" Tak nak~ "
" Mama kena makan juga, mama tak kesiankan diri mama ke? Tengok diri mama sekarang dah tak terurus. Macam mana mama nak cari Arri kalau mama sakit macam ni? Makanlah sikit eh ma? "
" Aku kata tak nak! Tak naklah! Kenapa paksa!? Kau tak paham bahasa ke!? "
Habis berselerak bubur di lantai angkara mama menolak semangkuk bubur di tanganku. Mujur mangkuk itu diperbuat daripada plastik kalau tidak pasti kacanya akan bersepah dan mama pasti akan tercedera. Usai mengemas, aku menuju keluar tetapi tanganku ditarik oleh mama. Sayu hatiku melihat wajah mama yang cengkung dan tidak bermaya itu. Aku terus memeluk mama. " Am akan cari Arri untuk mama ya? Selagi Am tak jumpa, Am tak akan balik. Itu janji Am. " bisikku lalu aku menuju ke ruang tamu dan mencapai kunci kereta.
--------------------------------------------------------------
Awal pagi lagi aku sudah terjaga dari tidurku, rasanya hari ini tiba masa untuk aku pulang ke rumah. Pasti mama,papa dan Am menunggu kepulanganku setelah beberapa hari aku menghilangkan diri. Aku bangkit dari katil yang empuk itu dan mengatur langkah ke kamar mandi. Usai membersih dan menyegarkan diri, aku mengemaskan barang-barang kepunyaanku yang masih berbaki.
" Akak kemas barang nak ke mana? "
Suara Amyra yang tiba-tiba sahaja kedengaran memberhentikan kerjaku.
" Eh? Amyra~ Awalnya Amyra bangun.. Akak kemas barang nak balik.. "
" Balik? Balik mana? Akak tak tinggal sini dengan Myra dan nenek ke? "
" Akak nak balik rumah akaklah~ Kan kita dah janji hari tu nak bawak kakak kembar akak jumpa Amyra kan? In Shaa Allah kalau ada rezeki akak akan selalu datang sini jenguk Amyra dengan nenek ya? "
" Alaaaaaaaaa~ Nanti Myra rindu kakak lepastu Myra dah tak ada kawan nak main.. Tak Nak kawan kakak! Nenek~! "
Pantas, Amyra berlari sambil menangis menuju ke biliknya. Merajuk agaknya. Hmnm~ Rasa berbelah bahagi pula, teringin rasanya untuk pulang ke rumah tetapi aku mahu tinggal di sini kerana apabila berada di sini fikiranku menjadi tenang. Sesudah berkemas, aku menuju ke ruang tamu di mana Nek Sal berada,sebelum pulang aku mengucapkan terima kasih serta memohon maaf jikalau selama aku berada di rumahnya aku telah menyakiti hatinya. Sempat Nek Sal berpesan kepadaku agar berhati-hati apabila berada di perhentian bas di hadapan.
Aku melambai ke arah Nek Sal dan Amyra. Sudah tentu aku harus berjalan kaki menuju ke perhentian bas. Haihhh~ Betapa susahnya apabila tiada kenderaan. Itulah akibatnya jikalau tidak bersyukur, mujur aku masih hidup jika tidak? Hmnnn...Cuaca di sini memang sejuk sudahlah suram pula suasananya. Semoga aku menjaga mulutku supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat. Hujan mulai turun dan membasahi bajuku,mujur aku sudah sampai di perhentian bas..
" Sejuknya~ Lebat pula hujan ni..Harap-harap ada orang lalu lalang dekat sini, boleh aku tumpang.. " bisik hatinya.
Tq~
-Mochi74-
YOU ARE READING
Benci
Teen Fiction" Mempunyai seorang kakak,abang atau adik sudah cukup bermakna kerana mereka boleh jadi peneman,pendengar setia dan penasihat. Segala suka dan duka boleh dikongsi bersama tapi................ tidak bagiku. Hari-hari rasa bersalah menyelubungi diriku...