[23]

73 3 0
                                    


Belajar diperantauan jauh dari keluarga dan tiada sebarang kenalan di sini pada awalnya memang agak sukar. Jikalau ditanyai bagaimana perasaanku, sudah semestinya aku takut dan risau serta homesick. Alhamdulillah segala perasaan itu hanya hadir seketika sahaja, sekarang aku mampu menghadapi segalanya dengan berani dan keyakinan. Seperti mana Am sudah berhijab begitu juga denganku, kami memutuskan untuk berhijab semasa hari jadi kami yang ke-18. Alhamdulillah~ dengan izinNya aku berhijab dan pelbagai perkara positif telah mengubah sikapku. Banyak perubahan yang sedang aku alami sedikit demi sedikit. Keinginanku berhijab akhirnya tercapai. Sebenarnya sejak dibangku sekolah lagi aku ingin berhijab akan tetapi aku sedar jikalau aku berhijab tetapi segala amalanku,ibadahku dan sikapku tidak sempurna hanyalah umpama menghitung bulu kambing sahaja. Bukankah ianya dikategorikan sebagai munafik? Walaubagaimanapun nasi sudah menjadi bubur, tiada apa yang dapatku lakukan untuk perbaikinya sedari dahulu lagi ianya kini sudah menjadi masa lampau.

Ah! Lupakan sahaja kisah silam itu, sekarang aku hanya perlu fokus akan masa hadapanku ini. Aku kini menetap di kota Perancis yang terkenal dengan kepakaran membuat pastri, menara eiffel, monumen Notre Dame Cathedral dan banyak lagi. Bagi mereka yang tidak berkesempatan dan kurang bernasib baik pasti akan teruja apabila salah seorang daripada ahli keluarga mereka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara begitu juga dirinya juga pasti akan teruja dan seronok sekali tetapi tidak bagiku. Mengapa aku berasa sedemikian? Oleh kerana aku tidak pernah berjauhan beribu batu dari keluargaku dan aku pula keseorangan di sini, tiada kenalan, sahabat mahupun saudara. Mahu ataupun tidak aku tempuh jua cabaran dan dugaan ini kerana ini adalah satu-satunya peluang yang aku ada demi masa depanku. Permulaan perjalananku di sini tidaklah beberapa mengujakan kerana setiba sahaja aku di lapangan penerbangan air kopi panas kesukaan tertumpah di baju seseorang gadis yang seakan sebaya denganku. Seperti yang dijangka, dia memarahi dan mengherdikku dengan kasar. Lama-kelamaan kami menjadi sahabat karib dan juga classmate tidak lupa juga aku juga mempunyai seorang sahabat karib lelaki yang bebangsa arab namanya Muhammad. Pertemuannya bermula apabila kami melakukan kerja amal bersama sebagai satu pasukan. Maka bermulalah sebuah bermulalah perjalanan hidupku yang penuh panca roba di negeri orang keseorangan tanpa keluarga.


Tq~

-Mochi74-

BenciWhere stories live. Discover now