Hari semakin gelap dan aku masih lagi tersadai di dalam kereta ini. Menyesal sungguh hati ini kerana tidak pandai menjaga tutur bicara di tempat yang agak ''keras''. Ini semua kerana perasaan ingin tahu tentang kandungan ubat Am. Arghh! Aku benci kau Amarra Batrisya! Kau pembawa sial dalam hidup aku!
" Aku mesti keluar dari sini, tak akan aku nak duduk berdiam diri sampai ke esok pagi? Sakit atau pun tidak, berani atau pun takut, aku mesti keluar dari tempat ni~ " bisik hati kecil Arrisya.
Aku bergerak menuju ke tempat duduk di belakang dan telefonku masih digenggam erat. Perlahan-lahan langkahku diatur untuk keluar, cermin kereta di belakang telah aku pecahkan dan ya! Aku berjaya keluar dari kereta itu. Segala doa dan ayat suci al-quran telah aku baca sebagai pendinding diri walaupun aku sedikit jahil tentang agama tapi segala doa dan ayat suci al-quran telah aku hafaz.
Perlahan-lahan aku berjalan sambil mulutku terkumat kamit membaca ayat serta doa. Ada sebahagian luka ditubuhku semakin parah. Sakit dan perit rasanya. Aku berharap akan ada seseorang yang bakal menyelamatkan serta menolongku di sini. Rasa menyesal menyelubungi diriku. Bodoh! Sungguh bodoh diri ini kerana terlalu ikut akan perasaan dan kehendak diri yang akhirnya membawa padah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Mama~ Papa~ Tolong datang selamatkan Arri~ Mama~ Papa~ Arri minta maaf~ Arri banyak buat salah~ Mama, Papa tolonglah datang sini cepat~ Arri takut~ " tangis Arrisya yang jatuh terduduk di tepi jalan sendirian.
Kawasan di mana Arrisya berada sekarang kawasan yang jarang digunakan agak sukar baginya untuk mendapatkan pertolongan dari orang ramai. Arrisya masih lagi duduk di tepi jalan sambil menangis, jikalau sesorang yang menggunakan laluan tersebut dan melihat Arrisya pasti mereka sangkakan bahawa dia adalah hantu. Baju blouse berwarna putih yang dipakainya dipenuhi dengan darah, rambutnya pula kusut masai dan dia hanya berkaki ayam sahaja. Kasihan Arrisya tetapi apakan daya, perkara sebegini terjadi ada hikmahnya dan ianya dapat dijadikan pengajaran buat Arrissya.
Tq~
-Mochi74-
YOU ARE READING
Benci
Teen Fiction" Mempunyai seorang kakak,abang atau adik sudah cukup bermakna kerana mereka boleh jadi peneman,pendengar setia dan penasihat. Segala suka dan duka boleh dikongsi bersama tapi................ tidak bagiku. Hari-hari rasa bersalah menyelubungi diriku...