[24]

63 1 0
                                    

Rindu~!


Sudah sekian lama aku tidak mendengar khabar adik kesayanganku yang berada di perantauan. Ya, aku tahu zaman sekarang adalah zaman teknologi whatsapp, facebookinstagram dan sebagainya ada. Kenapa tidak aku manfaatkannya untuk melepaskan rinduku terhadap adikku? Sudah berkali-kali aku cuba menghubunginya memalui media sosial tersebut namun masih sama sahaja tiada balasan dan khabar berita. Rindu, tipulah kalau aku tidak merindui sikap dan telatahnya. Mama dan papa jarang sekali menelefonnya bahkan khabarku di sini juga tidak pernah ditanya kecuali aku yang akan menelefon salah seorang daripada mereka. Sudah lali dibuatnya tetapi aku tahu sibuk macam mana sekalipun mereka masih tetap ingat dan sayang akan puteri-puteri mereka. Mengenai pelajaranku di sini alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja namun tidaklah setiap semester aku mendapat dekan adakalanya aku menghadapi kegagalan juga tetapi tidak bermakna gagal untuk selamanya jikalau kita teruskan usaha bukan? 

Bulan Ramadhan kian menjelang, bulan Syawal pula hampir tiba. Dalam fikiranku hanyalah keadaan adikku dan kehidupannya di negara orang. Bagaimanakah keadaanya? Risau dibuatnya, bermacam-macam perkara aku bayangkan yang baik dan juga yang buruk. Aku cuma mampu berdoa dan mengharapkan yang terbaik buatnya. Alangkah bagus jikalau ada kenalanku di sana dapatlah juga dia menjadi penjaga adikku. Kenalan?Eh! Wait!? Ayyan!

" Yes! "

Banyak mata memandangku dengan pandangan pelik. Lupa aku masih berada di dalam kelas dan bukannya di cafe.

" Berangan nak kahwin lah tu? " perli Puan Azira dengan senyuman. 

Satu kelas gelak. Malu, usah ditanya. Nasib badan mendapat pensyarah yang suka perli dan rakan sekelas yang masuk air dan bukan spesies bawang atau jaga kain orang.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Becca~ "

" Yeah, why? " 

" When is our semester break? "

" Not sure about that might be next month, why babe "

" Nothing, I miss them and I think I'm going home. " 

Becca hanya mengangguk faham. Sudah terlalu lama rasanya aku tidak pulang, semenjak aku berada di sini aku tidak berkesempatan untuk membalas whatsapp dan juga facebook Am kerana aku terlalu sibuk dengan pelajaranku dan kehidupan seharianku. Aku hanya mampu baca dan meninggalkan bluetick sahaja jikalau aku berkesempatan untuk memegang telefon. Keadaanku di sini alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja namun.....................................


tq~

Mochi_74

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BenciWhere stories live. Discover now