2. Sweet Cologne

280 12 5
                                    

"Opppss!"

Menyedari backpacknya terkena seseorang, Keith berpaling untuk memohon maaf. Namun dek kerana koc yang sesak, dia tak dapat memusingkan badan. Tangan Keith masih memegang hanging strap, risau dia menganggu penumpang lain jika badan dan backpacknya bergerak. Kelibat gadis terbantut di belakangnya dikerling. "I'm sorry ya?"

Gadis itu hanya membalas perlahan. Antara dengar atau tak. Tak pula aku aku perasan riak wajahnya. Tambahan penumpang di stesen KL Sentral membuatkan aku dan dia terhimpit rapat. Cepat-cepat aku pegang tiang dihadapannya saat kereta api tiba-tiba bergerak.

"Popp!" Notifikasi telefonku berbunyi.


Taufik.
Pergh kawan dah balik ah. Set, malam ni kita futsal. 

Yak yak yeay!


Haih Taufik.. Taufik.. Tak habis-habis dengan futsal dia tu. Agaknya kalau masukkan dia dalam Team Ammar, kautim habis dua ekor hantu tu. Teringatkan Ammar, abang sepupuku, aku cari pula alamat rumahnya yang tersimpan dalam contact. Berharap benar jalan disana tak berubah.

Sedang Keith khusyuk dengan telefonnya, Yuu pula sibuk membaca buku. Memang sudah menjadi kebiasaannya untuk menyimpan satu buku dalam handbag. Ada ketika, dia kerling sedikit kearah lelaki disebelahnya. Tinggi dan putih. Tak pasti Melayu atau Cina kerana Yuu hanya dapat melihat side-profile saja.

Tubuhnya sengaja dirapatkan seketika dan hidungnya memainkan peranan. Wanginyaaa. Beberapa kali Yuu menghidu bau wangian itu hingga rasa ketagih. Ermm minyak wangi apa ni? Nak tanya ke eh? Tapi kalau tanya pun, untuk apa? Bukannya kau nak belikan hadiah untuk pakwe.. Hmphh pakwe pun takde.

.

.

.

.

Hentian Subang Jaya.

Keith berjalan keluar dari stesen KTM Subang Jaya. Suasana petang yang nyaman itu diperhatikan. Nafasnya ditarik dalam-dalam lalu dilepaskan tanpa keluhan. Dalam masa yang sama, dia cuba mengingat sesuatu. Perlahan kepalanya menoleh kearah komuter yang baru berlepas.

Dalam kereta api tadi..

Gadis pendek berselubung hitam yang begitu khusyuk membaca buku di sebelahnya tadi. Keith tahu dia pernah melihat wajah itu sebelum ini. Tapi betul ke itu dia?

Serta-merta minda memainkan kembali detik 10 tahun lepas.

"Yuuuu! Aman dah mati. Susun cepat.." Aku menjerit jauh kearah Yuu. Memandangkan dia pandai mengelak, aku tugaskan dia untuk menyusun balik selipar yang berselerak. 

"Yuu, belakang!" Niat untuk menyelamatkan dia membuatkan kepala aku menjadi mangsa balingan selipar. Argh! Tepat kena mata.

Iskkk!! Cepat-cepat Keith memadam bayangan yang dari tadi asyik membelenggu. Rasanya dia tersalah orang.

Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar beserta sekotak rokok dan lighter. Jarinya laju menaip mesej kepada Che Tim, sambil bibirnya tak lepas menghembuskan asap.


To: Che Tim

I'm here.


0123Where stories live. Discover now