8. Tarzan VS Bazooka (flashback)

164 9 0
                                    

9 tahun, Mei, 10 pagi.

"Weh! Keith! Ni air aku kan? Apa hal kau minum?"

Yuu menampar mejanya perlahan. Tak pasal-pasal bergegar pulak kantin sekolah ni. Pinggan nasi ayamnya yang tinggal separuh dia lindung agar tidak dikikis Keith. Melihat budak lelaki itu seronok menghabiskan air anggurnya, Yuu membalas dengan mencuri seplastik nugget di hadapan Keith. "Woii!"

"Ishhh! Korang ni kan.. Depan makanan, janganlah bergaduh. Sehari kalau tak bergaduh, tak sah tahu tak?" Marah Delia. Pasti dia sudah lama memendam perasaan. Mana pernah dia memarahi orang. Tapi kalau hari-hari bergaduh sebab benda kecil, siapa yang tahan. "Air dengan nugget tu boleh kongsi sama-sama kan? Yang korang ni jenis tak reti nak minta izin dulu kenapa? Hah Keith, haus sangat sampai tak boleh beli air? Yuu, tak cukup ke nasi ayam tu?"

Serentak Keith dan Yuu diam. Mustaqeem yang sedari tadi hanya memerhati, terus meledakkan tawanya. "Orang kata kan.. Kecik-kecik lawan. Besar-besar nanti.."

"Haaa! Apa? Besar- besar apa? Takde maknanya aku nak kahwin dengan dia ni." Keith memotong ayat Mustaqeem. Sengaja matanya dijengil kearah Yuu.

"Heh! Ingat aku suka sangat ke dekat kau?!"

"Allah!" Sengaja Mustaqeem menguatkan suara dihadapan mereka. Dengan songkok yang sering dipakainya disekolah, memang lengkap imej Abah-abah. "Dahlah, jom masuk kelas. Masa rehat bertekak, main bola bertekak. Mujurlah cikgu dah asingkan tempat duduk korang awal-awal." Sambungnya lagi. Namun bersuara lebih lembut berbanding Delia tadi.

Keith cepat-cepat beredar setelah mendengar bunyi loceng tamat waktu rehat diikuti Mustaqeem yang mengejarnya. Masing-masing meninggalkan Yuu dan Delia yang masih belum habis makan di kantin.

.

.

.

.

"Delia!"

Yuu lantang menjerit, dapat didengari hingga ke luar taman itu. Delia yang masih mengelap cermin matanya terus mendongak. "Susun! Cepat susun balik selipar tu!" Arah Yuu dari jauh. Namun belum sempat Delia mendirikan kesemua selipar itu, satu selipar lain dilempar kearahnya.

"Yeayyy! Hahhahahah.. Perempuan kalah!" Keith bersorak penuh angkuh. Pada pendengaran Yuu, suara Keith sangat menjengkelkan. Berlagak! Poyo! Berlagak lagi! Poyo darab 12!

"Tukar game lain lah. Ada yang semput, tak boleh nak lari." Pinta Yuu apabila melihat ada beberapa kawannya termengah-mengah. Lagi-lagi dari kumpulan perempuan. Delia sendiri sudah mengeluarkan inhaler dari poket.

"Siapa suruh kau join? Lain kali kau duduk rumah je lah, main masak-masak ke. Takpun kau join Zedd main dolls macam dulu-dulu.." Perli Keith sambil tersengih. Sengaja perkataan dolls itu dia sebut acah-acah matsaleh. Perli Zedd sebenarnya.

Yuu tak tunggu lama, terus selipar berhampirannya dibaling tepat kearah Keith. Selipar Jepun Mustaqeem jugalah yang menjadi mangsa. "Bodohlah kau!" Yuu tarik muka masam. Selipar cartoon Tarzan miliknya dicari, lantas mengayuh basikal meninggalkan taman.

Delia dan beberapa kawan perempuan yang lain menarik diri dari permainan, dan hanya bermain buaian. Tak selesa pula dengan lelaki bila Yuu takde. "Weh korang, aku nak cari Yuu kejap. Tunggu eh?"

Dari jauh, Mustaqeem lihat Delia mengayuh basikal. Pasti mengejar kawan baiknya. Berbeza dengan Yuu yang mengayuh laju bak pelesit, Delia nampak lebih ayu dengan mengawal basikalnya. Macam Nyonya pergi pasar pun ada.

"Kau ni, dengan budak perempuan pun berkasar. Dia jadi macam tu sebab berkawan dengan kita tahu tak? Tak patut kau cakap pasal Zedd tadi.." Mustaqeem berdiri dihadapan Keith sambil membetulkan songkoknya. "Banyak sangat kau cari gaduh dengan dia. Ada apa-apa ke ni?"

0123Where stories live. Discover now