3. Rose Tea

225 9 5
                                    

Secangkir teh tersedia dihadapannya. Air teh berbau wangi itu Keith hidu kemudian dihirup perlahan. Masih panas. Hampir saja lidahnya dirasakan meruap. Keith lebih suka air dihidang suam. Segera cawan teh jenama Vintage itu dia letak kembali diatas piring.

Rasanya masih ramai yang tak tahu atau mungkin tak pernah merasa air Rose Tea. Tapi bagi yang pernah merasa tentunya akan ketagih setiap kali menghidu air yang begitu menenangkan. Kaya dengan Vitamin C dan A, Rose Tea boleh disediakan dengan mengguna rose petal dan madu. Sejak dulu lagi Che Tim mengamalkan minum air ini berbanding teh biasa. Kurang gula dan baik untuk dalaman katanya.

Pandangan Keith dibawa meliar ke setiap sudut ruang tamu itu. Perinciannya masih sama. Sedar tidak sedar, rasa hiba menyelubungi diri.

"Sunyi rumah ni, Che Tim." Suara Keith sayu disertai keluhan. Che Tim pula hanya membisu. Kedua-duanya merenung ke luar jendela, angin petang dibiar meniup lembut.

"Selalu petang-petang macam ni la, Pakcik akan main biola dia tu dekat sini. Lagu P. Ramlee." Keith berjalan ke halaman rumah. Cuba mengenang kembali masa kecilnya yang selalu diluangkan disini. Masih sama 13 tahun yang dulu. Rumah bertemakan era 80-an. Sangat klasik di mata muda Keith.

"Takpun, dia akan bawak Keith dengan Ammar pergi jalan-jalan naik vespa tua dia tu." ucap Che Tim diselangi satu senyuman.

"Vespa? Masih simpan lagi ke?"

"Mestilah simpan lagi, Keith oi. Banyak-banyak barang dalam rumah ni, Pakcik kau tu paling sayang dekat biola dengan motor dia tu. Ada Che Tim simpan dekat stor belakang. Kalau kau nak pakai, ambil lah. Senang nak pergi sekolah nanti."

"Hahh!"

Che Tim tiba-tiba menepuk tangan menandakan dia teringat sesuatu. Cara yang sama dia mengejutkan anak muridnya yang leka dalam kelas. Che Tim pernah berkhidmat sebagai guru. Tapi kemudiannya mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

"Cakap pasal sekolah, kau sambung sekolah mana ni? Dekat sini tak banyak sekolah yang ada Form 6.."

"Di Shah Alam. Dekat seksyen berapa entah. In Shaa Allah, esok pagi Keith daftar dekat sana. Tapi sekejap je sebab tengah hari, ada hal Mama suruh uruskan."

"Haihh Mama kau tu. Baguslah kalau dah jumpa. Takut kau tertinggal pelajaran pulak nanti... Ni Che Tim nak pergi rumah belakang jap. Mesyuarat tingkap. Barang-barang kau ni jangan lupa bawak masuk bilik Ammar. Kejap lagi dia balik, kerja ngkorang merayau je."

Keith terus ke stor di belakang rumah. Ingin melihat vespa yang bakal dinaikinya esok ke sekolah. Keith tersenyum sendiri. Vespa antik jugaklah yang jadi transportnya esok. No more Range Rover Mama.

0123Where stories live. Discover now