7. First Met (flashback)

200 9 0
                                    

7 tahun, Februari, 2 petang.

Hari ini matahari bagaikan berteriakan, memancarkan cahaya ke kawasan Hulu Klang. Aku pula seperti biasa, hanya perlu menunggu buat seketika untuk cuaca menjadi redup. Selepas itu, barulah aku dibenarkan untuk berbasikal bersama-sama geng bikers. Opah pula sedang menyiang ikan untuk dibuat hidangan malam. Kiranya, Opah tidak perlu mengejar masa untuk memasak malam nanti, hanya panaskan lauk saja.

Saluran televisyen hanya memaparkan drama telenovela dan aku mula bosan. Biasanya aku akan bertandang ke rumah jiranku yang menjual mainan dan jajan. Tapi minggu ini mereka sekeluarga tiada di rumah. Dan aku menjadi bertambah bosan. Beberapa kali aku ke luar rumah untuk memastikan cuaca redup, namun dari jauh, aku masih dapat melihat 'genangan air' diatas jalan. Itu namanya Fatamorgana.

"You tengok tu.. Kalau panas terik, dari jauh nampak macam ada air atas jalan kan? Itu sebab ada pembiasan cahaya matahari. Pantulan dari langit buat dia jadi macam cermin." Apek Cina yang sudah berpuluh tahun menjadi jiranku menerangkan sedikit tentang fenomena ini saat aku membeli jajan dirumahnya tempoh hari. Melihat aku masih bingung, dia menambah. "Aiyaa. Tak faham, tak pe. Nanti you besar, you belajarlah. Physics."

"Tapi Apek, Fatamorgana tu bukan lagu nasyid ke? Kumpulan Hijjaz yang nyanyi." Aku membalas. Yelah, zaman ini lagu nasyid dan etnik kreatif sering dimainkan di radio. Sehinggakan aku dan kawan-kawan pun turut menghafal liriknya. Bukan macam sekarang, satu lagu keluar, sampai 5 bulan dia putarkan. Ingat zikir ke?

Lama aku termenung, cuaca akhirnya berubah redup. Jam juga sudah ke arah 5. Aku terus mengayuh basikal ke rumah Zedd setelah mendapat keizinan daripada Opah.

"Zedd..Ohhhhh Zeddd!" Jeritku dari luar rumahnya. Rumah Zedd berbentuk panjang dan bertingkat. Malah kawasannya lebih elit berbanding rumah Opah, teres dua tingkat tapi serius nampak gah. Dengarnya, bapak Zedd kerja tinggi, dengan menteri. Tapi jarang bapanya ada di rumah, selalu outstation. Tinggallah Mama Zedd bersama-sama tiga anak daranya.

Badan Zedd yang agak montok berbanding aku dapat dilihat dari jauh. Rambutnya keriting asli berwarna hitam dipadankan dengan bandana berwarna merah. Dia juga lebih selesa mengenakan skirt pendek paras atas lutut. Tipikal anak orang kaya.

Aku? Pakai skirt? Paras lutut? Huh! Takde maknanya. Dah lah kaki tu calar balar, pastu jenis yang suka panjat situ, lompat sini. Ada hati nak pakai skirt. Ergh simpang. A/N: Ni sumpah aku tak tipu, korang cuma bayangkan cerita Tentang Bulan je. Budak bandar lawa meletup tu Zedd, dan aku budak kampung selebet tu.

"Yuu, kejap. Kita nak cari dolls kita." Sahut Zedd dari dalam rumah. Sementara itu, aku mengayuh basikal di sekeliling kawasan perumahannya sambil mencari kawan yang lain.

.

.

.

.

"You'd better find it! Or else.. You will get into trouble."

Suara Mummy masih terngiang-ngiang sedari tadi. Keith mulai risau. Jarang Mummy kedengaran sebegitu tegas. Mahu tak mahu, dia harus mencari kereta permainan bersaiz kecil yang baru sahaja dibeli sebagai hadiah hari jadinya yang ke 7.

Keith berlari ke luar rumah. Itu tempat terakhir yang dapat dia fikirkan. Mungkin tadi dia seronok sangat bermain di rumah baru yang akan didiaminya ini. Longkang besar ditepi rumahnya dijenguk perlahan-lahan.

"MY CAR!!!!"

Keith menjerit perlahan melihat kereta permainannya berada di dalam longkang. Sedikit perasaan takut dan geli menghurungi diri bila dari jauh dia perhatikan kereta itu terkena kotoran hijau. Euwww! Tambahan pula, longkang itu besar dan dalam. Dia tidak mungkin dapat menangkap kereta permainannya itu jika menggunakan ranting kayu. Keith berfikir panjang. Lama hadiah harijadinya diperhati.

"Ada biawak ke?" Jerit seseorang teruja diselangi bunyi tapak kasut menghampiri.

Keith pandang sekilas budak perempuan disebelahnya.

"Takde pun.." sambung Yuu hampa. Ingat lagi dulu dia pernah ternampak biawak dalam longkang depan masjid. Bangkai babi hutan pun dia pernah lihat. "Ehh! Tengok tu! Berudu. Banyaknya."

Keith hanya mendiamkan diri. Entah tak tahu nak rasa apa sekarang. Risau dengan kereta mainannya atau teruja sebab pertama kali dia berinteraksi dengan orang luar.

Yuu sambung melihat kearah longkang. Adakala terjumpa itu, sekejap terjumpa ini. Khusyuk meneliti, akhirnya dia terjumpa sesuatu yang dia benar-benar pasti, tak sepatutnya berada dalam longkang itu. "Ehhh! Tu kereta mainan kan?!"

Lambat-lambat Keith mengangguk. "Hmm.."

"Awak punya ke? Kenapa tak ambik?" Tanya Yuu. Takkan nak dibiarkan je dekat situ. Dari jauh, memang kereta mainan itu nampak mahal walaupun kecik cenonet. Nak minta Ayahnya beli, memang Yuu beranganlah. Kehendak dan keperluan tu jauh berbeza. Awal-awal lagi Ayah ajar berjimat-cermat.

"YUUUU!"

Panggil Zedd dari jauh agak mengejutkan mereka. Masing-masing menoleh kearah budak perempuan dengan basikal pink berbakul itu. "Kata nak main basikal.." Muka Zedd berkerut.

"Zedd. Sini.. Sini.." Yuu mengajak Zedd menyertainya.

"Kalau ada biawak, taknak lah." Kerutan di dahi Zedd bertambah. Malas-malas dia menghampiri mereka. Berbeza dengan Yuu, Zedd memang agak lembut. Dia sendiri tak tahu kenapalah perangai Yuu macam ni, berkawan dengan budak lelaki. Dahlah dolls pun takde.

"Kereta mainan dia terjatuh dalam longkang ni ha. Kita nak ambikkan kejap." Yuu terus berjalan ke hujung longkang besar itu untuk turun perlahan-lahan. Risau tergelincir, rumput di sekitarnya dipegang kuat sebagai sokongan. Kalau boleh turun, pasti boleh naik. Dari mana tumpahnya sifat berani ini kalau bukan dari Ayahnya. Kalau Mak, pasti awal-awal dah give up, 'beli lain je lah ya?'

Zedd dan Keith hanya memandang dari atas. Fokus memerhatikan Yuu buat kerja gila. Perlahan, perlahan, perlahan. Akhirnya Yuu sampai ke bawah. Tanpa sebarang ragu-ragu, kedua kakinya dicelup ke dalam air. "Arghhhhh!"

.

.

.

.

"Arghhhh!"

"Weh! Kenapa tu?!" Zedd mula cuak. Dia dah kata dah! Jangan buat kerja gila macam ni! Turun longkang, kotor sana-sini. Tu, tu, air tu. Entah anjing kucing dah kencing ke, orang buang sampah ke. Kotor! Urgh, tak boleh ke kita main dolls dengan aman?

Yuu balas ketawa. "Air.. Sejuknyaaa!" Sebuah botol terbuang berhampiran dicapainya lalu dicedok ke dalam air. "Zedd! Tengok ni, jernih air dia. Tapi ada kotor-kotor sikit. Taik ikan kot. Macam yang dalam akuarium tu." Sambung Yuu perlahan. Tetapi masih jelas pada pendengaran Zedd dan Keith.

Zedd mengerling sedikit kearah budak lelaki disebelahnya. Berkulit putih. Pendek, malah lebih kecil berbanding Zedd dan Yuu. Siapa dia ni? Tak pernah nampak pun sebelum ini.

"Selalu kalau ada berudu banyak-banyak ni, mesti ada mak dia." Tanpa henti Yuu menyambung monolognya yang jelas masih didengari kedua mereka diatas. Yuu terlampau teruja hingga tak sedar Zedd sudah panas punggung. Beberapa kali juga Zedd menjeling kearah budak lelaki itu. Dasar punca.

Keith pula langsung tidak ambil kisah tentang Zedd. Bukannya penting, dari tadi asyik mengeluh je. Lainlah kalau dia yang turun, dia yang mengeluh. Ni orang lain yang turun, dia pulak yang mengeluh. Mata Keith masih menatap gerak geri Yuu.

Yuu..

Nama dia Yuu. Budak perempuan ke dia tu? Nampak selekeh sikit, kasar pula tu. Entah ada binatang lain dalam tu, tidak geli ke dia? Rumput dan jalan kotor yang dia lalui tadi, tidak takut dimarahi ke? Seluar dan seliparnya yang basah, berudu yang diperhatikan sejak tadi, kewujudan makhluk lain dalam air longkang itu, suara Zedd yang menjengkelkan.

Dalam diam, Keith kagum. Pastinya seronok kalau dapat berkawan. Dia tidak seberani budak perempuan itu. Zedd dan Keith berjalan menuju kearah Yuu yang sedang memanjat keluar dari longkang besar bersama kereta mainan Keith dalam genggaman.

"Nahh. Jaga elok-elok."

Kereta kecil itu dihulur kepada Keith. "Lepas ni, kalau tak berani turun, bagitahu tau. Byee." ucap Yuu sebelum berlari mengejar Zedd yang sudah menunggang basikalnya. Keith ditinggalkan bersendirian, terpinga-pinga.

0123Where stories live. Discover now