Dek leka menyiapkan kerja kursus di sekolah, aku pulang ke rumah agak lewat, hampir jam 7 malam. Jaranglah aku pulang bila langit sudah mula gelap. Kali terakhir pun sewaktu aku kecil dahulu, semasa masih lagi menetap di Kuala Lumpur.Beg laptop dan file berisi puluhan helaian kertas aku angkut dari seat belakang. Pintu pagar aku buka perlahan agar tiada bunyi terhasil akibat geseran. Aku tanggalkan kasut dan letakkannya berhampiran deretan kasut berjenama milik mereka sekeluarga. Terasa kecil pulak nak diletakkan sekali kasut Bata aku ni.
Aku berjalan perlahan di dalam rumah. Hasrat ingin terus ke bilik aku batalkan bila terlihat Abang Adib di meja makan. Dengan muka yang berkerut, dia meneliti komputer riba dan sehelai kertas di hadapannya. Haih, beruntungnya badan. Muka berkerut pun masih handsome.
"Abang Adib.." seruku mendatar. Berbunyi biasa, tiada paksaan untuk mengalih perhatiannya.
"Baru balik Yuu?" tanya Abang Adib dengan suara yang kedengaran biasa., masih menghadap laptop. Urghhh! Clichenya soalan.
"Umm, baru balik. Aunty Effy mana? Senyap je rumah."
"Mama keluar dengan bakal besan.. Merangkap bakal mak mertua awak."
Eh? Bakal mertua? Apa benda dia cakap ni? Mabuk ke? Aku mempamerkan muka sejuta kekeliruan. Mungkin Abang Adib sedar aku tak faham langsung maksudnya, dia terus tersengih.
"Mama keluar dengan Datin Azlin lah. Tadi dia ada singgah rumah, bawak calon untuk Yuu pulak."
"Hah?! Calon apa pulak ni? Takde cakap apa-apa pun dengan Yuu.."
"Calon suamilah. Datin dah berkenan sangat dengan awak tu. Tadi ingatkan Yuu balik tengah hari, bolehlah berjumpa dengan dia." Lembut saja Abang Adib bersuara. Antara nak tak nak. Aku anggap saja dia bergurau.
Tidak mahu mengganggunya, aku mengangkut beg masuk ke dalam bilik. Usai membersihkan diri, aku sarung tudung bawal di kepala. Laptop dan beberapa kertas aku bawa ke meja makan, mahu menyertai Abang Adib.
Tanpa sepatah kata, aku letakkan botol minyak angin berhampirannya sebelum menuju ke dapur. Dua gelas air kopi aku sediakan, bersama beberapa paket gula-gula. To boost energy, memandangkan aku nampak dia benar-benar lesu.
"Thank you."
"Kan Yuu dah cakap.. Jangan tension sangat buat kerja. Menghadap laptop dah berapa jam, pastu tak makan, tak minum. Manalah oksigen nak sampai ke otak. Ni muka pun dah macam apa." bisingku sambil meletakkan segelas air di hadapannya. Wajah letihnya aku pandang. Rasa kesian terbit dalam hati.
"So how is your day? Seronok jadi peguam?" Tanyaku sinis sambil duduk di kerusi yang agak jauh. Barulah selesa nak berselerakkan buku, tak menganggu kerjanya.
Abang Adib berhenti menaip seketika. Matanya ditutup sambil satu keluhan berat keluar dari mulut. Ekspresi mukanya tidak dapat aku jelaskan. Sama ada mengantuk atau penat. Dia biarkan saja kepalanya disandar ke belakang.
Tak usah diberi jawapan, aku tahu dia tak seronok dengan kerjayanya.
Jadi peguam bukan perkara yang mudah. Kena banyak berkorban masa, nak hadap klien yang berbagai lagi. Tu belum cerita pasal partner gunting dalam lipatan. Yang kononnya baik di luar, tapi simpan dendam dalam hati. Seriau juga aku waktu Pakcik Lee beri review tentang karier ini dulu. Mujurlah aku memang tak lepas kelayakan nak jadi peguam, iaitu gred awesome untuk matapelajaran Sajatratun.
Maka dibukalah sebuah kitab Sejarah untuk aku salin beberapa nota. Ujian Percubaan Semester 2 semakin hampir, dan selalunya aku akan membuat persiapan pada minit terakhir. Last minutes baca buku, last minutes nak gosok tudung, last minutes baru nak confess cinta. Huhh! Typical Malaysian sangatlah Yuu ni.