5. Barbie Pink

227 8 9
                                    

Tidak tenang ponteng sekolah semalam, hari ini aku hadir awal ke sekolah. Tambahpula mata aku rindu untuk menatap wajah tak hensem seseorang itu. Kelas juga telah aku bersihkan, kononnya nak tebus kerja sekolah tak siap semalam. 

Duduk bersendirian di kelas, aku dongak melihat jam dinding, 6:40 pagi. Bosan. Selalunya Fath yang memegang rekod paling awal datang ke sekolah. Kemudian dia akan dendangkan lagu "Terlalu Rindu" by Eleena Haris. Sehingga terngiang-ngiang dalam kepala, suaranya menyanyi 'Cahaya mentari di pagi hari..'

Novel simpanan dalam laci aku keluarkan untuk mengisi masa. Suasana yang sunyi seperti pagi ini sesuai untuk membaca penulisan Haruki Murakami, yang tentunya memerlukan konsentrasi. Tak beranilah nak baca novel hantu, sorang-sorang pagi ni.

Sehelai.. Dua helai.. Tiga helai muka surat aku baca, konsentrasi aku akhirnya terganggu dengan wangian lelaki yang melintasi belakangku. Ermmm. Bau yang sama seperti hari tu.. Bau dalam kereta api.. Bau BangLa ke? Eh! Bukan!

Aku toleh sedikit kearah dia yang baru duduk di hujung meja. Oh! Si Budak Baru. Dirinya aku teliti. Berbaju kemeja berwarna maroon, berseluar slack hitam. Sedondon pula kita hari ni ya, freshie. Tanpa sebarang skrip, aku menegurnya. Sekadar ingin bermesra, kitakan orang Malaysia.

"Budak baru kan?" Soalku bodoh. Too obvious. Tsk.

"A'ah.."

Keith menjawap pendek. Yuu pula sudah ketandusan idea untuk berborak. Lebih mengharapkan budak baru itu untuk bercakap panjang lebar beserta elaboration dan example. Yuu perasan budak baru itu mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Okay." Yuu hanya mengangguk. Keith pula terus dengan telefonnya.

Awkward~

Melihat perbualan ini seperti tidak bermakna, perlahan-lahan Yuu menyambung pembacaannya. Tanda isolasi diaktifkan. Yuu bukannya reti nak sembang-sembang dengan lelaki, nak-nak pula yang handsome macam budak baru ni. Hmmph! Daripada memalukan diri sendiri, lebih baik dia berdiam. 

It's okay, Yuu. Jo masih ada. #Jo4Yuu

.

.

.

.

"Ermmm.."

Suara Jo bergema, ingin bersuara memanggil gadis-gadis di meja belakang. Walaupun suasana kelas agak bising, namun suara Jo yang lembut dan penuh santun itu mudah saja Yuu dengar. Tapi sengaja Yuu buat bodoh, sebolehnya dia tidak mahu menatap muka Jo. Matanya masih melekat di muka surat yang sama.

"Weh korang.." Ucap Jo, mahukan perhatian dari kumpulan meja Yuu. Riak wajah Yuu yang tidak berperasaan Jo intai diam-diam. Kenapalah susah sangat Yuu nak pandang aku?! Hensem sangat ke buku tu berbanding aku?

Maya yang duduk berdekatan, berpaling menghadap Jo yang masih berwajah suci. "Kau nak apa, Jo?"

"Aaaa. Ada sharpener tak, Maya?"

"Ishhh kau ni. Sharpener takde. Kau bawak apa je?" balas Maya sambil menghulurkan pengasah penselnya, berbentuk kereta Barbie berwarna pink.

"Kau bagi aku sharpener Barbie, Maya? Warna pun warna barbi.."

"EHH! Kira bersyukurlah aku bawak jugak. Dorang ni mana nak usung sharpener sana sini. Tengok aku punya pencil case ni haa.. Kau nak correction tape, ada si lembu(nama manja correction tape Maya) ni haa. Kau nak highlight, ada.. Kau tu bawak apa sampai mintak-mintak dekat sini?" Suara lantang Maya bertekak dengan Jo menarik perhatian Yuu dan kawan-kawannya. Gadoh jangan tak gadoh guys. Maya mewakili pelajar perempuan, dan Jo.. Ah lantak kau lah Jo!

"Aku bawak hati je.. Uhukk."

"Chiaaaa chiaaaa chiaaaa!!!" Meja belakang terus bersorak sebaik mendengar ayat manis Jo. Namun, Yuu masih mengendahkan pickupline Jo yang tak seberapa nak pickup sangat tu. Tak terkesan. 'Lawak ke tu, Jo?!  Punchline? Punchline? Baik kau punch card je.'

"Hmmm. Untunglah bawak hati. Kitorang ni bawak makanan je pergi sekolah. Tak bolehlah nak bagi pickup line macam kau, Jo." sambung Maya, sambil tangannya ligat mengemas kembali alatan tulisnya yang berselerak diatas meja. Risau Fath akan marah kerana meja mereka bersepah. Bukan dia tak perasan Fath menjeling meja mereka sejak tadi. Baik dia kemas cepat sebelum Fath flip meja.

"Elehh Maya.. Kau mana nak masak untuk aku. Cuba tengok macam Yuu, selalu buatkan coklat untuk aku. Kan Yuu?"

Jo cuba mengumpan. Namun Yuu kekal statik menghayati novel tebalnya. Karya Haruki Murakami itu dari pagi tadi dia cuba fahamkan namun payah untuk dihabiskan. Penghayatan dan senarionya yang berbeza telah membawa Yuu ke dimensi lain. Ayat diatas bersamaan dengan; Yuu dah pekakkan telinga dia dari dengar suara Jo sakai tu.

Keith pula sambil bersembang kosong dengan Teh dan Zye di meja yang sama, telah lama memerhatikan gelagat Jo. Dan si ulat buku berpakaian maroon hitam sama dengannya tu. Dia tidak pasti sama ada si ulat buku itu adalah perempuan sama yang dia jumpa semasa di dalam tren menuju ke Subang Jaya.

Nama yang sama. Tapi perwatakan yang berbeza.

Sangat berbeza. 

0123Where stories live. Discover now