12. Potluck Motluck

208 8 9
                                    

"Haihh! Pasal kau lah ni, aku lambat datang sekolah. Kalau tak kerana potluck, sah aku dah bergelak ketawa dekat meja."

Aku membebel panjang sambil memandu kereta ke sekolah. Aku terpaksa berhadapan dengan trafik sewaktu melalui sekolah rendah. Entah ambil masa berapa lama, nak tunggu mak bapak berhentikan kereta tengah jalan, nak cium pipi entah berapa kali, duit nak bagi sampai berapa dozen. Alamak, hidung aku mula resdung lah kalau macam ni.

Tupperware yang aku letak di tempat duduk sebelah pemandu aku pandang sebelah mata. Sebab kau lah, Tupperware! Punca, punca aku lambat sampai ke sekolah. Aku cepat-cepat kalih kearah jam sebaik menghampiri sekolahku.

"7:55?"

Dengan gelisah, mata aku galak mencari parking kosong. Namun semuanya sudah terisi. Berapa kali aku berulang-alik sekitar sekolah, sehinggalah aku ternampak tempat kosong bersebelahan pokok. Asal boleh.

Semakin menghampiri, segera aku tekan pedal brake sebelum berlanggar. Tingkap kereta sama-sama diturunkan.

"Jo! Alaaa, aku dah cop tempat tu.."

Ini bukan masanya nak bersweet. Ingat kereta face-to-face comel ke? Tidak, bila kau hanya ada lagi 2 minit sebelum nama kau ditulis dalam rekod lewat.

"Nope! Aku nampak dulu tempat ni. Sapa cepat dia dapat."

Dengan muka berlagak, Jo meletakkan keretanya di tempat kosong tadi. Ei, tak boleh mengalah betul mamat ni! Ni yang kau suka dulu, Yuu? Ni?! Ugh! Dengan muka masam, aku memutar stering sambil mata melilau mencari.

"Yuu! Belakang ni boleh masuk lagi.." Jo menjerit dari dalam keretanya. Dia keluar sebentar untuk memberi arah. Dan aku tak berfikir lama, terus mengikut telunjuknya. Apa yang penting sekarang, aku tak nak menghabiskan masa mendengar syarahan percuma dalam bilik guru dek kerana terlewat 1 minit.

Enjin dimatikan dan terus aku menggapai beg sekolah di kerusi belakang. Setelah memastikan Tupperware dan kad pelajarku dibawa bersama, aku berlari-lari anak mengejar pintu pagar sekolah. Jo di belakang masih berlenggang sambil bermain telefon.

"Kenapa lambat?" Tanya Puan Suzie, guru disiplin sekolah saat aku menghampirinya untuk bersalam. Tak berani sebenarnya nak memandang tepat kearah matanya. Dengan cermin mata klasik dan vokalnya yang tinggi, kau bayangkanlah sendiri. Macam Nyonya Mansoor pun ada.

"Cari parking tadi, cikgu. Dah tawaf, takde tempat kosong. Ramai parking jarak-jarak, sebab tu dah tak muat nak masuk. Mujur kawan saya ajak parking dekat tepi pokok hujung tu haaa." Aku menjawab panjang, sekadar mahu meyakinkannya. Jo juga semakin menghampiri dan akhirnya dia berdiri di sebelahku. 

"Semua parking dah reserve nampaknya, cikgu."

"Hmm. Takpelah, kamu berdua pergi masuk dulu.. Nanti saya cuba bincang dengan guru lain."

Aku mengangguk dan terus kakiku berjalan laju melangkah ke blok D. Bukan rushing nak belajar, tapi lebih kepada nak mengelak berjalan seiring dengan Jo. Tak nak lah!!

.

.

.

.

"Thank you, class. And tolong submit form minggu lepas pada Danny, ya? Saya nak make sure berapa ramai yang akan pergi kem nanti.." ucap Puan Rose selaku guru kelas kami sebelum melepaskan kami untuk berehat.

Beredar saja Puan Rose dari kelas PU/B, Danny segera memain peranan sebagai ketua. Suara garaunya berdehem.

"Okay pelajar, tunggu sekejap. Saya tak nak berlengah-lengah. Jadi kalau boleh, siapa yang ada form tu hari ni, boleh serahkan pada saya sekarang. Duit kem boleh bayar dekat Aminah. Terima kasih."

0123Where stories live. Discover now