10. RESTART

238 11 19
                                    


Fath perhatikan Yuu dimeja hadapannya. Pastinya sedang berangan. Tak habis-habis usap loket kecil yang berada di tapak tangannya. Perlahan-lahan Fath tolak kaki Yuu, tidak mahu Yuu terkejut. "Yuu. Fokus.. Risau nanti cikgu aim kau pulak.."

"Haaa?"

"Meja belakang! Yuu!" Jerit Cikgu Chin, guru Pengajian Am dihadapan kelas mengundang pandangan pelajar lain ke meja belakang. Suaranya yang lantang hampir-hampir membuat Yuu melatah. 

"Pola apa ni?" Sambung Cikgu Chin. Mata empatnya tajam menilik wajah Yuu.

Yuu cuba hilangkan gelabah. Jangan kantoi tak fokus! "Ermmm. Polaaaaa... Polaaa aaasing!" Jawapnya penuh confident. Mujur saja tak cakap Happy Polla. Pikachu.. Pika pika..

"Hah? Apa dia?!" Cikgu Chin bertanya lebih kuat.

"No no no.. I mean, Pola Perubahan. Muktamad!"

"Nasib baik... Termenung aje... Ingat boyfriend ke?" balas Cikgu Chin sebelum beralih ke soalan lain. Dan aku pula tersengih lebar. Aku? Ada boyfriend? Ehh Malaysia dah menuju arus kemodenan ke?

Aku sedar soalan 'boyfriend' itu akan mendorong Jo untuk melihat aku. Tak percaya? Mari aku buktikan. Caranya hanya perlu balas sahaja renungannya yang sedari tadi memaku wajahku. Eyyeyeyeyey. Okay ready? Kita pandang Jo sama-sama.

Dari menunduk, aku mengangkat kepalaku dan serta-merta mataku bertentang dengan Jo yang berada di hujung kelas. Hah! Telahanku benar belaka.

Jo memerhatikan aku tanpa riak di wajahnya, namun mulutnya seperti mahu berbicara. Tak sanggup menahan gelora di dada, aku cepat-cepat melarikan mata. Entah sampai bila lah kita akan macam ni, Jo.

Maya yang diam-diam menyaksikan adegan sweet sour itu memandang Yuu dengan senyuman kambingnya. Seraya itu dia bersuara. "Auchh auchhh auchhh! Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa.." Belum sempat Maya menghabiskan lagunya, ketawanya sudah terburai.

Brengsek kau, Maya. Aku pasti Maya akan membahan aku seharian ini. Seronok, aku biarkan dia berseronok. Hari ni hari kau, esok lusa hari aku pula. Rasanya adegan sweet sour Maya dan Aqim lebih diabetes! Tunggu nanti aku kamceng dengan Keith-

Keith?

Aku masih belum berterima kasih kerana memulangkan loket aku yang hilang selama ini. Wajah Keith di sebelah Zye dan Teh aku pandang lama. Dia sedang tekun mencatat nota yang ditulis Cikgu Chin di whiteboard.

Jujur, aku suka melihat mukanya. Yang sekarang. Mungkin kerana nampak lebih matang dan maskulin. Jika sewaktu kecil dahulu, dia lebih kepada berwajah baby face. Manja, anak mak, sombong, berlagak, poyo, sombong lagi dan macam-macam. Bagaimana mereka boleh rapat semasa kecil dahulu, Yuu sendiri tidak tahu.

Yuu cuba ingat kembali wajah Keith semasa kecil dulu. Sumpah, mat saleh. Tapi kini, lebih perfect. Kulitnya bersih, tiada cela. Matanya hitam, tapi jika diperhatikan lebih dekat, sebenarnya berwarna coklat. Keningnya terputus, tapi aku rasa itulah daya penariknya. Dan bibir? Ahh bibirnya paling mahal.

"Woii."

Sebatang pen berwarna pink mengetuk lembut hidungku. "Dengar tak apa yang Jo cakap?" Zye menolak lembut kepalaku menghadap Jo di hadapan kelas.

"Aku ulang balik kay? Kejap lagi.. Pukul 2:30 petang, ahli kadet kena berkumpul di dewan! Kita berlatih kawad. Wajib! Arahan cikgu."

Aku dengar keluhan berat dilepaskan beramai-ramai. "Alaaa Jo... Lepak ah. Aku tak bawa baju sukan ni. Takkan nak berkawad pakai baju kurung weh?"

"Nope.. Saya sebagai Pengerusi, harus bertindak mengikut arahan. Arahan cikgu, suruh berkawad. Noktah!"

.

0123Where stories live. Discover now