4. Tuala Merah Jambu

220 9 3
                                    

Aku masih lagi berselubung dibawah selimut. Jujur aku masih penat dan mengantuk. Hari ini, aku, Zye dan Maya mengambil keputusan MC (MenCuti) atas alasan yang tak seberapa munasabah; kaki sakit kerana berjalan jauh dan perut yang penuh kerana melantak 3 pinggan. Padahal sebenarnya kami bertiga tidak menyiapkan kerja sekolah. Pfhhht, betul-betul tokoh harapan pelajar Form 6.

Aku meraba-raba katil untuk mencari telefon bimbitku. Notification dari group Whatsappku melimpah ruah. Baik dari group kelas mahupun geng minah-minah kesayangan aku. Aku pilih untuk membaca Whatsapp kiriman geng minah-minah dahulu.

Jika filem Divergent mengquotekan Faction before Blood, then aku mengquotekan Minahs before Class. Okayy benda ni sangat merepek, jadi tolong abaikan ayat aku diatas.


__________________________
(The Mejass Bolatss)

Lily
Weh kaki ponteng.
Maya, Zye, Yuu.
Rugi cakai korang tak datang.

Maya
Kenapa?
Abang Misai cari aku ke?Hakhakhakhak

Teh
Ada budak baru masuk kelas kita.
Dia dari mana ya, Lily?

Lily
Kau dengan abang misai kau tu.. kawin cepat-cepat.
Dari KL dengarnya. Tak silap aku la.

Fath
Dia confirm ke duduk semeja dengan kita?

Zye
Haah?! Serious la?
Semeja dengan kita?

Fath
A'ah, sebab meja lain dah penuh.
Meja kita berenam ni je boleh muat lagi sorang.

Maya
Hensem ke? Sebab aku baca dekat group kelas..
Bukan main lagi semua bercerita.

Fath
Hensem weh.
Tapi tak boleh lawan Nazim Othman aku la.

Lily
Hensem tu boleh lah, aku tak boleh describe rupa dia.

Me
Nama dia apa? Asal dari mana?

Lily
Esok korang datanglah, tanya sendiri. Sapa cepat dia dapat.

Lily
Oh ya, btw Yuu.. Jo duduk tempat kau hari ni. Rindu katanya. Uhuks.

  __________________________  


Aku menggeleng kepala membaca mesej terakhir daripada Lily. Aku mengepal tangan menahan keseronokan. Eeiii tak! Mana ada seronok! Aku dah move on okay?! Haishhh!

Segera aku mengunci telefon bimbitku. Mahu tak mahu, aku perlu bangun dari pembaringan dan membersihkan diri. Tuala merah jambu dibelakang pintu bilik aku tarik dan menyarungnya bagai tudung.

"Eh, Yuu tak pergi sekolah ke hari ni?" Abang Adib sedang memakai cufflink sewaktu dia menyapa sejurus aku keluar dari bilik. Dia yang bermata empat memandang aku dengan muka yang polos.

Jujur, aku agak terpana sebenarnya setiap kali melihat Abang Adib begitu segak dengan pakaian kerjanya. Lelaki lengkap berkemeja putih, tinggi, bercermin mata dan wangi. Aku tahu Abang Adib tak suka dan tak pernah memakai wangian, tapi dia memang berbau segar. Gifted sungguh.

"Awak tu demam ke?" Abang Adib perlahan-lahan menghampiri aku. Erkkkk! Abang Adib nak buat apa ni? Kita belum sedia lagi, bang.. Pipi aku mula membahang, cepat-cepat aku menuju ke tandas dan.. 

 "Nope! Yuu bangun lambat. Lagipun semalam jalan jauh, sakit kaki. So, yeah.. Ponteng." Muka yang sudah memerah aku sorok dengan tuala.

Abang Adib hanya perhatikan saja aku dari jauh. Ada sengihan kecil terukir di bibirnya. Mungkin perasan aku menggunakan tuala pemberiannya pada hari jadiku 2 tahun lepas. Dan ya aku tahu, pelik gila orang bagi towel as a gift. Tapi sumpah, Abang Adib menghadiahkan aku tuala paling lembut di semesta alam. Sampaikan aku rasa tuala ini diperbuat daripada awan dan ketulan bicep Abang Adib yang hangat letop. Urgh! Grrr grrrr!

"Kalau macam tu, duduk rumah elok-elok. Suruh Mak Pah urutkan kaki Yuu tu. Okay? Abang pergi kerja dulu." Abang Adib melemparkan senyuman paling indah buat aku pagi ini sebelum bergerak ke ruang tamu, mengambil briefcasenya.

Ah, rasa macam drama kahwin pula. Ingin saja aku membalas, 'Ya bang, hati-hati bawak kereta. Yuu tunggu abang dekat rumah. Uhuk uhuk gelak comel tersipu malu..' Tapi pagi ini aku waras seperti selalu, jadi aku hanya mengangguk dan terus menutup pintu bilik air. Keluhan berat aku lepaskan. Ya Allah, Yuu. Seriously? Crushed dekat Abang Adib, sepupu sendiri? Jangan buat perangailah Yuu!! 

0123Where stories live. Discover now