18: It's A Date

130 7 3
                                    

Mengikut jadual, lagi 10 minit kereta api akan sampai di stesen Subang Jaya. Keith melabuhkan punggung di kerusi berhampiran sementara menunggu ketibaan kereta api. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar.

____________

Sabrina

I might be late. My mom tak bagi keluar rumah.

Wait for me okay? I'll figure out..

__________________

Whatsapp itu dibiarkan tidak berbalas. Sabrina sedang cuba melarikan diri. Lagi.

Fikiran Keith mula melayang. Lebih pada rasa bersalah terhadap ibu bapa Sabrina. 

Keith tahu. Sejak dia dan Sabrina berkenalan, gadis itu sering keluar rumah dan ada masa langsung tidak bergaul dengan keluarga sendiri. Keith rasa bersalah, tapi dalam masa yang sama, dia mahu Sabrina bebas dari masalah keluarga. 

Keith tak pasti. Betul ke tindakan yang dia buat? Sama-sama mengajak Sabrina lakukan apa yang dia lakukan dulu?

"Keith!"

Suara Yuu tiba-tiba menghentikan lamunan. Keith pandang kearah depan. 

Yuu yang berada dalam kereta api, melambai-lambai kearahnya. Terus Keith bangun dan memasuki koc yang sama. "Dari Shah Alam ke?"

"Lagi mau tanya.." Yuu membalas. 

Keith berdiri disebelah Yuu. Perempuan itu awal-awal sudah memegang palang di tengah koc bagi mengelakkan dirinya terjatuh. Hari ini dia memakai tudung bawal hitam, dikenakan dengan sweater hitam dan seluar jean hitam. 

"Kau tak panas ke?" Tanya Keith.

"Ha?" Yuu tak faham. Keith lantas memuncungkan bibirnya. Terarah pada baju tebal Yuu.

"Baju ke? Tak panas pun.. Asal selesa.." Yuu tersenyum. Matanya automatik terpejam bila senyum. Skrin telefonnya kemudian dibelek, menukar lagu.

"Eh! Kau pakai earphones ke, Yuu?" 

Perempuan itu hanya mengangguk. "Bak sini sebelah. Aku bosan ni. Dahlah lambat lagi nak sampai."

"Tapi lagu aku tak sama dengan lagu kau okay? So terima seadanya. Jangan terkejut pulak. Sebab Maya dah cop aku sama macam bapak dia." Ucap Yuu sambil mengelap sebelah earphones sebelum memberi kepada Keith.

"Aku okay je mana-mana lagu. Takde diskriminasi."

Yuu hanya memandang wajah Keith. Menunggu reaksi kawannya bila lagu dimainkan dalam beberapa saat lagi. Keith menekan earphones di telinganya, supaya dapat mendengar dengan lebih jelas. 

Bila lagu mula dimainkan, perlahan-lahan kepalanya dikalihkan ketepi sambil tersengih.

"Dah kenapa? Kalau lawak, tak payah dengarlah." Earphones di telinga Keith mahu saja dia tarik. Namun segera ditahan.

"Ya Allah. Ada aku cakap aku tak nak dengar?" Keith membalas sambil gelengkan kepala.

"Haish, Yuu.. Berubah betul kau bila duduk Shah Alam. Terkejut jugak aku bila dengar lagu ni. Ingat kau main lagu emo ke, black metal ke. Sekali kau pasang lagu macam ni.."

Keith masih tersengih. Tak sangka lagu irama tradisional yang menjadi pilihan Yuu. Padanlah Maya asyik membahan. "Eh apa nama lagu ni?"

"Selendang Mak Inang. Kau jangan buat lawak eh. Irama favourite aku ni." 

"Macam mana boleh?"

"Ayah aku dulukan ahli muzik, ahli kebudayaan. So masa aku kecik dulu, selalu jugak tengok Ayah aku berlatih. Tapi yang paling aku suka, lagu tradisional. Yang macam ni lah. Ermm, kalau aku cakap dulu aku pandai menari inang, mesti kau tak percaya kan? Sebab macam tak padan je dengan imej Yuu yang dulu kan."

0123Where stories live. Discover now