Hujung minggu kebiasaannya menjadi hari yang paling dinantikan oleh semua orang. Tapi bukan aku.
Kucing Parsi milik Aunty Effy aku keluarkan dari sangkar. Mr Gemuk aku namakan dia. Perlahan-lahan aku sikat bulunya yang tebal. Kemudian aku bawa dia ke kolam ikan. Menemani aku memberi makan ikan emas dan ikan koi belaan Pakcik Lee. Itulah definisi hujung minggu Yuu.
Menetap di rumah banglo Pakcik Lee sejak berumur 9 tahun, Yuu dapati dirinya masih susah untuk bergaul dengan keluarga kaya itu. Mungkin kerana faktor berbeza latar belakang dan dulu mereka jarang bertemu. Tambah pula, Aunty Effy sudah biasa hidup dalam kemewahan. Sedangkan Yuu, sejak kecil lagi sudah diajar hidup sederhana oleh Ayahnya.
"Yuu.."
Suara Abang Adib dari dalam rumah dapat aku dengari.
"Ya, Abang Adib. Yuu dekat kolam ni." Sahutku sambil membetulkan selendang yang menutup rambut. Walaupun sepupu, namun auratku masih perlu dijaga. Ingat sepupu tak boleh kahwin ke? Bolehlah start usha sepupu korang yang single-single tu.
Kelibat Abang Adib muncul setelah mendengar sahutanku. Aduh, masih kacak dan mengancam seperti selalunya. Aku biasanya akan menafikan kewujudan lelaki purrfect seperti dia. Namun, dia yang berada di hadapan mata aku ini, adalah realiti. Realiti yang tak mungkin aku gapai.
"Kenapa Abang cari Yuu?" Tanyaku bila dia mula mendekati. Kerusi berdekatan kolam itu dia tarik dan punggungnya dilabuhkan.
"Abang nak ajak Yuu teman Abang, boleh? Cari barang. Sebab malam esok, ada orang nak datang rumah."
"Haa? Cari barang? Ada apa malam esok, Bang?"
"Janji dengan Abang, Yuu kena diam-diam tau. Kawan Mama nak datang, masuk meminang Alya."
Aku terpempan. Alya? Alya anak Aunty Effy? Sudah mahu dipinang orang? Alya yang lebih muda dari aku itu sudah mahu dikahwinkan? Bukankah sekarang dia sedang belajar di Australia? Pulang pun tak pernah. Kenapa tak kahwinkan aku dulu, yang terang-terang berada di Malaysia.
"Mama suruh Abang cari barang.. Ni, siap ada list ni ha. Manalah Abang tahu benda-benda macam ni." Sambung Abang Adib sambil membuat mimik muka. Kertas kecil dalam poketnya diserah kepada aku. Spontan juga Gemuk bertukar tuan.
"Lah, barang-barang ni Abang tanya je lah dekat orang kedai tu. Pandai-pandailah dorang pack." Malas sebenarnya nak keluar rumah. Nak kena pakai baju lawa-lawa, nak kena pakai kasut, nak kena pakai bedak. Eh, malaslah. Tengok sekarang ni, pakai kain batik dengan tshirt je. Muka pun macam muka tak mandi.
"Emm, Alya dah nak kahwin..Eyyy langkah bendul lah kan?" Aku buat-buat teruja. Padahal, kalau boleh, aku tidak mahu tahu apa-apa berkenaan adik Abang Adib yang sorang itu. Ada sebab kenapa aku begini. Tunggulah chapter lain nanti. Lek, author takkan tinggalkan watak ni, sebab dia ada di ending nanti.
"Itulah. Mama yang aturkan benda ni. Ni pun, entah-entah Mama tengah carikan bini untuk Abang. Erghhh seriau." Jawap Abang Adib terus-terusan dengan mimik muka yang comel itu. Abang Adib berhenti seketika sebelum menyambung ayatnya.
"Kalau tak nak langkah bendul, nak je Abang kahwin dengan Yuu. Habis cerita."
Huk!! Hati aku tersedak. Mujur jika di rumah, aku lebih pandai mengawal kadar degupan jantung dan tahap blushing pipi aku. Control Yuu, control!
"Eyy! Siapa nak kahwin dengan Abang? Makan, tidur, kerja. Makan, tidur, kerja. Workaholic sangat.."
"Hah, ye lah. Lepas ni Abang duduk rumah je. Tolong Yuu dengan Mak Pah kemas rumah, masak-masak semua. Nak?"
Ah, sembang serupa kambing. Jangan berikan aku satu harapan, Abang Adib oi. Lelaki dan harapan palsu, berpisah tiada. Aku tak suka perasaan bunga-bunga yang sangat plastik ini. Uwerkk! Uwerrkk! Cepat tukar topik, Yuu!