Hari ni sudah genap tiga minggu Keith bergelar pelajar di sekolah ini. Dan sebagai seorang yang mempunyai wajah yang menarik dan kuning langsat, mudah saja Keith menjadi perhatian warga sekolah. Lagi-lagi gadis junior.
Yuu masih ingat kata-kata Fath semasa mereka makan di kantin semalam..
"Aku tak tahu lah ni sama ada ni aku sorang je yang rasa.. tapikan.. Sejak Keith masuk kelas kita ni, junior perempuan suka sangat lalu dekat kelas ni."
"A'ah weh. Aku pun rasa macam tu jugak. Daripada tak kenal langsung, aku siap dah hafal muka dorang.." balas Teh menyokong.
"Jangankan junior je.. Yang senior pun tak habis-habis jual punggung dok bersidai dekat koridor tu. Kacau konsentrasi aku nak belajar duh kalau asyik nak mengadap buntut dorang tu." Zye meluahkan rasa meluatnya, tentunya pada Nana, pelajar PU/D yang suka bertenggek di kelas ini.
Aku kembali ke dunia nyata apabila mendengar bunyi derapan tapak kasut menghampiri kelas. Tiga minggu Keith bersekolah disini, aku sudah mengenali bunyi yang terhasil dari kasut Doc Marten yang dipakainya itu. Aku pandang sekilas ke arah jam di dinding. Baru 10 minit setelah loceng rehat dibunyikan. Aku tidak turun ke kantin kerana berpuasa. Dia?
"Kau ni memang ulat buku ke camner?" Tanya Keith menyedarkan Yuu dari lamunannya yang kedua. Dia melabuhkan punggung di tempat duduk Fath, benar-benar mengadap Yuu. Keith perhatikan novel-novel yang tersusun kemas diatas meja. Nami Cob Nobbler, Haruki Murakami dan koleksi cerpen bahasa Inggeris. Yang Keith pasti, itu bukan novel cinta tipikal seperti yang selalu dibaca oleh teman wanitanya.
"No, I'm not.. Nanti aku banyak berangan." Keith mengambil satu daripada novel Yuu untuk dibaca sinopsisnya.
Auch. Okay, tu memang menusuk ke dalam hati Yuu yang sememangnya kuat berkhayal. Asal baca je berangan, asal baca je berangan. Sebab tu kadang-kala dia langsung tak dengar apa yang orang cakapkan.
Pandangan Yuu dari buku, perlahan-lahan dibawa meliar ke wajah fotogenik Keith. Jujur Yuu katakan, dia suka melihat wajah tampan Keith. Arghhh! Andai saja dia boleh memerihalkan wajah unik Keith. Cepat-cepat dia toleh ke tempat lain apabila menjangka Keith akan memandangnya.
"Ermm... Yuu?" tanya Keith, merenung ke arah anak mata yang cuba dilarikan Yuu.
"Hmmm?"
"Actually, dah lama sebenarnya aku nak tanya kau pasal benda ni. " Keith berjalan ke meja asalnya, dan mengambil sesuatu di dalam poket bag. Apa yang dicarinya benar-benar membuatkan Yuu teruja. Sebuah kotak baldu berwarna biru pekat dikeluarkan lalu dibuka berhati-hati.
"Apa tu?"
"Is this..." Keith perlahan-lahan menarik keluar isi di dalam kotak itu. Mata Yuu yang redup meneliti terus terbeliak melihat loket yang berada dalam genggaman Keith.
"...Yours?" sambungnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.