Aku terbangun dari tidur sewaktu bas bergerak perlahan di tol Batu Tiga menuju ke Shah Alam. Silau matahari dari tingkap bas agak menganggu ketenangan. Terus langsirnya aku tarik.
Aku meraba beg diatas riba untuk mencari telefon bimbit. Sambil-sambil itu, badanku disandarkan kearah Zye yang sedang tidur disebelahku.
Maya dan Lily duduk bersama di belakang. Teh dan Fath pula ada di sebelah. Keadaan sunyi sepi, aku andaikan semuanya sedang tidur. Tapi masih ada suara-suara sedang berbual di belakang.
Aplikasi Whatsapp aku buka untuk mengingatkan kembali tugasan yang Keith berikan kepadaku.
____________
Keith
Lelaki.
Kuning langsat kulit dia.
Pakai cermin mata.
Umur dlm 24-25.
Dia bawak Honda.Ingat tau, no question asked.
____________Huh? Sungguh deskriptif.
Ternyata kaedah pemerihalan yang dijelaskan oleh Keith tidak berkesan. Ingat aku nak tanya sorang-sorang umur lelaki yang bawak Honda?
Geleng kepala, geleng kepala. Aku memperbetulkan badanku yang bersandar di badan Zye.
"Kenapa tough sangat badan kau hari ni, Zye? Auchh.."
Lenganku terasa sengal. Tak lain tak bukan, mesti sebab Tragedi di Air Terjun tadi.
TRAGEDI AIR TERJUN
Lokasi: Air terjun
Masa: 0900Sebelum bergerak pulang ke Shah Alam, kami dibenarkan menjalankan aktiviti bebas iaitu bermandi air terjun di ceruk hutan belantara. Air yang sejuk, udara yang segar. Memang betul-betul release tension lah!
"Nanti habis STPM, kita buat short vacay nak? Mandi sungai ke.. Budak-budak lelaki kelas kita selalu buat short vacay. Yang perempuan ni, nak main futsal depan sekolah pun berbulan-bulan nak planned."
Sedang asyik berbual dan bermandi-manda, tiba-tiba saja aku lihat Nana menangis. Dah kenapa dengan Ratu Drama?
Fath yang terdengar keluhannya mula merapati kami. "Ada pacat dekat kaki dia.." Sambil jari telunjuknya diarah ke betis Nana.
"Euw. Aku geli ah benda-benda macam ni." Lily dan Teh serentak membuat muka tak senang.
Nak membayangkan pacat atau lintah menari di atas kulit mereka, ermmm mintak dijauhkan. Rasanya dua-dua boleh pitam.
"Dekat situ banyak pacat mungkin. Jom ah lepak bawah air terjun." Ajak Zye menarik perhatian kami untuk mengikutinya.
"Uish! Seronoknya! Mungkin sebab dah lama tak beriadah macam ni kot." Aku berendam lama di dalam air. Sebijik Badak Berendam kerana pakaianku semuanya hitam.
Sedang elok aku berangan bak model iklan shampoo, aku perasan sesuatu di hujung stokin tanganku.
"Alaa. Ni mesti lebihan benang ni. Tskk, dahlah baru beli. Tapi kenapa tebal sangat benangnya?" Lengan pendekku ditarik sedikit ke atas. Mujur saja pelajar lelaki berada jauh dari pandangan.
"EH!"
Aku jadi kaku. Bahu Lily aku tepuk perlahan supaya dia memandang kearah yang sama.
"Ly.. Aku nak kena buat apa ni?"
"Wehhh!!" Masing-masing menjauhkan diri sebaik sedar apa yang sedang bergayut di lenganku.
"Woi, macam mana nak buang ni?" Aku tabahkan diri. Padahal dalam hati dah menangis. Jangan tinggalkan saya kawan-kawan.
"Kitorang tak reti benda-benda ni. Gi cari fasi.. Gi cari fasi.." Maya mencelah.