20. Hero Tamil

156 5 16
                                    

Awal-awal lagi aku sudah membeli sarapan di kantin bersama group. Entah apa demam, masing-masing hadir ke sekolah cepat dari biasa. Namun sampai saja di kelas, Dina terus memanggil group kami untuk ke mejanya. Satu kertas flyer dilambai di udara. 

"Nah, korang buatlah benda ni. Selalu korang yang aktif. Kitorang malas ah.." Ayatnya mudah. Zye di sebelahku mengambil kertas itu. Apa ni? 

________________________

___________________

MINGGU ORIENTASI
Tingkatan 6 Bawah.

Setiap kelas Tingkatan 6 Atas diharuskan menghantar wakil untuk membuat persembahan menyambut kehadiran pelajar baru (Tingkatan 6 Bawah)

bla

bla

bla

______________

________________________

"Eh, kita kena buat ke?" Fath bertanya. Tidak jangka tugasan itu diserahkan kepadanya. 

"Alaa, korang kan minat benda-benda macam ni. Ambik bahagian dalam aktiviti semua ni. Markah banyak weh. Haa masuklah. Sebab kena ada wakil. Kitorang tak nak."Dina membalas, terus membawa dirinya ke tempat lain. 

Lily dan Teh sudah ke meja belakang. Mungkin tidak senang dengan apa yang baru diterima tadi. Maya juga sama. 

"Seriouslah kita kena buat? Kenapa dorang tak join sekali?" Bisikku perlahan, biar hanya didengari Fath. Zye masih menghadam kertas flyer dalam genggamannya itu. 

"Haa itulah. Memang kalau diikutkan, senior kena buat performance masa minggu orientasi tapi.. Takkan kita berenam je?" Fath mengeluh perlahan. Aku dan dia berjalan menuju ke meja belakang. 

"Aku tak suka betul kalau macam ni tau." Lily tiba-tiba bersuara. Namun direndahkan suara agar tak menular ke telinga lain. "The thing is, kalau nak kita terlibat dalam aktiviti kelas, minta elok-elok. And kalau boleh, join sekali. Bukan terus lantik kita, pastu dia pulak senang-lenang. Sampah betul lah. Nak kata dia busy buat kerja, habis aku kau takde kerja ke?"

Teh membaca kertas flyer di meja Zye. "Aku kalau tolong-tolong buat kerja, boleh lah. Tapi kalau nak suruh aku naik pentas, hadap orang, aku mintak diri dulu." Fath dan Maya hanya angguk sebelum Maya menambah.

"Aku okay je nak perform. Tapi kena cari oranglah kalau korang tak boleh.. Kelas kita dah biasa nyanyi. Lagu pun macam dah lapok je. Tapi itu yang paling senang."

"Hmm, kalau aku.. Tarian je lah." Zye sudah bersemangat. Nampaknya Maya boleh ikut serta. Sekarang dia perlu cari lagi 2 atau 3 orang sebagai pelengkap. 

"Kenapa aku terbayang, Maya buat tarian partner dengan Qim-Qim eh?" Aku ucap perlahan sambil tersengih. Maya sudah membesarkan matanya yang sepet. "Ehh! Kau!"

"Tapi jujurlah.. Kalau betul-betul jadi macam tu, akulah orang paling bahagia. AHHAHAHHAH!"

Keith yang baru sampai terus duduk di tempatnya. "Gelak apa ni? Pagi-pagi dah ceria.." Lantas Teh menghulurkan flyers tadi kepadanya. 

"Ni haa. Kena buat performance untuk adik-adik junior. Kau nak masuk tak? Dorang plan nak buat tarian.." Terang Teh. 

"Aku nak masuk." Jawab Keith ringkas. "Kalau tarian, aku nak masuk."

0123Where stories live. Discover now