"Kau tengok tu Yuu.."
Jari Keith dihala kearah signboard di jalan seberang. Sabrina di belakang hanya memandang sepi. Dua rakan itu sedari tadi berkepit. Susah terpisah.
"Apa?" Yuu memerhati kearah yang sama. Tiada apa yang salah disitu. Nama tempat je pun. Cuma nama itu menggunakan Bahasa Inggeris.
"Dulu nama tempat ni apa? Kalau kau ingatlah.."
"Ermmm. Mana aku ingat.. Aku jalan je, mana tengok nama."
"Haishh kau ni!" Keith mengusap kasar kepala Yuu yang dilitupi tudung bawal.
Yuu kelihatan kaget. "Wehhhh! Habis senget tudung aku. Ingat senang ke nak setting tudung?" Tangannya menahan tudung dari terus menjadi mangsa kerakusan Keith.
Lelaki itu ketawa riang. Satu nada yang sudah lama Sabrina rindukan. Nada yang membuat dia jatuh cinta dengan Keith dahulu.
"Nama tempat tu dulu Kampung Abdullah Hukum. Sekarang jadi Eco City." Taufiq masuk dalam perbincangan mereka. Kini mereka jalan bertiga, Yuu di tengah.
Dan Sabrina tertinggal di belakang.
"OH! Abdullah Hukum. Dulu ada dengar time naik LRT masa kecik dulu. Pastu tukar jadi Ekor Siti? Ape ke teruk beno name nye.. Baik kekalkan nama dulu." Jawap Yuu, melayan saja karenah dua lelaki disebelahnya. Beg gitar di belakang Taufiq selamba saja Yuu cipta irama, dipalu perlahan-lahan bagaikan kompang.
Sabrina tak fikir panjang. Aplikasi kamera ditekan, dan pantas saja dia menangkap gambar tiga sekawan dihadapannya. Tak pasti sama ada dia cemburu, atau lega. Semuanya bercampur-baur.
Betul ke keputusan yang dia buat nanti?
.
.
.
"Yuu."
Sabrina tiba-tiba menyeru namaku ketika kami berada di tandas. Keith dan Taufiq pula sedang window shopping di sebuah kedai gaming.
"You panggil I ke?" Tanyaku, sejurus keluar tadi jamban. Dia di hadapan cermin hanya mengangguk diam. Lipstick dioles sedikit di bibirnya.
"I see you guys are so compatible to each other. I'm a bit jealous.." Sabrina bersandar di sinki, memandang aku yang sedang membasuh tangan.
Cemburu? Kenapa perempuan se-confident dia perlu cemburu? Aku tersengih. "Kenapa nak cemburu pulak?"
Sabrina menunduk ke sinki. Tidak tenang dia dari tadi. Kejap pandang cermin, kejap sandar. Tangannya juga memeluk tubuh, tanda dia sedang berjaga.
"I manusia paling susah nak open up dengan orang. Either stranger or friends. Setakat ni, I share semua benda dengan boyfriend I tu je lah. Even Taufiq tu kawan baik Keith and kitorang dah lama kenal, I still tak selesa untuk hang out dengan dia.."
Aku membetulkan tudung sambil mendengar katanya. Kali ini aku lihat Sabrina membasuh tangan. Kelakuannya agak mencuri perhatian aku.
"Actually this is the first time kitorang keluar ramai-ramai --Erp, well tak ramai pun, 4 orang je tapi it's fun. Macam double date.." Sambungnya tersenyum sambil perlahan melepaskan keluhan berat.
"You okay tak?"
Dia angguk perlahan. Tapi matanya tak boleh menipu. Aku faham sekali maksud mata redup sebegitu. Memandangkan aku baru saja berkenalan dengannya, aku tak mahu sentuh soal family. Jadi..
"Relationship you dengan Keith macam mana? Okay?" Aku cuba menembak soalan.
Sabrina diam, sebelum pusing menghadapku. "Fine. Everything's fine." Perlahan dia mengangguk.