14. Yuu x Jo

201 9 7
                                    

Aku Yuu. 

Seorang pelajar Tingkatan 6. 

Antara banyak-banyak benda yang aku benci, 

hari ini adalah salah satu daripadanya.

HARI KEM
(edisi hutan)

.

.

.


"Ambik beg masing-masing. Lepas tu berkumpul dekat dataran bawah tu ya?"

Dua orang guru yang mengiringi bas membuat pengumuman. Setakat ini cuma 2 bas yang sudah sampai ke destinasi iaitu kelas PU/B dan PU/F. Bas yang lain masih dalam perjalanan.

Melihat classmatesku berebut mengambil beg, aku tunggu dulu di tepi. Sambil itu aku dongak ke langit, menghidu bau segarnya hutan.

Selama aku bermastautin di Shah Alam, perkara yang sama aje aku lihat setiap hari. Bangunan, kereta, jalan tar. Dan TV.

*click* *click*

Ada orang mengambil gambar? 

Aku pandang ke tepi dan terus mataku bertemu dengan seorang lelaki bercermin mata.

"For the school magazine?" Dia mengangkat sedikit kamera di tangan. Adakah dia baru saja mengambil gambar aku yang tersangat candid?

"Eh! No need lah. Nanti buang ya, gambar tu.." balasku sambil cuba meloloskan diri. Segera aku mengeluarkan beg dan berjalan bersama ahli kumpulanku.

Fath yang sedari tadi memerhati, mengajukan soalan. "Kenapa tu, Yuu?"

"Dia nak ambik gambar. Nak masukkan dalam majalah sekolah."

"Eh! Tapi dia bukannya ada dalam team editorial. Aku kenal budak tu. Pengerusi kelab Badminton.." Lily mencelah.

"Siapa? Cheng tu ke?" Zye pula tiba-tiba masuk. Aku hanya mengangguk kecil.

Maya memegang kuat begnya seraya berkata."Weh! Jom lumba nak? Sapa sampai dulu dekat bawah tu, dia menang?"

"JOM!!" Balas Lily diikuti yang lain. Mereka berlari menuruni bukit, meninggalkan aku bersendirian di atas.

"Wehh! Beg aku ni dahlah berat.." keluhku.

Malas mengejar, aku mula berjalan perlahan, acah-acah menikmati keindahan alam flora kita yang hijau. Bunyi air sungai turut menarik perhatian aku yang sudah mula mengantuk.

"Oi Yuu.." Aku mengikut suara Jo di belakang. Dan terus mataku menangkap wajah Shafiqah.

Vavis! Dekat sekolah nampak muka kau. Dekat hutan ni pun nampak muka kau. Ish!

Cepat-cepat aku membuat muka innocent dan menukar pandang kearah Jo disebelahnya. "Pahal?"

"Besarnya beg kau. Macam nak pindah pergi rumah mak mentua je." Jawapnya menerima senyuman daripada Shafiqah. Hmph! Cakap orang, dia pun sama. Aku perasan Jo membawa lebihan beg, manakala awek sebelahnya tu hanya membimbit beg yang lebih ringan.

Huh! Kenapa? Takut tulang awek kau tu patah ke kalau bawak beg berat-berat?

Hilang mood, aku berjalan laju menuju ke ahli kumpulanku yang sedang menunggu. Berjalan laju? Erm rasanya lebih kepada berkawad laju. 

"Sini Yuu, aku tolong." Teh memegang di sebelah, membantu aku letakkan beg bersama dengan beg mereka.

"EI! Dia tak tahu ke dalam beg ni ada makanan pastu baju banyak. Kalau takde aktiviti, memang ah aku bawak beg ringan. Tapi ni kejap lagi ada masuk sungai lah, jalan malam lah. Berpeluh sana sini. Ingat aku nak pakai satu dua baju je seharian ni? Makanan tu pulak aku dah save untuk makan dalam bas, makan masa malam nanti, makan masa balik. Nanti dia jugak mengada-ngada nak mintak sikit! Yang dia nak risau sangat apahal?"

0123Where stories live. Discover now