9. Kicap Lovey-Dovey (flashcabk)

177 10 12
                                    


Usai mengerjakan solat Subuh bersama keluarga, Yuu segera bersiap untuk ke sekolah. Selalunya, dia akan berjalan kaki pada jam 7:20 pagi memandangkan jarak rumah dengan sekolahnya sangat dekat. Jadi sempatlah Yuu bersarapan bersama-sama dan menonton Selamat Pagi Malaysia dengan Opah.

Tetapi hari ni, dia mahu hadir awal ke sekolah. Duduk rumah pun, bukannya ada sesiapa. Ibubapanya perlu menghantar Opah ke hospital di kampung untuk pemeriksaan kesihatan. Yuu jarang ponteng sekolah, malah sering dijadikan contoh Pelajar Terbaik dalam alirannya. Baik akademik dan disiplin. Jadi dia tidak mahu merendahkan harapan cikgu. Seronok bila sering disebut-sebut.

"Nanti dalam pukul 12 macam tu, rasanya dah balik rumah. Kita gerak awal, balik awallah." Beberapa kali Mak ulang ayatnya, macam suruh hafal sifir. Mujur saja mood Mak sedang elok, berbanding semalam saat melihat tanganku berdarah. Berbeza dengan Ayah yang dengan tenang membasuh lukaku dan menyapu minyak gamat.

"Masa-masa kecik ni lah kita belajar dari pengalaman." - Ayah.

Aku nak buat quotes by Mak, tapi sumpah aku lupa sebab ayat Mak terlampau laju bagaikan menyanyi Rap God by Eminem. Pastu aku tak sanggup dengar Mak membebel, jadi aku tutup telinga. - sincerely Che Duyan.

Ayah kemudiannya mengeluarkan 2 helai not RM1 lalu diserahkan kepada aku. "Belajar elok-elok." Ayatnya ringkas.

Aku terus berjalan kaki seorang diri ke sekolah sejurus menyalam tangan Mak, Ayah dan Opah. Walaupun agak seram kerana jalan masih gelap dan udara agak dingin, namun aku beranikan diri. Aku tahu, di belakang, Ayah sedang mengawasi aku.

Seperti selalu, hampir 1 meter jarakku dengan sekolah, aku akan toleh kebelakang untuk melambai buat kali terakhir. Dan Ayah masih lagi berdiri di hadapan rumah, memerhatikan aku. Aku bukan anak manja, tapi aku betul-betul berharap Ayah akan terus begini sehinggalah aku masuk ke Universiti nanti.

.

.

.

.

Nabila Kicap hampir-hampir menyemburkan air minumannya akibat terkejut melihat Yuu berada di kelas. "Wehh. Awalnya datang sekolah.." Begnya diletak atas meja dan berjalan kearah Yuu yang sedang menyapu kelas.

Jurang mereka agak tinggi sebelum ini; Yuu pemegang rekod Top 3 dalam kelas, dan Nabila pula Bottom 5. Namun sejak pergaduhan dengan Zedd, Yuu dan Nabila menjadi rapat. Mungkin atas faktor kedua-dua mereka agak kasar berbanding perempuan lain.

"Saja. Seronoklah datang awal. Lepas ni aku nak datang awal lagilah."

Nabila tersenyum mendengar, namun cepat senyumannya mati tatkala terlihatkan telapak tangan Yuu. "Ehh! Tangan kau tu kenapa?"

"Ni?" Yuu menghalakan tangannya. "Bazooka."

"Budak gemuk tu? Buat dekat kau? Aduh, mesti sakit ni!"

Yuu menggeleng laju dengan muka berlagak. "Takdelah. Tak sakit pun, rasa macam kena gigit semut." Bohong Yuu. Padahal sampai je di rumah semalam, menangis-nangis nak pergi klinik. Kononnya kalau lambat pergi klinik, boleh membawa jangkitan. Dan jangkitan boleh mendorong kematian. Itulah, kuat sangat tengok Cerekarama-rama.

"Pastu apa jadi dengan dia?"

"Entah.. Tu kau tanya Keith, sebab masa tu dia yang leraikan."

Spontan Nabila terbeliak. Betul ke apa yang dia dengar? Keith? Yuu? Keith?! Leraikan pergaduhan? Seriouslah? Nabila tersenyum nakal. Jadi benarlah tafsirannya tempoh hari. "Hahahahaah!" Haihlah Keith, selama ni kau berlagak dengan aku. Siap kau!

0123Where stories live. Discover now