_________
Keith
Kau okay tak?
________
Untuk seseorang yang sukar mendapat perhatian ajnabi, aku agak berbunga. Jarang sekali sesiapa memujuk aku. Mungkin kerana aku sendiri yang selalu simpan perasaan. Tak mahu kecoh.
Dan kali ni, Keith sendiri yang terdengar sendiri. Siapa sangka.. Kan?
Selesai mandi, lambat-lambat aku menaip sambil mencari baju.
____________
Me
I'm okay.
Chill-chill lah._____________
Keith
Kalau ada problem, story je.
Aku boleh dengar.
Jangan simpan masalah sorang-sorang Yuu.Not good for your mental.
___________Boleh mendengar? Bukankah dia baru saja terrrdengar.
Haih, Keith, Keith. Masa kecil pun dia considerate, dah besar panjang pun masih considerate. Ah, hati. Jangan mengada please. Dia tu kawan! Dia cuma kawan!
_______
Me
👉👈
___________Ah! Mengadanya emoji kau, Yuu! Minta penampor rasanya. Kenapa gatal sangat dikala sedih ni? Mungkin kerana ini kali pertama, seseorang datang saat aku sedang bersedih. Dan aku suka rasa ini. Rest-assured yang akan ada seseorang menemani aku.
Beberapa ketika selepas itu, telefonku berdering minta diangkat. Dan pemanggilnya - Keith. Antara malas dan teruja, aku menekan butang hijau.
"Haluww.." Suara Keith ceria menyambutku.
"Hmm. Kenapa call?"
"Aku nak nyanyi lagu ni. Nak dengar tak?"
Aku tidak membalas. Takde mood, dan aku tahu mahu memberi reaksi apa.
"Hmm, diam tanda setuju.. Dengar, kay?"
Petikan gitar Keith mula kedengaran. Diiringi dengan nyanyian kecilnya. Aku cuba memahami bait liriknya.
"Sinatra.." Sebutku perlahan.
Keith sedang melakukan cover lagu dendangan Frank Sinatra - Fly Me To the Moon. Namun aku agak bengang, suaranya antara dengar tak dengar. Ek eleh mamat ni! Nak nyanyi kuat-kuatlah. Spesis nyamuk ke apa?
Dalam pada itu, aku terdengar pula suara orang diluar. Pasti Datin Azlin dan anak lelakinya sudah sampai. Perlu ke aku keluar menyambut mereka?
Tak payahlah. Aku ikutkan saja kehendak Aunty Effy. Dia tak nak aku kacau perancangan dia, dan aku pun malas nak melawan. Aku mengunci pintu bilik dan memadam lampu. Tubuhku terus terlentang diatas katil sambil membuang pandang ke luar tingkap.