"Okey cik Qina, tarik nafas dan hembus.." Doktor pakar psikologi itu cuba menenangkan Syauqina.
"Ada apanya doktor?" Soal Syauqina. Betul betul tak faham ni.
"Pandang ke arah saya. Saya nak minta maaf kalau apa yang saya buat ni boleh menjatuhkan maruah awak" Terang doktor itu.
Syauqina berlagak biasa. Ditenungnya mata doktor yang sedang merawatnya. Syauqina sedar pergelangan tangannya dipegang. Dia memandang lalu membiarkan.
"Doktor nak buat apa sekarang sebenarnya?" Syauqina tenang sahaja berbicara. Tiada riak malu, terkejut atau terkesan dengan perbuatan doktor itu.
Doktor itu mengeluh.
"Sekarang saya nak awak cerita apa masalah awak? Betul awak tak ada apa apa perasaan dekat saya?" Tangan Syauqina dilepaskan perlahan.
Selama dua tahun dia berkhidmat sebagai pakar psikiatri, ini baru kali pertama dia berjumpa dengan pesakit yang betul betul batu dalam hati.
Bukan kerak nasi yang selalu disebut orang tua dahulu. Payah.
"Macam nilah doktor Aiman. Saya memang tak faham apa yang doktor cuba buat pada saya. Kenapa tak ada kesan?" Balas Syauqina.
"Saya nak awak be honest and directly.. ceritakan pada saya masalah awak. Awak tahu tak, dah berapa banyak doktor yang dah kalah dengan awak. Tak boleh ke awak berlembut sedikit dan cuba berkongsi. Saya boleh tolong.." Aiman cuba memujuk gadis itu lagi.
Syauqina mengangkat bahu.
"Dorang tu yang tak pandai buat kerja. Apa yang tak kena dengan hidup saya. Saya biasa je. Awak dengan doktor tu semua yang gelabah."
"Nur Syauqina.."
"Saya rasa awak pun dah gagal doktor Aiman. Kehadiran awak dan semua doktor tu tak dapat ubah pun personaliti saya. Sebab apa? Sebab saya, normal. Bukannya sakit."
Sekali lagi Aiman mengeluh. Wajahnya diraup beberapa kali, inilah cabaran terbesarnya dalam kariernya. Perjuangan harus diteruskan. Aiman Akmal tak akan mengalah.
"Awak balik dulu, dan muhasabah diri. Boleh? Saya nak awak datang sini buat lagi terapi tadi. Saya nak awak sembuh. Bukan untuk saya tapi untuk awak." Terangnya ikhlas.
"Okey." Syauqina terus melangkah pergi. Tak nak duduk lama lama dengan Aiman, dia ada kerja.
Aiman tercengang.
"Dia betul betul balik. Aku acah je tadi. Wah, sakitnya hati aku !" Aiman mengibas ngibas wajahnya. Presis wanita yang sedang kepanasan.
Ditahan sahaja sakit hatinya.
"Hai Aiman.." Celah seseorang dimuka pintu. Ierdina.
"Ier, masuklah. Buat apa tercegat dekat situ?" Pelawa Aiman.
"So, patient you macam mana? Okey?" Ramah Ierdina bertanya pada Aiman. Sengaja mahu berbual lama.
"Dia tu? Hmm, batu betul. I kena mahir lagi dalam lembutkan hati dia." Adu Aiman. Namun disebalik kemarahannya, ada terselit rasa senang.
Nur Syauqina gadis tak berperasaan namun watak gadis itu lembut. Keayuannya terserlah, lagi lagi dengan jubah cardigan yang disarung olehnya. Dikenakan pula selendang labuh menutupi dada. Ciri wanita solehah.
Teringat pula sewaktu dia bertindak berani memandang mata hitam Syauqina, dan memegang tangan gadis itu. Tidak pula Syauqina beri respon.
Agaknya dia tak marah kalau orang lain sentuh dia? Entah entah...
"Na'uzubillahminzalik ! Allahuakbar.." Terus sahaja Aiman beristighfar. Sampai kesitu sudahnya dia berfikir.
"Aiman are you okey? Dengar tak apa yang I cakap tadi, you tak setuju ke?" Terkejut Ierdina apabila Aiman tiba tiba begitu.
"Sorry, you cakap apa tadi?"
"I cakap, kalau susah sangat Man... serahkan jelah patient you dekat I. I boleh uruskan dia." Pinta Ierdina. Dia kurang senang melihat keintiman Aiman dan Syauqina.
Sebelum ini Aiman tidak pernah lagi menerima mana mana pesakit perempuan. Tetapi kali ini dia disuruh mengubati pesakit perempuan. Ierdina risau, Aiman akan jatuh ke dalam genggaman Syauqina.
"Eh mana boleh.. jabatan kesihatan dah arahkan I untuk ubati dia. Lagipun I tengok dan rasa dia agak selesa dengan I. Tak perlu susah susah.." Aiman menolak permintaan Ierdina dengan nada serius.
"Betul ni, you tak menyesal? I takut you jatuh cinta dengan patient you je."
"Eh tak adalah. Hubungan I dengan dia hanya sekadar pesakit dan doktor. Tak lebih." Terang Aiman.
Ierdina tersenyum gembira.
"Jom, Coffee.." Pelawanya.
Aiman mengerling sekilas pada jam ditangannya.
"Sorry babe, I got to go. My mom suruh balik. Ada hal keluarga. Bye.." Kemudian kot ditanggalkan. Aiman meninggalkan Ierdina yang terpinga pinga didalam pejabatnya.
Ierdina mencebik.
﹏﹏﹏﹏
"Suka hati mak bapak dia pegang tangan aku." Syauqina bernada selamba sambil bercerita pada sahabat karibnya. Azad.
"Betul ke Qina? Weh, aku sendiri tak pernah pegang tangan kau takut dengan kau punya Taichii, mamat tu senang je dapat pegang." Protes Azad bersungguh sungguh.
Syauqina memandang kosong.
"Kalau kau nak rasa air limau bercampur darah. Ulang balik." Ugutnya keras. Tak marah.
"Alah.. rileks sis takkan marah kot. Eh kejap, kau dah ada perasaan marah ke? Ya Allah aku bersyukur pada Mu." Azad memanjatkan kesyukurannya pada Allah. Syauqina menyambung minumannya yang tergendala.
"Gila." Jawabnya sepatah.
"Kau tak marah ke? Serius? Weh, bila kau nak sembuh ni?" Penuh pengharapan daripada riaksi lelaki itu.
"Kan aku cakap aku tak sakit. Kau pergi jumpa doktor sana." Syauqina pula menyuruh Azad berjumpa dengan doktor.
Azad hanya diam. Agaknya berapa lama lagi dia harus pendam?
Tahu tak sakit?
YOU ARE READING
Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]
RomanceCredit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan selamba. Dirinya bagaikan robot yang setiap hari membuat perkara yang sama. Soal cinta, dia langsung...