Syauqina melihat sekeliling kondominium milik Aiman. Walaupun adegan Aiman dan Ierdina masih lagi bermain di fikiran, tetapi Syauqina tidak membantah apabila Aiman ingin mereka tinggal bersama sama di kondo miliknya.
"Cantik? " Soal Aiman. Syauqina tidak memandang malah terus melihat sekeliling. Dari semalam lagi, dia lancarkan perang dingin. Tidak mahu bercakap dengan Aiman.
"Qina, dengar tak saya tanya tadi? " Aiman sedikit terasa dengan Syauqina.
"Dengar. Cantik, bolehla.. " Komen Syauqina tidak mesra. Dia segera mengambil beg begnya dan bawa ke bilik utama.
Aiman tidak tahan. Dia harus menjelaskan segala salah faham antara dia dan juga Syauqina. Pantas, lengan isterinya itu ditarik dan menyebabkan wajah Syauqina tersembam di bidang dada Aiman.
Dengan kesempatan itu, Aiman memeluk erat tubuh Syauqina lalu mengusap lembut balakang badan isterinya.
"Sayang cemburu? " Tanya Aiman. Dia menjarakkan sedikit Syauqina agar dia dapat melihat ke dalam anak mata milik Syauqina.
"Cemburu? " Syauqina mengerutkan dahinya. Aiman tersenyum, hidung mereka dilagakan olehnya. Lalu Aiman mengangguk perlahan.
"Cemburu, Qina sakit hatikan bila tengok Ierdina dengan saya semalam? " Duga Aiman. Syauqina membesarkan matanya tanda terkejut.
Jelas sangat ke perubahannya sehingga Aiman dapat menyedari.
"Awak dah dapat rasa semua perasaan tu? Cuba bagitahu saya, apa yang awak rasa sekarang ni.. " Aiman inginkan kepastian.
"Aiman saya malas nak bercakap dengan awak. " Dalih Syauqina. Dia kembali melilau melihat sekeliling di bilik Aiman.
"Awak ada simpan perempuan eh dalam bilik ni. Bersih semacam, cantik.. " Syauqina cuba mengubah topik. Mendengar Aiman ketawa berdekah, Syauqina menoleh.
"Amboi mulut, cili kang baru tahu.. Suka hati je cakap orang macam tu. " Marah Aiman. Pipi Syauqina dicubit menunjukkan kemarahannya.
Syauqina mengadu kesakitan.
"Mak Jah, dia ada datang tolong saya decorate bilik dengan rumah ni.. " Beritahu Aiman. Syauqina mengangguk perlahan.
"Qina, saya nak keluar sekejap sebab ada urusan.. Nanti saya balik ya? "
"Nak jumpa Ierdina lah tu! " Syauqina memerli. Terkejut Aiman dibuatnya, seraya itu dia menoleh.
"Sayang perli abang ke? " Soal Aiman seolah tidak percaya. Tanpa sedar dia menggelarkan dirinya abang pada Syauqina.
"Abang? " Syauqina menolak soalan Aiman. Dia hanya dapat memproses perkataan 'abang' yang digunakan oleh Aiman.
"Abang... Err "
"Nice. I like that sound.. Abang ! " Syauqina tersenyum girang. Kemudian senyumannya mati apabila melihat Aiman memandang redup kearahnya.
Syauqina terlepas lagi.
"Awak tak kesah? " Soal Aiman. Itu bukanlah riaksi yang Syauqina bayangkan. Takkan Aiman tidak perasan.
Syauqina menggelengkan kepalanya. Bagi dia, apalah sangat jika menggunakan perkataan itu sebagai kata ganti nama untuk dia dan Aiman.
"Qina okey ke? " Aiman ingin menduga lagi. Minta kepastian.
"Abang cakap nak keluar. Pergilah, saya nak berehat " Syauqina menolak tubuh Aiman untuk keluar dari bilik. Aiman pula terpinga, sebaik sahaja dia diluar bilik pintu di tutup perlahan oleh Syauqina.
"Dia panggil aku, abang? " Aiman bermonolog sendirian, bahagia dirasakan saat ini.
"Qina, abang cuba balik awal eh? Assalamualaikum.. " Pamit Aiman sambil tersenyum girang. Syauqina dibelakang pintu sudah separuh nyawa. Berdegup laju jantungnya, sensasi yang dia rasakan bersama Aiman sungguh berbeza. Inikah cinta?
Syauqina dapati, Mak Jah berkemas kemas di dapur. Baru sampai mungkin kerana sebentar tadi wanita tua itu tiada di sini. Syauqina melihat sekeliling.
"Assalamualaikum Mak Jah. " Syauqina beri salam pada Man Jah. Man Jah segera menoleh dan memberi senyuman.
"Qina, Ya Allah rindunya Mak Jah dekat Syauqina. " Tubuh Syauqina segera didakap kejap. Syauqina tersenyum, dia merasakan keikhlasan Man Jah dalam hati. Memang tidak dinafikan, Mak Jah seperti ibu kedua baginya.
"Mak Jah sambung basuh pinggan kejap ya? " Pintanya setelah tubuh Syauqina dilepaskan. Seraya itu Mak Jah berdiri di sink kembali, menyambung kerjanya yang tertangguh. Syauqina pula duduk dimeja dapur. Berkira kira mahu atau tidak dia bertanya pada Mak Jah.
"Mak Jah, boleh tak Syauqina nak tanya sesuatu.. " Tanya Syauqina.
"Tanyalah, Qina nak tanya apa? " Soal Mak Jah membenarkan Syauqina untuk bertanya.
"Pasal budak yang ibu nak selamatkan dulu.. Mak Jah tahu siapa budak tu? " Tanya Syauqina.
Mak Jah yang terpana tanpa sedar dia menjatuhkan gelas ke dalam sink.
"Mak Jah... " Segera Syauqina bangun. Ingin mendapatkan Mak Jah, risau pula dia.
"Qina, jangan sebut pasal benda tu lagi.. Qina janji nak lupakan semuanya kan? " Mak Jah memegang tangan Syauqina, seolah merayu pada gadis itu supaya tidak membuka cerita lama.
Syauqina menggelengkan kepalanya.
"Qina tahu Mak Jah tahu siapa budak tu.. Mak Jah, siapa dia? Dekat mana dia tinggal? " Syauqina tidak peduli pada rayuan Mak Jah. Sedar Syauqina, dia mengalirkan air mata. Mak Jah terkejut.
"Syauqina... "
"Ya Mak Jah, Qina dah sembuh. Sebab tu Qina tanya pasal dia Mak Jah... Siapa budak tu, tolong Qina. Bagitahu Syauqina, tolonglah.. " Rayu Syauqina lalu mengucup lembut tangan Mak Jah.
"Ya Allah, Engkau balas juga doaku ya Allah.. Kau sembuhkan Syauqina.. " Doa Mak Jah mendakap tubuh Syauqina. Syauqina pula melepaskan esakannya.
"Mak Jah.. "
"Qina, maafkan Mak Jah. Mak Jah tak tahu apa apa nak.. " Dalih Mak Jah apabila Syauqina mula membangkitkan soalan tadi.
"Mak Jah tipu, kenapa Mak Jah nampak terkejut tadi?! " Marah Syauqina lalu menolak sedikit Mak Jah menjauhinya.
"Betul Qina... " Mak Jah tetap mahu menyembunyikannya. Syauqina menggelengkan kepalanya. Esakannya kembali memecah ruang dapur.
"Mak Jah tolong rahsiakan, Aiman dan semua orang tak tahu benda ni selain Mak Jah. Kalau Mak Jah tak nak bagitahu pasal budak tu, tak apa.. Qina cari sendiri " Putus Syauqina. Dia terus masuk ke dalam bilik sementara Mak Jah terpinga pinga di dapur.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]
RomanceCredit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan selamba. Dirinya bagaikan robot yang setiap hari membuat perkara yang sama. Soal cinta, dia langsung...