Sebaik sahaja tiba dihadapan rumah arwah Haji Amdan, Syauqina meluru ke pintu. Pada mulanya dia mahu menekan loceng, tapi mematikan niat untuk berbuat demikian.
"Kau dah buat apa yang mama suruh Sarah? " Soal Arini pada Maisarah. Maisarah tersenyum dan mengangguk perlahan.
"Bagus, pastikan yang budak tu tergoda dengan kau. Biar dia terpedaya dengan kau. Lepastu kita uruskan Aiman sekali. " Kata Arini dengan nada jahatnya. Maisarah menyelitkan rambutnya ditepi telinga, sudah pasti rancangannya akan berjaya.
"Mama jangan risau... Semuanya dah beres. Aiman dan Azad akan jatuh pada tangan kita. Hutang darah dibayar darah. Tapi mama ingat, Aiman harus jadi milik Sarah.. Okey? " Sarah memperingatkan mamanya tentang Aiman. Takut juga jika Arini membunuh Aiman sekali.
"Kau jangan risau tentang Aiman. Pentingnya sekarang ni harta Amdan dah ada ditangan kita. Tak sia sia aku bunuh dia dengan bini dia tu. Mama akan pastikan Aiman jadi milik anak mama.. Tapi ingat syarat mama. " Arini berkata tegas. Dia tidak mahu rancangannya gagal lagi.
Syauqina yang berada di situ menahan nafas. Dia mahu saja menjerit dan menerkam Arini dan Maisarah. Jika mereka berdendam, kenapa Abah dan ibu jadi mangsa. Kenapa?
Persoalan yang tidak pernah habis bermain difikiran Syauqina. Sekarang ini dia harus memikirkan cara untuk menyelamatkan Aiman dan juga Azad.
Syauqina menapak ke pintu pagar rumah. Tetapi niatnya di hentikan lagi. Berkerut dahi gadis itu, tangan kanannya pantas memicit dahi.
Tttt.
'Ibu.. Ibu bangunlah, jangan tinggal Qina ibu. Ibu bangunlah-"
Gambaran aneh itu muncul difikiran Syauqina membuatkan kepala Syauqina sakit. Dia cuba menahan rasa sakit lalu terus sahaja menuju ke kereta.
Lintasan memori itu adalah memori sewaktu Hajah Syakirin kemalangan.
Tttt.
"Siapa orang tu abah? Kenapa dia berdiri belakang pokok. Kenapa dia tersenyum tengok ibu mati. Kenapa abah?! "
-Sekali lagi ianya terjadi.
Syauqina memegang kedua sisi kepalanya. Sakit.
"Ibu.... " Bibir Syauqina pucat. Dia mula risau takut kalau kalau penyakitnya kembali jika dia berterusan tertekan begini. Syauqina membaca ayat suci dibibir, hati dan minda. Barulah dapat menenangkan dirinya kembali.
×××
Aiman membuka pintu rumah. Setelah Hakeem memberi tahu bahawa Syauqina sudah keluar dari bilik rawatan semasa dia bersama ibunya Aiman jadi panik tambah lagi panggilan telefonnya tidak berjawab. Takut jika Syauqina terdengar perbualan mereka berdua.
Niat Aiman, dia mahu merahsiakan perkara itu. Kerana ini melibatkam keluarga isterinya sendiri, lagi lagi itu adalah ibu tiri Syauqina. Mak Jah juga apa kurangnya.
Puas dipanggil nama isterinya, tapi tiada sahutan mahupun suara dari Syauqina. Lagi risau hati dibuatnya. Panggilan telefon, sudah puas dia mencuba namun keputusan tetap sama.
"Assalamualikum.. " Satu suara memberi salam dimuka pintu. Aiman pantas berlari keluar dark bilik. Hatinya yang gusar kembali reda apabila melihat tubuh Syauqina membelakanginya yang sedang menutup pintu.
Tanpa dipaksa, Aiman mendapatkan tubuh Syauqina. Hilang kerisauannya yang membelengu dihati.
"Sayang pergi mana.. Kenapa tak tunggu abang, sayang? " Tanya Aiman. Syauqina tersenyum, lalu mengusap pelahan tangan Aiman.
"Sorry, saya ada kecemasan selepas terima rawatan tadi. Tu yang tergesa gesa keluar.. " Bohong Syauqina. Tidak mahu dia memberitahu Aiman perkara yang sebenar. Syauqina meleraikan pelukan lalu berdiri menghadap Aiman.
"Qina terus keluar? " Soal Aiman. Teragak agak Syauqina menganggukkan kepalanya. Dia tidak tahu bagaimana untuk berbohong, ligat sahaja otak memikirkan cara untuk keluar dari topik.
"Abang, kita pergi honeymoon jom. Kita pergi luar negara.. Cayman Island, nak? " Cadang Syauqina tiba tiba. Dahi Aiman berkerut seribu.
"Tapi- " Leher yang tidak gatal digaru.
"Tak apalah kalau abang tak nak. Saya tak paksa.. " Rajuk Syauqina. Dia terus berlalu ke bilik, panggilan Aiman juga tidak dipeduli. Biarkan, orang baru cadang je alasan dah menimbun.
"Syauqina. Kenapa tiba tiba nak pergi ni? " Soal Aiman selepas menahan pintu bilik daripada ditutup. Syauqina melemparkan pandangan tajam.
"Kenapa? " Tanya Aiman lagi.
"Tak boleh ke? Awak takut Ierdina kesayangan awak tu marah kita pergi honeymoon.. Macam tu? " Bidas Syauqina sengaja menaikkan api kemarahan dia dan juga Aiman. Nama Ierdina disebut.
"Abang memang tak ada hubungan dengan Ierdina tu, jangan risau. Yang Qina tiba tiba ajak pergi honeymoon dekat Cayman tu kenapa? Tak cukup ke honeymoon yang abang dah bagi dekat rumah ni? lepastu nak marah marah.. Isteri abang ni dah terdesak sangat nak dekat abang? " Bebel Aiman panjang. Wajah Syauqina jelas terkejut dengan kenyataan itu, bahang di wajahnya cuba dia lindungi.
"Saya sengaja ajak awak pergi honeymoon sebab nak ganti first honeymoon kita, tu sebab saya ajak pergi Cayman. Saya rasa serba salah.. Tak ada sampai terdesak eh. Maaf. " Syauqina melawan kembali. Menjawab setiap kenyataan Aiman.
Syauqina bukan sengaja mahu bersama Aiman ke luar negara. Dia risau dan takut, tambah lagi selepas dia terdengar Sarah dan juga Mama Arini berbincang tentang sesuatu. Perbincangan itu pula melibatkan Aiman dan Azad.
"Nur Syauqina, jangan buat perangai macam ni. Abang tak nak bergaduhlah dengan sayang.. Abang nak Qina. " Rengek Aiman. Tangan kanan Syauqina diraih. Aiman memeluk pinggang ramping milik gadis itu.
Syauqina diam. Seperti biasa, dia akan berdebar. Walaupun sudah biasa berkedudukan seperti ini, namun suasananya tetap tidak berubah.
"Abang ada masalah atau benda nak cerita? " Syauqina cuba mengorek sesuatu daripada Aiman, walaupun kebenarannya itu sudah dimaklum oleh dia. Segala perbualan Mak dan Aiman.
Aiman menggelengkan kepala sambil tersenyum. Perbuatan itu mematikan niat Syauqina untuk bermanja dengan Aiman. Nampak gayanya lelaki itu tidak mahu berkongsi perkara yang baginya terlalu penting.
Syauqina menolak tubuh Aiman perlahan. Sejak bila tah dia kuat merajuk, tapi hati tengah sakit sekarang ni. Syauqina meninggalkan Aiman diluar pintu bilik. Membiarkan suaminya itu terpinga.
😘
YOU ARE READING
Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]
RomanceCredit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan selamba. Dirinya bagaikan robot yang setiap hari membuat perkara yang sama. Soal cinta, dia langsung...