I.H.B 13

16.4K 678 9
                                    

Pasar. Tempat yang paling Syauqina fobia. Suasananya yang panas dan bising membuat dia tidak betah. Dia tidak suka berada di khalayak ramai.

Tapi nak buat macam mana, Aiman memaksa dia untuk turun. Beritahu Aiman, ini juga salah satu daripada terapi. Iaitu terdedah kepada orang ramai.

"Aiman saya nak muntah. " Beritahu Syauqina. Sumpah. Dia tidak tahan. Sesak dadanya. Syauqina hampir rebah.

Dengan pantas Aiman menarik lengan Syauqina untuk ke tandas. Syauqina masuk ke dalam, segala apa yang di rasa tadi keluar melalui anak tekaknya.

"Dah? " Soal Aiman. Risau.

"Dah.. Suamiku, kita balik jom. Saya tak tahan. " Adu Syauqina. Aiman mengangguk lalu membontoti Syauqina ke kereta.

Sampai di hotel, Syauqina baring di atas katil. Dia perasan perubahan wajah Aiman, mungkin marah agaknya kerana dia minta untuk pulang awal.

Syauqina berharap, Aiman tidak perasan.

"Awak tak bagi tahu pun awak ada sakit psikologi yang lain? " Jelas wajah Aiman tegang. Marahlah tu.

"Saya rasa tak penting." Dalih Syauqina. Dia berdiri, ingin berlalu ke bilik air.

Pantas Aiman memaut lengan Syauqina. Gigi garhamnya di ketip. Menahan marah pada Syauqina.

"Tak penting?! Awak tahu tak penyakit panic disorder* boleh membunuh awak!  Awak boleh cakap tak penting Syauqina! " Marah Aiman. Kali ini dia betul betul naik angin.

Syauqina diam.

"Jawablah Qina!! " Tengking Aiman.

Syauqina memandang Aiman. Dia melepaskan pegangan Aiman dan berdiri menghadap lelaki itu.

"Saya memang nak mati Aiman. Awak tak faham saya sebab awak hanya merawat. Awak tak alami semua ni." Jawab Syauqina tenang. Dia duduk di kerusi meja solek.

"Saya cakap benda ni tak penting, sebab saya pernah cuba untuk lawan. Lawan dari semua ni. Saya cuba, awak fikir senang ke? Saya yang tanggung Aiman, awak tak berhak marah saya. Bukan saya yang nak" Syauqina menghabiskan kata katanya. Aiman masih lagi di pandang.

Aiman tunduk. Perlahan lahan dia merapati Syauqina. Di tarik Syauqina supaya berdiri lalu di peluk isterinya penuh kasih. Aiman mengusap lembut belakang badan Syauqina.

"Saya minta maaf Qina.. Saya cuma risau, awak tak bagi tahu saya. Saya fikir awak hanya ada masalah perasaan awak saja. Tolonglah sayang, bagitahu saya apa lagi yang saya tak tahu.. " Pinta Aiman kemudian melepaskan pelukannya.

Mata mereka bertentangan.

"Syauqina tolonglah, bagitahu saya apa lagi? Awak tak pernah tunjuk simptom yang awak ada psikologi lain. Saya tak boleh nak bantu awak. Awak perlu dedahkan diri awak pada saya Qina. " Rayu Aiman bersungguh. Rambut Syauqina dibelai.

"Saya tak ada psikologi yang lain kecuali dua tu je, jangan risau. " Syauqina berbohong. Dia menolak tubuh Aiman perlahan kemudian sambung pergi ke bilik air.

Aiman meraup wajahnya kasar. Sepatutnya dia tidak perlu marah. Dia harus faham dengan keadaan Syauqina. Tengok. Syauqina dah merajuk.

__________________

"Qina, awak marah saya ke? " Soal Aiman. Dari semalam lagi dia tidak menegur Syauqina. Aiman terlalu serba salah kerana memarahi isterinya.

"Tak. Buat apa saya nak marah. Awak tak buat salah pun" Jelas Syauqina.

Aiman mengucap syukur. Nasib baik Syauqina jenis yang tidak mengambil hati, kalau tidak payah ingin memujuk.

Ehh sekejap.

Orang yang hati batu ada feeling nak merajuk ke? Aiman tersenyum sendirian. Lupa pula Syauqina gadis batu yang di cintai olehnya.

Love one side. Aiman mula mengakui dia mula mengasihi gadis dihadapannya yang bergelar isteri atau lebih tepat dia mencintai Syauqina, isteri hati batu.

Dari situ semangatnya kuat untuk menyembuhkan Syauqina.

"Qina sebelum kita balik Johor, saya nak cakap sesuatu dekat awak." Pinta Aiman. Dia tersenyum manis, seperti biasa. Tapi kali ini ditambahkan lagi gula dalam senyumannya. Lesung pipit milik Aiman.

"Awak nak cakap apa? " Tanya Syauqina.

"Awak ingat lagi tentang cinta yang saya beritahu awak? "

Syauqina mengangguk perlahan.

"Saya dapat rasakan perkara tu bila dengan awak Qina. Saya mula sayangkan awak, saya mula cintakan awak." Beritahu Aiman jujur.

"Tapi saya tak dapat rasa perkara yang sama Aiman. Kenapa perlu awak jatuh sayang pada saya? Kita dah sepakat, hubungan saya dengan awak hanya pesakit dan doktor walaupun kita suami isteri. " Jelas Syauqina. Aiman tidak boleh jatuh cinta padanya. Fikir Syauqina.

"Qina, ini soal hati dan perasaan. Benda ni terlalu cepat saya sendiri tak sedar sampailah hari saya marah awak tu." Aiman inginkan pendapat Syauqina. Dia berharap Syauqina boleh menerima.

"Awak tak boleh cintakan saya. Awak tak boleh sayang saya Aiman. Awak dah janji. Kalau awak tetap dengan perasaan awak tu, saya nak awak ceraikan saya. " Ugut Syauqina. Dengan segera dia keluar dari bilik hotel.

Aiman terkesima. Sebegitu besar ego Syauqina terhadapnya. Aiman perlu menghadapi perkara ini. Dia juga yang memberikan cadangan pada Syauqina.

Tapi hati dan perasaannya. Argh, nampaknya dia juga perlukan pakar untuk merawat.

"Qina! " Teriak Aiman.

"Saya minta maaf. Saya janji perkara ni takkan berulang.. Tapi saya minta pada awak, tolong jangan sebut perkataan cerai lagi? "

"Okey. " Syauqina bersetuju. Mereka berdua kembali jalan beriringan.

Dalam diam, Syauqina memandang Aiman. Apa perasaannya sekarang?

'Maafkan aku, aku tak boleh terima. Kau tak perlu terima cinta aku. Sebab aku pasti yang kau akan lebih menderita. '

Panic disorder.
Penyakit psikologi yang mudah diserang panik.
Psikologi ini akan menunjukkan simptom jika si pesakit berada dalam tempat yang bising dan bingit. Atau berlaku satu kejutan.

Simptom sakit ini lebih kurang seperti simptom sakit jantung. Pandai pandai cari sendiri. 😙😙

Pesakit akan mula sesak nafas dan kemudian rasa pitam. Ada kalanya nafas pesakit akan jadi tipis dan mula lemas.

Pesakit harus rehatkan diri dan bertenang untuk mengurangkan panic disorder. Duduk untuk 5 minit dan menarik nafas sedalam yang boleh.

Sekian dari saya 😘

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now