I.H.B 21

15.2K 698 8
                                    

Aiman dan Syauqina tidak tidur sebilik. Setelah kejadian di dapur itu, mereka makin renggang. Aiman tidak menegur Syauqina langsung. Tidak dinafikan, Syauqina rindukan Aiman.

Dia rindukan suaminya.

Syauqina perlahan lahan menapak ke bilik Aiman. Sesenyap yang mungkin. Kemudian dia menuju ke sisi katil, ingin melihat wajah Aiman bila suaminya tidur.

Syauqina duduk melutut. Kepalanya ditongkat menggunakan tangan, lagi senang untuk dia perhati wajah tenang Aiman. Syauqina tidak tahan, lantas jarinya membetulkan kedudukan rambut Aiman, perlahan lahan. Tak nak buat Aiman tersedar.

"Sampai bila kita jadi macam ni Aiman? " Soal Syauqina. Air matanya menitik dipipi. Perasaannya, dia mengerti tentang itu. Tapi tidak pandai untuk meluahkan.

Seperti biasa, Syauqina akan keluar kembali dari bilik Aiman dan tidur dibiliknya. Esok dia kerja, mahu berehat secukupnya. Dengan berat, mata dipejam serapat yang mungkin. Berharap perkara ini selesai.

———————————————

"Syauqina! Dia tanya aku pasal budak tu tahu tak?! " Marah seorang perempuan diruang tamu.

"Habis, kau bagitahu dia semuanya ke? Jangan sampai benda ni terbongkar Jah, aku bunuh kau nanti!! " Seorang lagi wanita turut meninggikan suara. Mak Jah duduk disofa. Sejak Syauqina bertanyakan soalan itu, hatinya tidak tenang.

"Arini, kita kena berterus terang dengan Qina. Aku dah tak sanggup hidup bergelumang dengan dosa! " Mak Jah bangun dari kedudukannya. Lantas Arini, ibu tiri Syauqina menampar pipi Mak Jah.

"Kau jangan berani cabar kesabaran aku Jah. Susah payah kita sampai ke tahap ni, kau nak hancurkan macam tu je?! " Arini kelihatan bengis.

"Aku nak kau bunuh Aiman dan Azad. " Arah Arini pada Mak Jah.

"Aku tak nak! " Bantah Mak Jah. Dia tidak sanggup untuk membunuh Azad dan Aiman.

"Habis?! Kau nak dorang berdua tahu siapa mereka sebenarnya. Macam tu?!  Jangan jadi bodohlah Jah. " Arini menongkat pinggangnya.

Aiman dan Azad. Airini dan juga Mak Jah tahu tentang mereka berdua, selama ini mereka cuba jejaki Aiman tapi tidak menyangka pula Syauqina dan Aiman berkahwin. Ini membuatkan kerjanya untuk hapuskan Aiman dan Azad lebih mudah.

"Kau nak aku bunuh budak tu macam mana? Sebelum ni semua rancangan kita nak bunuh budak Azad tu, semuanya tak menjadi. Ada saja yang datang selamatkan! " Mak Jah mengurut kepalanya.

"Senang—" Satu suara menyampuk.

"Gunakan Syauqina. " Maisarah mengambil tempat disebelah mamanya. Arini memandang tepat ke anak perempuannya, tidak sangka Maisarah mempunyai rancangan yang bijak.

"Gunakan Syauqina untuk hapuskan Azad. Tapi bukan Aiman. "

"Apa maksud Sarah ni? " Arini bertanya hairan. Rancangan Arini, dia mahu membunuh kedua duanya sekali. Bukan Azad seorang.

"Maisarah, nak Aiman jadi milik Sarah. Bolehkan mama, kalau tak. Tak naklah Sarah tolong.. " Ugut Sarah. Dia bermain dengan rambut ikalnya.

Arini tersenyum sinis. Lalu mengangguk tanda setuju.

"Dengar tu Jah. Aku rasa dah sampai masanya kita bertindak. Dendam kita, kita kena laksanakan. Biarlah kalau mati sekali pun asalkan aku dapat tengok salah seorang dari mereka mati. Termasuk Syauqina. " Arini ketawa. Senang hatinya bila dia akhirnya dapat membalas dendam.

Prakkk.!!!

Bunyi pasu bunga terjatuh. Mata mereka bertiga tertancap pada tubuh seseorang. Jelas mereka terkejut.

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now