"Mama tak setuju !" Bantah Mama Arini. Mak tiri Syauqina.
Arini, berkahwin dengan Haji Amdan tiga bulan selepas kematian ibu kandung gadis itu.
"Mama tak setuju sebab apa?" Soal Syauqina tenang.
"Sebab kau tu perempuan tak guna. Kau tu menyusahkan. Hati batu pulak tu..." Tambah Maisarah memerli.
Syauqina memandang sekilas. Malas layan perangai Maisarah tu.
"Tapi makcik, saya ingat lagi pesan arwah. Dia serahkan tanggungjawab dia pada saya." Aiman pula mencelah. Membela.
"Alaa abang Aiman. Tak payahlah kahwin dengan dia, dengan Sarah jelah. Sarah pun anak abah.." Maisarah sudah memaut lengan Aiman. Namun ditepis lelaki itu.
"Maaf saya tak suka perempuan sentuh saya. Fobia.." Jujur Aiman berkata. Sebelum ini juga, mana mana pesakit wanita yang ingin membuat temujanji dengannya juga ditolak.
Lelaki sahaja. Itulah tetapan peraturan kedoktorannya. Tapi, apabila munculnya Syauqina dia merasakan sesuatu sehingga tidak dapat menolak gadis itu.
"Tapi doktor, Syauqina ni sakit. Biarlah dia sembuh dulu.."
"Maaf makcik, tapi saya ni doktor Qina. Lagipun ini adalah amanat arwah, saya kena turutkan. Kalau tak berdosa besar."
"Kalau macam tu baiklah. Kita buat acara akad nikah sahaja, lagi pun kematian arwah baru je lagi." Putus Mama Arini.
Aiman tersenyum girang. Di toleh pada Syauqina, muka poker face itu lagi. Dalam hati lelaki itu lega, sekarang dia hanya perlu membuat persediaan untuk majlis akad nikah.
﹏﹏﹏﹏﹏﹏
Purr !!
Tersembur air yang berada dalam mulut Azad. Segala isinya juga terkeluar. Terkejut barangkali.
"Kau nak kahwin?!!" Soalnya separuh menjerit.
Syauqina nak kahwin tapi dengan siapa? Siapa yang berani rampas cinta aku? Siapa?!
"Dengan doktor Aiman Akmal" Jawab Syauqina. Poker facenya juga ditayangkan.
"Doktor gatal tu. Sayang Syauqina, tolonglah jangan kahwin dengan dia. Kalau kau nak kahwin, kau kahwin jelah dengan aku..." Rayu Azad.
Mana boleh. Sudah bertahun dia menyimpan perasaan cinta terhadap gadis ini. Tak akan sesekli dia lepaskan pada orang lain.
Ah !
"Tak boleh. Aku dah bertunang. Majlis aku berlangsung dua bulan dari sekarang. Kau dijemput"
"Qina.. kau memang tak faham perasaan aku kan?.." Azad berkata lemah. Hatinya robek. Koyak koyak.
"Perasaan apa?" Tanya Syauqina polos.
Tanya soalan bodoh.
Hmm.
"Aku sayangkan kau Qina, aku cintakan kau. Bertahun aku tunggu. Tapi, orang lain pula sambar.." Luah Azad. Wajahnya dipalingkan ke lantai.
Tak sanggup melihat wajah Syauqina. Hatinya sakit dan terluka.
"Aku tak faham. Cinta? Sayang? Apanya?"
Kedengaran keluhan dari bibir Azad. Dia segera berdiri. Anak matanya memandang tepat pada wajah Syauqina.
"Aku balik dulu. Selamat tinggal sayang, mungkin lepas ni kau tak jumpa aku lagi. Aku pergi dulu, bye.. Assalamualaikum !" Pamit Azad kehampaan. Tak betah duduk disitu.
"Bye... Waalaikumsalam. Jangan lupa datang !" Sempat lagi Syauqina menjerit.
"Masalah betul..." Rungut Syauqina lagi.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]
RomanceCredit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan selamba. Dirinya bagaikan robot yang setiap hari membuat perkara yang sama. Soal cinta, dia langsung...