"Kak Qina !!" Jerit seseorang dimuka pintu bilik Syauqina.
Syauqina menoleh.
"Hai Ree." Sapanya.
Riana. Gadis yang berginjak umur 19 tahun. Syauqina sudah menganggap gadis ini sebagai adiknya. Dia rapat dengan Riana.
"My sis. Ree tak sangka akak nak kahwin. Tak ajak Ree pun.." Kata Riana merajuk.
"Ree kecik lagi. Belajar tak habis. Jangan kahwin lagi." Beritahu Syauqina.
Riana yang hanya mencebik kembali tersenyum. Tak nak merajuk lama lama. Syauqina bukannya nak reti pujuk.
Sudah terbiasa dengan tingkah Syauqina yang kayu. Keras je perwatakan kakak angkatnya ini.
Tiba tiba Riana memeluk Syauqina. Rasa sebak yang ditahan akhirnya terluah juga. Tersedu sedan Riana menangis.
"Kenapa Ree?"
"Ree gembira. Akhirnya akak kahwin juga, Ree tak sangka terbuka juga hati akan untuk terima lelaki dalam hidup akak. Walaupun Ree tahu akak tak sembuh sepenuhnya. Ree sayang akak, Ree selalu doakan akak." Beritahu Riana dalam tangisan.
Syauqina menepuk perlahan belakang badan Riana.
"Diam." Arah Syauqina dengan nada yang mendatar.
Riana melepaskan pelukan.
"Akak.. Ree harap ini bukan pertemuan terakhir kita. Ree nak akak bahagia dalam hidup akak. Dah lama sangat kakak Ree ni menderita, sesekali nak juga tengok akak tersenyum. Mesti cantik !" Ujar Riana.
Syauqina menjeling.
Mula dah budak ni.
"Akak nanti tak boleh masam tau. Kena sentiasa senyum walaupun terpaksa."
"Malas."
"Lah.. ish akak ni ! Hmm akak, abang Azad datang tak? Ree rindu dialah.."
"Entah."
Sudah dua hari Azad tidak menelefon Syauqina. Biasanya pagi, petang, siang dan malam. Memekak sahaja telefon Syauqina minta diangkat. Semuanya missed call dari Azad.
"Akak akak... Telefonlah dia, mana tahu dia merajuk.."
"Malas. Dia nak merajuk sebab apa? Akak tak buat salah." Syauqina membela dirinya.
Dia tidak peduli pada Azad.
﹏﹏﹏﹏﹏
Semua para hadirin hadir di masjid, terdiri daripada keluarga terdekat. Orang orang masjid dan jiran yang kenal.
"Akak jangan gementar tau?" Pesan Riana.
Syauqina mengerut dahi. Dia hanya tertanya. Tak ada pun perasaan gementar yang terlahir dari hatinya.
"Tu ke pengantin lelaki. Akak handsomenya... Ree pun nak juga." Riana menepuk tangan tanda gembira.
Setelah itu, mata Riana mancari sesuatu. Mana abang Azad, tanya hatinya sendirian.
"Baik. Pengantin lelaki dan perempuan sudah pun sampai.." Umum Tok Kadi yang bakal menikahkan Aiman dan Syauqina.
"Nak Aiman..." Panggilnya lagi.
"Ye.. ye tok !" Sahut Aiman takut takut.
"Tengok bakal isteri tu. Betul ke tak? Kang salah isteri nanti, susah."
Aiman pantas menoleh mencari poker face Syauqina. Setelah jumpa, ditenung dalam. Bibirnya mengukir senyuman.
"Sudah sudah. tok suruh pastikan, bukan tenungkan.." Sindir Tok Kadi.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]
RomanceCredit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan selamba. Dirinya bagaikan robot yang setiap hari membuat perkara yang sama. Soal cinta, dia langsung...