Sudah lebih seminggu Syauqina bersama Aiman. Namun gadis itu tetap sama. Semakin buntu Aiman dibuatnya.
Kejap lagi mengalah lah tu.
"Awak tahu apa ni?" Aiman soal pada Syauqina lagi. Kali ini dia membuat bentuk 'hati'.
"Cinta."
"Okey ! Apa itu cinta?"
"Entah. Yang saya tahu, perempuan dengan lelaki ada perasaan.. apatah?" Jawab Syauqina acuh tak acuh.
Aiman menggaru kepala.
"Sayang." Sambungnya.
"Perasaan tulah. Saya tak faham macam mana lelaki boleh jatuh cinta dengan perempuan. Sedangkan bagi saya semuanya sama, saya tengok doktor pun saya tak rasa apa apa." Jelas Syauqina sinis.
"Sebab awak tak kenal erti cinta. Awak tak kenal erti sayang. Awak juga tak pernah cuba mencintai.." Beritahu Aiman. Syauqina hanya mengangguk biasa.
"So, let me know what is love? Doktor boleh ke jatuh cinta dengan saya?"
"Saya? Mana boleh saya cintakan awak."
"See.. doktor pun gagal mencintai orang. Saya cadangkan doktor rawat diri sendiri, sembuh jumpa saya." Syauqina segera berdiri.
Pantas tangannya diraih oleh Aiman. Syauqina terduduk semula.
"Saya.. cuba cintakan awak, awak cuba cintakan saya. Okey?" Soal Aiman berani. Dalam dadanya sudah berombak kencang.
Tak pernah lagi dia menyatakan cinta pada perempuan. Ya, dia juga akui agak susah untuk dia mencintai seorang perempuan. Tak bermakna dia suka sejenis. Jangan salah faham.
Dia ada perasaan suka pada perempuan, tapi tak ada sehingga cinta. Kerana serik.
Syauqina memandang dengan pandangan kosong lalu mengangguk. Senangnya dia bersetuju tanpa berfikir.
Aiman tersenyum.
Dengan cara ini rasanya dia boleh mengubati Syauqina.
Dalam kebisuan, vibrate telefon bergetar. Syauqina segera mengangkat panggilan si pemanggil.
"Okey, Qina balik sekarang." Jawabnya tenang.
"Maaf doktor, saya minta tolong boleh?" Syauqina masih lagi kelihatan selamba. Tiada riak di wajahnya.
"Boleh apa dia?" Dengan senang hatinya Aiman menghulurkan bantuan.
"Saya tak bawa kereta sebab kawan saya yang hantar. Tunggu teksi lambat. Saya nak doktor hantar saya balik. Abah saya tenat." Ujar Syauqina tenang.
"Hah?! Abah awak tenat?! Kenapa awak macam tak risau je ni, jomlah saya hantar cepat !" Aiman mencampakkan kotnya lalu bergerak pantas ke kereta. Sementara Syauqina hanya tenang seperti biasa.
"Syauqina cepatlah." Aiman sudah menghidupkan enjin keretanya. Sebaik sahaja Syauqina menutup pintu kereta, dia terus meluncur laju membawa Syauqina pulang kerumah.
﹏﹏﹏﹏
"Qina..." Panggil Haji Amdan.
"Ya abah." Jawab Syauqina.
"Qina jaga diri baik baik ya nak. Abah minta sangat Qina berubah, benda yang lepas jangan dikenang. Qina buang perasaan itu jauh jauh. Abah yakin anak abah boleh."
"Inshaa Allah Qina cuba." Syauqina mula memegang jari jemari abahnya. Dipandang sekilas pada Aiman yang berada disebelahnya.
Abah melepaskan pegangan Syauqina dan beralih pada Aiman. Pergelangan tangan Aiman di raih.
"Jaga anak abah elok elok. Syauqina cuma keras hati, tapi dia baik. Abah serahkan tanggungjawab abah pada kamu." Haji Amdan bicara lemah. Aiman hanya sekadar mengangguk.
Kemudian, Syauqina menjadi sasarannya pula. Pipi mulus anak tunggalnya itu di usap. Wajah ini tak ubah seperti wajah isterinya, Hajah Syakirin.
"Qina, ajar abah mengucap." Beritahu Pak Sudin apabila keadaan Haji Amdan makin parah.
Syauqina merapatkan bibirnya pada telinga abah. Lalu disebutnya dua kalimah syahadah itu dengan tenang disisi abahnya.
Aiman agak terpampan. Tiada air mata yang menitik dari tubir mata Syauqina. Malah gadis itu sungguh tenang.
Tiada lagi dia pernah melihat hati seorang perempuan yang begitu kuat dan tabah.
Ah, Syauqina ! Apa sebenarnya yang kau sembunyikan.
Haji Amdan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kemudian bacaan yasiin diteruskan oleh tetamu sebelum pengurusan jenazah.
Syauqina beredar keluar rumah. Dia duduk dihalaman. Aiman hanya mengekori dari belakang.
"Awak tak sedih?"
"Sedih? Sedih tu apa?"
Aiman duduk berhadapan dengan Syauqina. Tangannya diletak atas meja.
"Sedih ialah perasaan dimana awak rasa jatuh. Tiada daya untuk tersenyum, hanya kedukaan yang dipamerkan. Macam orang dekat dalam tu. Menangis." Jelas Aiman.
Syauqina tersenyum.
"Saya tak pandai declair that feelings. I just redha, my dad was gone.. Its normal for me." Nada Syauqina bersahaja.
"Qina !" Panggil Azad tiba tiba.
Syauqina segera berdiri.
"Zad.."
"Sayang, sayang okey tak ni? Aku risau tahu tak. Kau tak sedihkan? Kalau kau sedih jangan risau aku ada untuk kau" Azad cuba memujuk.
Syauqina memeluk tubuh.
"Kau nampak aku tak okey ke?" Soalnya kembali.
Aiman hanya memandang Azad. Menunggu giliran nombor dipanggil pun ada gayanya.
"Dia ni doktor yang rawat aku. Aiman Akmal. Doktor ni pesakit gila yang terlepas dari hospital doktor, Azad Mikhael" Syauqina memperkenalkan mereka berdua.
Aiman tergelak kecil. Pandai buat lawak.
"Qina.. kau ni, tak baiklah buat aku macam ni. Aku ni boyfriend kau." Azad menjeling Aiman yang mengetawakan dia.
"Dia boyfriend saya. Azad Mikhael. Kitorang kenal dah lama." Sekali lagi Qina memperkenalkan Azad pada Aiman. Kali ini Aiman menghulurkan tangannya, Azad pula sambut dengan angkuh.
Suasana tiba tiba tegang dengan jeritan Maisarah, adik tirinya.
"Kau perempuan ! Memang tak guna, kau dah bunuh abah." Herdik Maisarah. Syauqina hanya diam.
Aiman pula terpana. Terkejut dengan layanan gadis dihadapannya ini terhadap Syauqina.
"Dia ni adik tiri. Perosak rumah tangga" Syauqina menjawab soalan yang bermain difikiran Aiman.
Dia bukannya peduli dengan kemarahan Maisarah.
Kesabaran gadis itu hilang. Dia tidak boleh menerima pemergian Haji Amdan, abah mereka sakit disebabkan Syauqina. Itu fikirnya.
Sedia Maisarah mengangkat tangannya untuk dihayun pada Syauqina. Namun perbuatannya terhenti, Syauqina lebih pantas bertindak.
"Pergi masuk, duduk diam diam. Berdoa pada Allah. Jangan jadi orang gila tak tentu pasal" Sinis, namun tenang.
Maisarah hanya memandang geram. Pipi yang perit di tampar oleh Syauqina diusap lembut. Tulah, cari pasal.
Pengkebumian Haji Amdan dilangsungkan selepas Asar. Siap semuanya, tahlil pula dibuat.
Semoga abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.
![](https://img.wattpad.com/cover/76420806-288-k993275.jpg)
YOU ARE READING
Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]
RomanceCredit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan selamba. Dirinya bagaikan robot yang setiap hari membuat perkara yang sama. Soal cinta, dia langsung...