Hakeem meneliti komputer diatas mejanya. Mencari fail dan data maklumat Nur Syauqina yang dihantar oleh Aiman tempoh hari. Syauqina pula hanya duduk di kerusi. Dia menunggu Aiman tetapi kelibat suaminya tidak kelihatan.
"Okey, tahniah Nur Syauqina.. saya tak jangka awak boleh sembuh, saya kagum dengan usaha awak. " Hakeem memuji Syauqina. Tersenyum gadis itu dibuatnya.
"Baiklah. Terima kasih doktor.. " Balas Syauqina. "Emm, doktor Aiman mana? " Soal Syauqina pada Hakeem. Hakeem mengerutkan dahinya, tidak sedar pula Aiman tiada dalam bilik.
"Rasanya dia keluar kot, awak nak keluar ke sebab rawatan awak dah habis.. " Ujar Hakeem.
Syauqina mengangguk, beg tangannya diambil lalu dia menapak keluar dari bilik khas Hakeem. Syauqina menuju ke pejabat Aiman pula.
"Apa maksud mak ni? " Suara Aiman dingin. Terbantut keinginan Syauqina untuk menolak pintu apabila dia terdengar perbualan Aiman dan Ibunya.
"Aiman kena selamatkan diri Aiman, dekat sini tak selamat nak.. " Puan Hasnah memegang tangan milik Aiman, dia merayu.
"Mak apa ni?.. Apa yang tak selamatnya, siapa yang nak bunuh Aiman? " Tanya Aiman kehairanan. Dicapai jemari Puan Hasnah lalu dikucup lembut tangan ibu yang dia kasihi. Walaupun bukan ibu kandung.
"Dia Man, perempuan tu.. Aiman kena pergi kalau Aiman sayangkan mak! " Tegas Puan Hasnah mengarah. Aiman mengeluh perlahan.
"Siapa perempuan tu? Mak, dari Aiman kecil sampai sekarang kita tak pernah hidup tetap. Apa yang mak takutkan?! " Aiman mendesak. Puan Hasnah duduk disofa, dia menarik nafas perlahan lahan.
"Mak tak tahu kalau ini adalah masa yang sesuai Aiman, tapi disebabkan kamu tanya Mak kenalah jawab. Mari duduk. " Puan Hasnah menepuk sofa disebelahnya, kemudian tangan Puan Hasnah menyelongkar beg tangannya.
"Ini, gambar Man masa kecil dengan adik Man. " Puan Hasnah memberikan satu keping gambar lama yang hampir terbakar pada Aiman.
"Aiman ada adik?.. " Syauqina bersuara perlahan dipintu. Dia menekup mulutnya sendiri, tak mahu mengeluarkan suara buat sekian kalinya.
"Siapa nama adik Man, kenapa tak dari dulu Mak cerita.. Boleh Aiman cari dia. " Aiman berkata perlahan. Gambar itu ditatap lama.
"Nama adik Aiman, Azad Mikhael.. Tak silap mak dia sebaya dengan Syauqina isteri kamu tu. " Beritahu Puan Hasnah. Aiman dan Syauqina benar benar terkejut.
"Azad?! " Aiman dan Syauqina terkejut. Puan Hasnah memandang anak bujangnya itu. "Woo, mak jangan buat sinetron Indonesia dekat sini. Aiman memang tak percaya kalau Azad Mikhael tu adik Man. A BIG NO! "
Puan Hasnah memegang tangan Aiman.
"Kamu dah jumpa dia? Ya Allah Aiman... " Puan Hasnah mengucap syukur.
"Dia, kawan Syauqina.. Mungkin takdir Allah untuk kami. " Aiman mengendurkan suaranya kembali. Keluhan berat dilepaskan.
"Mak, macam mana kami boleh terpisah? " Soal Aiman. Dia meletakkan gambar di atas meja, lalu duduk menghadap Puan Hasnah.
"Sepupu mama kandung Aiman dan Azad.. Dia cuba bunuh kamu sekeluarga nak. " Beritahu Puan Hasnah. Aiman memandang Puan Hasnah dalam, dia inginkan kepastian.
×××
"Aku nak kita bakar rumah dia malam ni juga! Biar mereka semua mati, baru puas hati aku ni!!! " Suara perempuan itu memetir di dalam kabin.
Dia mahu membalas dendam, disebabkan Malik dia kehilangan suami serta harta. Jadi rancangannya adalah untuk membalas segala apa yang dia dan rasa. Dia mahu membunuh Malik dan keluarga lelaki itu.
"Arini! Kau jangan jadi gila. " Sergah Puan Hasnah pada Arini. Arini tidak peduli, dia mahu menjalankan rancangannya juga.
"Peduli apa aku?! Jah, kau tutup mulut dia. " Arah perempuan itu lagi pada Mak Jah. Perempuan yang menjadi pembantunya dari dulu hinggalah sekarang.
Arini dan Mak Jah menuju ke rumah Malik dan Azrin, isterinya iaitu ibu kepada Aiman dan Azad. Mereka sekeluarga sedang nyenyak dibuai mimpi tidak sedar akan kehadiran Arini.
Minyak tanah dituang, api dinyalakan. Mak Jah dan Arini tergelak besar. Api yang marak itu dilihat semakin ranap membakar dinding dan rumah.
Azrin, tersedar dari tidurnya terkejut.
"Abang !!!! Api abang api !!" Jeritnya. Malik juga terpinga bangun dari katilnya.
"Anak anak !" Malik segera berdiri menuju kebilik dimana Aiman dan Azad berada. Ternyata mereka berdua sudah pun terjaga dan menangis. Apabila melihat Ayah mereka masuk, Aiman dan Azad memeluk Malik erat.
Mereka berempat mahu keluar tetapi api sedang marak dibawah, Malik terbatuk batuk kerana asap memasuki paru paru.
"Pergi ke bilik, cepat!! " Malik menarik lengan Azrin. Dia tahu isterinya sedang menangis. Sebaik sahaja mereka berada dikoridor luar ditingkat atas, Malik melihat orang ramai mengepung rumahnya.
"Tolong!!!! " Jerit Azlin dan Malik serentak. Orang yang perasan mereka masuk kedalam kawasan rumah.
"Campak anak tu!! " Arah mereka dari bawah. Aiman menggelengkan kepalanya, tanda tidak mahu. Malik mengucup lembut dahi anak sulungnya.
"Pergi, ada orang sambut dekat bawah tu.. Api tengah besar ni Aiman, papa dengan mama nak selamatkan anak kami dulu. " Ujar Malik. Kali ini barulah Aiman setuju. Malik sedia untuk campak Aiman kebawah dan dia disambut elok oleh jiran.
Tiba giliran Azad pula, baru sahaja ingin campak gas didapur meletup. Namun Malik tetap mahu campak Azad, dia mahu selamatkan anaknya tak kira apa sekali pun. Azrin mengucup dahi Azad lembut.
Setelah Azad disambut, Azrin dan Malik berpelukan. Membiarkan api menjilat mereka berdua. Teriakan orang ramai semakin hilang pada pendengaran. Mereka berserah pada Tuhan sekian alam.
End Of Flashback
×××
Aiman mendengar setiap cerita dari Puan Hasnah. Dia menangis. Begitu besar pengorbanan ibu bapanya hanya semata mata untuk selamatkan mereka berdua. Puan Hasnah memeluk tubuh Aiman erat.
"Lepas dari kejadian tu, Arini dan Jah menghilangkan diri. Mak dan Mak Long kamu ambil keputusan untuk jadikan kamu berdua anak angkat kami. Lepas dari itu, mak dan dia terputus hubungan. " Terang Puan Hasnah lagi.
"Sebab tu Aiman Akmal bin Adam? " Duga Aiman.
"Ya nak, sebab itulah.. Seumur hidup mak, mak mahu menjaga dan melindungi kamu sebab mama dan papa Aiman banyak menolong mak.. " Puan Hasnah juga menglirkan air mata.
Aiman memeluk Puan Hasnah. "Terima kasih mak, mak jaga Aiman dengan baik.. " Ucap Aiman.
Syauqina yang berada dipintu pejabat menekup mulutnya. Sungguh dia betul betul terkejut, tidak menyangka Mak Jah dan Mama Arini. Perempuan yang selama ini dia sangka adalah perempuan yang baik.
Rupanya pembunuh.
Syauqina meninggalkan hospital. Dia mahu berjumpa dengan mereka semua.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]
RomanceCredit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan selamba. Dirinya bagaikan robot yang setiap hari membuat perkara yang sama. Soal cinta, dia langsung...