I.H.B 7

16.6K 790 20
                                    

Syauqina membuka bajunya. Hari ini betul betul penat, walaupun acara nikah sahaja tetapi dia terasa penat.

Mandi kejap.

Aiman di bawah sibuk membasuh kuali, periuk belanga dan pinggan mangkuk.

Kejam.

Ada ke pengantin baru kena basuh semua ni. Aiman hanya memandang sepi nasib yang menimpanya. Di cari kelibat Syauqina tetapi tiada.

"Riana.. Qina mana?" Tanya Aiman.

"Akak Qina dalam bilik, dia cakap nak tidur. Penat !" Beritahu Riana.

Tidur?

Aiman geleng kepala. Orang sibuk mengemas dia boleh tidur. Syauqina memang begitu, dia bukan malas cuma tak nak buat kerja. Tak nak bergaul.

Aiman masuk kedalam bilik.

"Qina.." Panggil Aiman.

Tergamam sekejap.

Sebelum ini gadis itu bertutup litup dihadapannya. Kali ini semuanya terdedah.

"Tak payah nak terbeliak sangat mata tu. Ambik ni pergi mandi. Lepastu, kita mula rawatan kita yang pertama." Arah Syauqina.

Seraya itu, kain tuala di baling. Aiman menyambutnya. Kemudian menghilang ke dalam bilik air.

Syauqina baring atas katil. Aiman ditenung kosong.

Pehal mamat ni?

"Qina saya rasa kita tak payah mula lagi rawatan tu. Saya... erm tidur luar lah !" Kata Aiman gagap.

Sebenarnya dia gugup. Yelah. Malam pertamakan?

Satu lagi, kalau diikutkan dia mahu saja terkam Syauqina. Tapi ditahan.

"Awak nak terkam saya eh?" Tanya Syauqina polos.

Terbeliak mata Aiman. Tak percaya Syauqina seberani itu bertanya.

"Eh tak adalah.. saya nak tidur luar je, yelah. Takut awak tak selesa.. kan?"

"Saya okey je."

"Hah?!"

"Apahal?.."

Aiman memejam matanya. Dia perlu kuat, dia harus tunjuk pada Syauqina yang dia boleh mengawal perasaan.

"Okey saya pakai baju kejap, awak duduk dan tenangkan diri. Tarik nafas dan hembus sampai saya siap faham? Lagi satu, awak pandang sana." Ujar Aiman.

Dia tidak berapa selesa dengan pandangan kosong Syauqina. Walaupun dah bergelar suami isteri, tapi hanya atas kertas. Bukan saling mencintai.

Syauqina mengikut arahan Aiman. Dia mula menarik dan menghembus nafasnya.

Perlahan lahan Aiman mendekati Syauqina. Bahu gadis itu dipegang lembut, lalu diurut.

"Awak cuba pejam mata.. bayangkan awak ada di satu tempat yang boleh bawa ketenangan pada awak, bagitahu saya apa tempat tu." Bisik Aiman ditelinga gadis itu.

"Taman bunga." Jawab Syauqina.

Aiman meneruskan urutannya.

"Ada apa dekat sana?"

"Ada burung, angin bertiup perlahan. Ada kanak kanak berlari.." Beritahu Syauqina. Dia makin tenggelam dengan urutan Aiman.

"Lagi?.. Bagitahu semua Qina, jangan simpan. Apa awak nampak dan rasa?" Soal Aiman. Tangannya juga tidak henti mengurut bahu dan leher gadis itu.

"Saya nampak budak tu lari. Laju sangat. Saya takut.." Jantung Syauqina tiba tiba berdegup laju.

"Ada kereta !" Syauqina makin tak stabil. Aiman terus mengurut.

"Saya kira satu, dua, tiga, awak buka mata !" Petikkan jari Aiman menyedarkan Syauqina.

Dipeluknya gadis itu dari belakang. Lebih baik mereka tidur sekarang, dapat Syauqina menenangkan diri.

"Aiman sa..saya...." Tergagap Syauqina bertutur kata.

"Awak rasa apa sekarang?" Soal Aiman. Dia mahu tahu perkembangan Syauqina memandangkan dia berjaya menerjah masuk perasaan Syauqina.

"Saya takut.. takut Aiman, saya tak nak.." Rengek Syauqina. Dipeluknya Aiman.

Wajah gadis itu pucat lesi. Apa yang ditakutkan oleh Syauqina?

Adakah itu punca?

Aiman tersenyum.

"Pejam mata tidur, saya ada dekat sini" Pujuk Aiman. Seraya itu mereka berdua baring diatas katil.

"Hari ni saya tidur dengan awak. Dont worry, I'll never touch you.." Lembut suara Aiman memujuk.

"Sanalah. Saya rimas kena peluk." Syauqina menolak tubuh Aiman jauh darinya.

Aiman terkejut. Oh lupa, Syauqina memang tak suka dipegang dan dibelai. Rimas.

Aiman menjauhkan diri daripada Syauqina. Tak rasa bersalah agaknya Syauqina ni.

"Betul ni? Saya tidur luarlah kalau macam tu." Rajuk Aiman. Sengaja mahu menyakat Syauqina.

"Pergilah. Saya tak biasa ada orang dekat atas katil. Dahlah, saya nak tidur." Terus sahaja Syauqina memejamkan mata.

Aiman menghela nafas.

Sabar jelah.

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now