I.H.B 31 (Ending)

19.7K 675 26
                                    

"Sungguh mendayu kata kata yang saya bacakan sebentar tadi. Kepada pasangan pasangan dekat luar sana tu, cukup cukuplah berjauhan. Hati takkan bahagia jika asyik bersedih je manjang, asyik tak nak berjumpa je.. Kebahagiaan itu pasti akan muncul jika di beri peluang. "

Kata kata dari juruhebah itu seolah olah memerli Syauqina. Tangannya ingin menukar siaran radio itu namun ditepis oleh Hakeem.

"Sorry.. Aku terpaksa. Biar kau tahu sikit apa erti sentap! " Hakeem mengejek. Syauqina mencebik. Ekor matanya terlihat lelaki itu sedang tersenyum kecil mendengarkan nasihat nasihat dari juruhebah di radio.

Eleh!

"Sentap apanya? " Soal Syauqina tidak puas hati.

"Yelah. Orang yang tak ada kena mengena dengan kau pun boleh nasihat kau.. " Perli Hakeem. Syauqina memberi jelingan maut.

"Disini saya ada pemanggil.. Boleh saya tahu siapa di sana? " Juruhebah itu meminta si pemanggil memperkenalkan diri.

"Assalamualaikum, nama saya Aiman Akmal. "

Syauqina dan Hakeem terkejut mendengar suara itu memperkenalkan diri.

"Okey Aiman Akmal, Aiman ada masalah dalam hubungan ke atau Aiman nak pujuk sesiapa yang mungkin isteri dan berharap agar dia mendengarkan siaran radio ini?  " Soal juruhebah berminat dengan panggilan Aiman.

Syauqina tekun mendengar. Dia tidak sangka perkara akan menjadi seperti ini. Aiman begitu bersungguh mahu dia mendengar luahan hatinya. Hakeem juga telah memberhentikan kenderaannya ditepi jalan semata untuk mendengar dengan lebih teliti.

"Saya berharap dia mendengarkan saya. Kami bukan ada masalah tetapi keadaan yang tak mengizinkan kami. Saya ada seorang isteri.. Dia cantik dan hati batu. " Aiman tergelak kecil dengan kata katanya.

"Nur Syauqina.. Abang rindukan sayang. Enam bulan abang tunggu Nur Syauqina untuk sembuh dan datang berjumpa dengan abang. Tapi bila abang datang, Qina makin jauh. Abang merayu pada Qina, beri peluang pada Abang untuk semua ni. Abang perlukan sayang di sisi Abang. Syauqina masih lagi isteri Abang.. Perkara yang berlalu tu memang masih segar dalam ingatan tapi kita berdua harus teruskan hidup. Baliklah, Abang akan sentiasa tunggu isteri thorchenta Abang. " Luah Aiman panjang. Sayu kedengaran suaranya. Juruhebah hanya menganggukkan kepala tanda faham akan masalah itu.

"Pada Nur Syauqina, segeralah pulang ke pangkuan suami. Puan beruntung mempunyai suami yang sanggup lakukan perkara sebegini. Walaupun tampak remeh tetapi ianya kesan yang mendalam. Pulanglah Puan Syauqina. Suami Puan menanti. " Pesan Juruhebah yang mendengar luahan Aiman. Dia juga berasa sedih mendengarkannya.

"Baiklah saya akan dendangkan lagu yang cukup sadis. Lagu ini khas ditujukan pada Puan Nur Syauqina. Atas permintaan Encik Aiman. Terimalah Anuar Zain—Andainya Takdir. "

Biarlah tiada pesan dan janji,
Biar tiada kau disisi, aku mengerti.
Seterdaya semampu ku, ku coba menunggu.
Biarlah lompang hati ku ini,
Mengharap pulang kau yang pergi,

Kembalilah, kepadaku tika punah mimpi-mimpi mu,
Kembalilah, disaat perlu episod-episod duka biar berlalu..

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now