Syauqina memicit kepalanya. Terasa perit dibahagian kiri. Dia mahu mengadu pada Aiman tetapi takut dia bakal disoal macam macam. Tahu sajalah Aiman, risaunya bukan kepalang.
"Sayang... " Sapa Aiman lembut. Syauqina buat tak layan, masih merajuk—tapi bukan merajuk sebenarnya. Sengaja mahu bermanja lebih.
Ecehh!
"Abang tak nak pergi Cayman. Muktamad. " Tegas Aiman. Syauqina mengangkat bahunya. Masih dalam keadaan sama, tidak mahu memandang wajah Aiman yang sedang runsing.
"Qina.. Cuba bagi tahu abang apa yang dah jadi. Setahu abanglah kan—Nur Syauqina susah nak pergi luar negara. Lagi lagi tempat yang jauh. " Tukas Aiman memberi pandangan. Kali ini Syauqina menoleh. Dia tahu, Aiman sudah dapat baca apa yang bermain difikirannya.
"Hurmm.. Qina saja je nak bercuti dengan abang. Takkan tak boleh? Ke—abang yang tak sudi?.. " Perli Syauqina. Dia kembali memusingkan kepalanya membelakangi Aiman.
Aiman mengeluh berat.
"Syauqina... " Panggil Aiman. Melihat isterinya buat tidak dengar, Aiman pantas memeluk bahu Syauqina dari belakang. Ciuman hangat hinggap ditelinga Syauqina.
"Abang bukan tak nak pergi tapi abang banyak sangat kerja. Susah nak apply cuti. Kalau boleh, abang pun nak berdua dengan sayang—bercuti, honeymoon lagi. " Terang Aiman membisik ditelinga Syauqina.
Syauqina tidak berani untuk menoleh. Bila bila masa sahaja dia dengan Aiman boleh hanyut, lagi lagi dengan kedudukan ini. Ciuman demi ciuman diberikan oleh Aiman ditelinga Syauqina. Gadis itu hanya menahan geli.
"Abang tahu ada perkara yang Qina sorok pada abang. Ceritalah, kenapa tiba tiba ajak abang pergi sana. Hal ni tak ada kena mengena dengan Ierdina kan.. "
Syauqina tunduk. Menggelengkan kepala.
"Habistu.. Sayang cerita dekat abang kenapa? " Desak Aiman.
Syauqina menarik nafas berat. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, walau apa sekali pun dia perlu membawa Aiman jauh untuk sementara.
"Dekat hospital—" Bicara Syauqina terhenti.
Aiman diam sahaja. Ada juga sekali dia melekapkan bibirnya dibahu Syauqina. Syauqina rasa terganggu.
"Abang, betul betullah... " Marah Syauqina lembut. Aiman tersengih bagai kerang busuk.
"Abaikan abang, cerita jelah.. " Aiman masih lagi bermain disitu, dibahu kanan Syauqina.
"Macam mana nak abaikan kalau abang kuis kuis dari tadi. Cium cium, tumbuk kang. " Bidas Syauqina menunjukkan buku limanya pada Aiman. Tidak semena, ketawa Aiman pecah. Comel betul Syauqina ni rupanya.
"Okey serius. " Arah Aiman tapi dia masih lagi dalam posisi yang sama.
Sekali lagi Syauqina cuba menarik nafas dalam— "Abang gelilah ! " Jerit Syauqina apabila Aiman melakukan perkara yang sama terhadapnya. Segera dia memusingkan badannya menghadap Aiman. Tangan kanan Syauqina pantas menampar lengan lelaki itu.
Aiman ketawa. Mulutnya juga tidak berhenti mengadu kesakitan. Pada pukulan Syauqina yang terakhir, Aiman menangkap pergelangan tangan isterinya.
"Sayang... " Panggil Aiman dengan nada yang menggoda. Pipi Syauqina diusap lembut dengan ibu jarinya. Kemudian matanya jatuh pada bibir Syauqina.
Aiman menelan air liurnya beberapa kali sebelum merapatkan bibirnya dengan bibir Syauqina sementara gadis itu menjadi kaku, dia ingin membalas ciuman Aiman tetapi bibirnya bagaikan dikunci.
"Balas ciuman abang Qina.. " Pinta Aiman setelah melepaskan bibir Syauqina. Berkelip kelip mata gadis itu memandang Aiman.
Syauqina tunduk.
"Tapi-saya emm.. Qi-Qina-tak-emm reti— " Tergaru Syauqina. Dia menahan malu dengan Aiman yang tersenyum.
"Shh.. Ikut je abang okey? " Arah Aiman. Bibir mereka bertaut lagi, kali ini lebih kepada membuai. Aiman mengurut lembut bibir Syauqina.
Apabila Syauqina mula membalas dan mendapat rentak. Ciuman Aiman semakin dalam, sehingga terdorong Syauqina untuk baring ke karpet ruang tamu. Barulah ciuman itu dilepas oleh Aiman.
Syauqina mahu saja dia merengek kerana Aiman melepaskan ciuman mereka tetapi didiamkan sahaja apabila Aiman mula turun, menyambung ciumannya ke pangkal leher Syauqina.
"Emm.. " Rengek Syauqina bila Aiman sekali lagi melepaskan ciumannya. Aiman tersenyum lalu mengangkat tubuh ramping Syauqina ke dalam bilik
dan memnaringkannya di atas katil.Aiman naik atas badan Syauqina lalu menongkat kedua tangannya disisi isterinya.
"Nur Syauqina.. Izinkan abang. " Pinta Aiman sambil membelai rambut Syauqina. Gadis itu menutup mata lalu mengangguk perlahan.
"Pandang abang sayang—"
Syauqina membuka matanya. Aiman tersenyum.
"Bila abang dan Qina jalankan tanggungjawab sebagai suami isteri, maknanya tak ada apa yang dapat pisahkan kita didunia dan akhirat tanpa izin Allah sayang.. " Ujar Aiman.
"Abang nak Qina buang segala perasaan risau Qina.. Abang janji, selagi abang hidup. Syauqina milik abang. " Sambung Aiman. Terkebil kebil Syauqina dibawah badannya. Namun begitu, hatinya senang mendengar kata kata Aiman.
"—Sebab abang cinta pada Syauqina. Perasaan abang terlalu dalam sayang. Qina milik abang, selamanya.. " Ucap Aiman. Bibirnya pantas memagut bibir Syauqina.
Mereka berdua membiarkan malam berlalu dengan pantas. Bersaksikan cinta Aiman pada Syauqina, mereka bersatu pada malam yang begitu indah.
😅😅
Okey.. Mungkin dalam beberapa part cerita ni akan melabuhkam tirai. *tepuk tangan*
Aiman: *muncung* kejam kau. deal dengan aku nak buat cerita ni lagi panjang. 😡😡
Ierdina: Buat apa panjang panjang? Bukannya bahagia pun. 😒
Maisarah: Kan—mengada je lebih. Menyampah ! 😠
Syauqina: Aku rasa bahagia gila bila dengan Aiman.. Kan abang? 😍
Aiman: 😘😘 yup betul tu!!
Syauqina: Sayang sikit... 😘
Aiman: Mmuahh !!! 😘😘😘😘😘
Niena: Woi. Aku yang karang cerita ni. Suka hati akulah nak buat panjang mana. Kau pehal Aiman?
Aiman: 😡😡😡
Niena: Kau jangan. Aku buat kau mati baru kau tahu. 😏
Aiman: Okey okey. Aku ikut prosedur kau. Jangan bagi aku mati. Aku nak hidup bahagia dengan Syauqina ni.
Syauqina: Jangan matikan Aiman, Niena !! 😭😭
Niena: Haha baru kau tau kuasa aku macam mana. 😎
Azad: Aku sorang jelah yang mati dekat sini?! 😔😔
Aiman: Terima jelah ajal kau dah sampai. 😏
Azad: 😒😒
Niena: *geleng kepala* Baiklah. Aku akan tetapkan beberapa part sahaja. Lepastu kita buat ending. Tapi kalau aku ada sifat ihsan, aku buat lebih. Faham semua?
Aiman, Syauqina, Ierdina, Sarah, Azad dan lain lain: Faham!! 😍😍
I.H.B😚
YOU ARE READING
Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]
RomanceCredit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan selamba. Dirinya bagaikan robot yang setiap hari membuat perkara yang sama. Soal cinta, dia langsung...