"Qina, ibu minta maaf sayang. Syauqina sepatutnya dah boleh lupakan segalanya. Ibu dah bahagia sekarang sayang, ibu gembira dengan kehidupan ibu. Tapi ibu tak tenang.. " Hajah Syakirin mengusap lembut pipi Syauqina. Kemudian matanya tertumpu sebuah figura dibelakang Syauqina.
Syauqina juga berpaling.
"Abah! " Terkejut Syauqina.
Haji Amdan kelihatan lusuh dan sakit. Haji Amdan menangis melutut di hadapan Syauqina.
"Qina anak abah, tolong abah Qina.. " Haji Amdan seolah merayu. Kedua tangannya ditelekup pada lantai.
"Abah! " Syauqina ingin mendapatkan abah tetapi dihalang Hajah Syakirin.
"Jangan Qina, Qina tak boleh sentuh abah. Sayang dengar cakap Ibu, Qina lupakan semua yang jadi dan hidup dengan bahagia ya nak? " Ibu membawa telapak tangan Syauqina dipegang lembut. Syauqina memejamkan matanya, air mata dan esakan kembali menemani Syauqina.
Selepas itu kedengaran suara Haji Amdan memanggil namanya.
"Abah minta maaf Qina, tolong bahagiakan diri Qina demi abah dan ibu. Abah tak nak terseksa lagi Qina sebab abah gagal bahagiakan anak abah"
"Abah, Qina.. minta ampun abah, Qina janji Qina akan berubah. Qina nak abah dan ibu bahagia dengan tenang disana. " Sisa tangisan Syauqina diseka oleh jarinya. Syauqina melihat Haji Amdan dan Hajah Syakirin perlahan lahan menghilang dari pandangannya.
"Nur Syauqina! "Syauqina terasa pedih di lehernya.
Itu Ariana! Ariana menekan leher Syauqina dengan kuat. Sekarang ini apa pula?
"Ari-ana.. " Suara Syauqina tersekat sekat memanggil nama Ariana. Leher Syauqina akhirnya dilepaskan oleh Ariana. Ariana terduduk dihadapannya.
"Kau tahu, aku sebenarnya bahagia hidup dalam badan kau. Tapi aku tak boleh nak buat apa, sebab aku adalah kau Syauqina. " Terang Ariana. Syauqina didakap kejap.
"Kau berhak bahagia. Aku rasa cukup masanya untuk aku pergi dari hidup kau. Tapi satu pesan aku, hapuskan Ierdina dari hidup Aiman. Jauhkan diri kau dari dia, sebab aku boleh hidup balik disebabkan dia Qina" Beritahu Ariana bersungguh. Syauqina mengangguk faham. Mereka berdua kembali berpelukan. Erat, Syauqina sudah menganggap Ariana seperti adiknya.
Walaupun Ariana dan dia satu badan dan nyawa. Perlahan lahan Ariana juga pergi.
Tangisan gadis itu kembali bergema. Tubuh badan Syauqina tiba tiba menggeletar kuat. Nafasnya juga tersekat. Akhirnya kegelapan menemani.
Syauqina sedar dari tidurnya. Dia menoleh ke kanan, tiada orang. Kembali menoleh ke kiri, kelihatan Aiman sedang tidur sambil memegang tangannya.
Syauqina tidak ingin mengejutkan Aiman. Dia berkira kira ingin memberitahu Aiman atau tidak tentang kesembuhannya. Syauqina juga ingin menguji dirinya dahulu.
"Sayang? " Aiman tersedar dari tidurnya. Sempat menggeliat perlahan. Rambut Aiman yang berserbai dipandang oleh Syauqina.
'Kenapa dia comel sangat? ' Syauqina cuba menahan bibirnya untuk mengukir senyuman. Kawal Syauqina, kawal!
"Huaaa... Sekejap ya sayang, saya pergi basuh muka. " Beritahu Aiman seraya berdiri. Syauqina juga duduk dibirai katil, sambil kakinya melujur ke bawah. Akhirnya Syauqina bebas tersenyum.
"Kenapa dengan aku ni? Berdebar je dari tadi, ingat Qina... Jangan bagitahu dia pasal hal ni.. " Pesan Syauqina pada dirinya. Perkara ini perlu disimpan dulu dari pengatahuan Aiman dan semua orang. Tapi boleh atau tidak.
Aiman seorang doktor psikiatri yang sentiasa memerhatikan perkembangan pesakit lagi lagi Syauqina. Isterinya sendiri.
"Qina, awak dah okey sekarang? " Soal Aiman. Bila masa Aiman berada disisinya juga tidak disedari Syauqina. Siap mengusap lembut jari jemari Syauqina.
"Ermm, Aiman saya nak mandi." Tiba tiba rasa kekok. Syauqina segera berdiri dan masuk ke dalam bilik persalinan yang lengkap dengan bilik air untuk dia membersihkan diri.
"Huh, tenang Qina.. Jangan tunjuk sangat. " Syauqina mengurut perlahan dadanya.
Aiman pula tepinga pinga. Dia baru sahaja mahu membuka mulut Syauqina minta untuk mandi. Tidak mengapa, beri Syauqina masa.
Dengan kesempatan itu, Aiman keluar menemui Ierdina. Beritahu pembantu hospital, Ierdina ada masuk kedalam pejabatnya. Dan Ierdina juga adalah pakar psikologi otak. Memang Ierdina sahaja menjadi sasarannya sekarang.
"Ierdina, " Sapa Aiman. Dingin. Ierdina perasan dengan perubahan wajah Aiman terhadapnya. Mungkin Aiman sudah tahu, sedaya itu Ierdina cuba untuk bertenang.
"Apa yang kau dah buat dengan isteri aku? " Soal Aiman. Rahang bergerak gerak kerana mengetip gigi gerahamnya. Marah.
"Aiman, awak cakap apa ni? " Ierdina berdiri. Pura pura marah dan ingin mempertahankan dirinya. Pertahankan diri, bolehkah dia?
Aiman berasa berang. Dia mendekati Ierdina. Ierdina seram, wajah bengis Aiman memang jarang dilihat kerana lelaki itu selalu bersikap riang dan matang.
"Berani kau ceroboh fikiran dia dengan hipnosis kau Ier. Kenapa? Apa yang dia buat dengan kau? " Bertubi tubi soalan Aiman lempar.
"Kenapa awak ni Aiman. Sampai hati awak tuduh saya" Dalih Ierdina.
"Jangan nak berdalih Ierdina. Ingat pesan aku baik baik, kalau kau tak nak hilang persahabatan kita. Kau jauhi Syauqina dan jangan sakiti dia. Aku takkan biarkan benda macam tu terjadi lagi. Kalau kau berani buat, kau akan terima perkara yang sama!! " Ugut Aiman. Kemudian dia membelakangi Ierdina ingin mendapatkan Syauqina kembali.
Dengan itu pantas Ierdina menahan Aiman.
"Okey Aiman saya minta maaf. " Ucapnya.
"First and last. Syauqina bukan barang mainan ujian yang boleh awak buat macam tu. " Aiman kembali reda. Begitulah dia, jika marah bahasa dia menjadi lain.
"tapi awak anggap saya siapa Aiman? " Ierdina merapati Aiman perlahan lahan. Tali leher Aiman ditarik agar figura lelaki itu rapat dengannya.
"Ierdina tolong. Jangan mulakan.. " Suara Aiman sedikit perlahan.
"Aiman, awak anggap saya apa? Tak cukup lagi ke apa yang saya buat pada awak" Ierdina mencuba lagi.
"Aiman! " Panggil Syauqina dari pintu pejabat Ierdina. Tidak percaya dengan apa yang dilihat. Aiman segera jauhi Ierdina dan mendapatkan Syauqina.
"Qina, ni bukan macam yang awak tengok.. " Aiman cuba memberi penjelasan, tapi Syauqina lebih pantas meninggalkannya.
Apa yang Syauqina rasakan sekarang?
Perasaan apa yang menjalar dihatinya? Gadis itu buntu, dia masih lagi tidak tahu tentang segala perasaan dan cinta. Tetapi hati kecilnya sakit melihat kemesraan Ierdina dan Aiman.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]
RomanceCredit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan selamba. Dirinya bagaikan robot yang setiap hari membuat perkara yang sama. Soal cinta, dia langsung...