I.H.B. 30

16.3K 601 21
                                    

6 Bulan Kemudian.

Aiman memandang sepi kubur arwah adiknya. Walaupun enam bulan sudah berlalu, peristiwa itu masih segar diingatannya. Jika ianya masih lagi bermain difikiran Aiman, bagaimana pula dengan Syauqina.

Sudah enam bulan dia menyepikan diri di negeri orang, Aiman membawa dirinya ke sana kerana ingin berjauhan sebentar dari Syauqina. Walhal hakikatnya terasa sangat lama waktu itu berlalu.

Walaupun begitu, Aiman kadang kala Aiman mendapat khabar tentang keadaan Syauqina melalui Hakeem seperti biasa. Tapi entah mengapa dua bulan itu Hakeem terus menyepi.

Jika disoal tentang Syauqina pasti sahabatnya itu lari dari topik. Seperti ada yang dia sembunyikan. Aiman cuba bersangka baik, mungkin Syauqina tahu perkara yang sebenar dan melarang Hakeem untuk beritahu padanya.

Jag yang berisikan air bunga disiram atas pusara Azad. Tidak lupa juga pada Ibu dan Abah. Seketika air mata lelakinya jatuh ke pipi, Aiman sedar dia tiada sesiapa di dunia ini. Hanya pada Allah dia bergantung dan berdoa agar Syauqina kembali padanya.

Setelah selesai melawat, Aiman pulang ke rumah. Dia mahu mengemas apa yang patut kerana sudah lama ditinggalkan rumah itu tidak berpenghuni. Selepas itu, dia mahu menjenguk Hakeem untuk bertanyakan khabar Syauqina.

"Siapa yang datang Hakeem? " Soalnya.

"Entah, maybe kawan dia kot.. " Jawab Hakeem acuh tak acuh. Dia seperti dapat agak siapa yang menziarahi keempat empat kubur di sini.

"Eh tapi takkanlah kubur ibu dengan abah pun bersiram. Kubur mama pun. Peliklah. " Dia masih lagi berfikir akan tetapi, tiada seorang pun yang dia ingat.

"Syauqina tolong cepat sikit. Kita kena gerak dah ni.. Kau kata nak tenang kan fikiran." Soal Hakeem sambil menyilangkan tangannya. Sombong sahaja lagaknya.

"Boleh sabar tak? Aku rasa kau pun patut buat psikologi keperibadian. Tingkatkan tahap ni, kesabaran iman! " Balas Syauqina. Hakeem terdiam kemudian ketawa kecil. Ya, benar kata Syauqina. Dia tidak menafikannya.

Sudah enam bulan, Syauqina banyak berubah. Keadaan sekeliling juga, sejak Aiman sudah tiada di hospital Syauqina tidak lagi menyebut nama suaminya itu.

Tetapi apabila diperhati oleh Hakeem, Syauqina sering termenung sambil membelek cincin perkahwinannya. Dia tahu, hati wanita itu rindu. Tetapi kerana takut untuk berdepan realiti, dia menidakkannya.

Tzzt! Tzzt!!

Hakeem mendapat panggilan daripada Aiman. Sudah. Apa yang dia mahu lakukan sekarang. Tidak mungkin dia mahu jawab panggilan itu di hadapan Syauqina. Tidak mungkin juga dia mahu membiarkan panggilan Aiman.

"Qina, aku pergi sana jap. Ada emergency call! " Pamit Hakeem terus bergerak ke jalan luar kubur. Syauqina meneruskan bacaannya.

Sekali lagi deringan telefon berbunyi. Tanpa banyak soal, Hakeem terus menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Aiman! " Jawabnya.

"Weh kau dekat mana ni? Syauqina okay, aku on the way pergi hospital. " Beritahu Aiman. Hakeem sudah terkedu. Buntu otaknya mahu berfikir. Bagaimana ini?

"Aku tak ada dekat hospitallah.. Syauqina dia okey je macam biasa. Kau dah dekat dengan Hospital ke? " Tanya Hakeem. Hatinya berharap Syauqina lama lagi disana.

"Kejap lagi sampailah. Kalau macam tu tak apalah. Aku pergi jenguk Syauqina sendiri. Aku rindu gila dekat dia ni.. " Kata Aiman kegirangan. Dia pasti, dengan perkembangan Syauqina yang diketahui, pasti isterinya itu sudah bersedia untuk berjumpa dengannya.

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now